Google Translator

Friday, May 25, 2012

Jawapan kepada yang bertanya mengenai study di UK vs study di Malaysia

Saya tak tau nak letak tajuk apa, harapnya tajuk itu sesuai untuk saudari yang meninggalkan pertanyaan di entry Warkah Buat Auni II.
Mungkin selepas ini kalau ada yang ingin bertanya & mengharapkan jawapan dengan segera, dicadangkan menghantar emel terus kepada saya :)

Jujurnya saya terharu bila menerima soalan sebegini kerana rasanya saya bukanlah orang terbaik untuk dijadikan rujukan. Namun saya akan usahakan untuk menjawab mengikut kemampuan saya.

Untuk membuat pilihan, saya syorkan buatlah solat istikharah. Seriously, buatlah sampai hati kita menjadi tenang untuk memilih. Saya dulupun sebelum memilih supervisor, saya lakukan solat istikharah. Alhamdulillah, setakat ini banyak urusan saya dengan supervisor Allah permudahkan. Namun walaupun kita dah melakukan solat istikharah bukanlah bermakna the rest of the journey is a bed of roses without thorns. Bukan juga bermakna CONFRIM/ GUARANTEE kita akan dapat PhD. Itu semua berada dalam pengetahuan Allah swt. 

Jalan menuju ke destinasi untuk bergelar Doctor of Philosophy bukanlah jalan yang lurus seperti highway KL-Melaka. Jalannya penuh berliku, penuh suka duka. Dugaan dan cabaran ketika kita menjalani proses pembelajaran untuk mendapatkan PhD ini tidak terbatas dalam ruang lingkup diri kita dengan supervisor dan university saja. Sebaliknya dugaan dan cabaran datang dari pelbagai sudut. Kadang-kadang kita diuji dengan berita pemergian ahli keluarga, pasangan/anak sakit, kewangan dan bermacam lagi. Jadi, walaupun kita dah buat solat istikharah, usaha kita tidak berhenti di situ sahaja. Sebaliknya pergantungan kita kepada Allah itu perlu istiqamah. Susah nak istiqamah ni sebenarnya. Memetik kata-kata seorang kawan "Kita manusia bukannya malaikat, istiqamah kita ada ups and down." Jadi kita berusahalah ke arah untuk sentiasa istiqamah itu. 

Mengenai peluang pekerjaan professional, saya memang tak ada jawapan. Cadangan saya, lebih baik cuba memohon pekerjaan sebelum datang ke sini dan look at the response you get. Kalau dapat panggilan interview tu, insya-Allah saya rasa ada peluang.

Sekiranya saudari membuat keputusan untuk belajar di UK, tidak semestinya suami perlu berhenti kerja. Ada di kalangan rakan-rakan saya, mereka datang dengan helper/nanny untuk tujuan menjaga anak-anak. Manakala suami akan datang melawat 1-2 kali dalam setahun. Perlu diingatkan bahwa di sini, harga nursery sangat mahal.

Beberapa advantages yang saya rasakan bila belajar di luar negara ialah:
1- Kita hanya perlu menguruskan diri sendiri dan keluarga. Maksud saya, kalau di Malaysia, bila ada kenduri sama ada di sebelah keluarga kita atau di sebelah keluarga kita, sibuk atau tidak, kita perlu hadirkan diri. Betul tak? Kedengarannya memang selfish tapi itulah hakikatnya. Kemudian, bila tiba Hari Raya, paling tidak 1-2 minggu kita bercuti dari buat kerja. Itu belum termasuk lagi persiapan kitauntuk menyambut Hari Raya itu sendiri. Di sini (UK/ luar negara) walaupun saya buat open house setiap kali Aidilfitri, tapi ianya tidaklah memakan masa seperti berhari raya di Malaysia. Masing-masing belajar, jadi masing-masing faham kesibukan sesama kita. 

2- Rumah sewa dekat dengan universiti. Tak perlu mengharung jalan raya yang sesak untuk pergi & balik. 2 tahun pertama di UK, saya cuma berjalan kaki ke universiti. Dalam 20-30 minit saja. Pengangkutan awam pun sangat mudah & tak perlu menunggu lama kalau kita peka dengan jadual bas/train. 

3- Cuaca yang sejuk membuatkan kita kurang 'panas'. Panas dalam hati, panas pada tubuh badan. Hehehe.. ini point yang mengarut je tapi ada betulnya. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

In terms of language, I think we Malaysians generally do not have a big problem. You will learn to communicate in English while you are here. Supervisors usually understand that English is our second language so they don't expect you to have flawless English. Sesetengah universiti seperti Newcastle University ada menyediakan kursus Bahasa Inggeris untuk postgraduate students FOC. Walaupun ianya tidak wajib, tapi saya ambil juga. Tak salah kita belajar untuk menambah pengetahuan dan dalam masa yang sama boleh membantu kita. Satu yang perlu saya beritahu ialah di UK ni, lain tempat lain slang Bahasa Inggerisnya. Tempat seperti Newcastle ni di mana penduduk asalnya dipanggil Geordie, slangnya agak pekat dan kadang-kadang perkataan yang kita memang tak pernah dengar seumur hidup.  
Contoh:
Hia = here
Bus (sebutan baku) = Bas
Haway= Come on
Agyen = Again
Meself= Myself

Nah! Saya confident sangat, kalau orang yang IELTS 9 sekalipun pasti terpinga-pinga mendengarkan perkataan ini. Tempat-tempay seperti Liverpool dan Manchester juga slangnya pekat dan berlainan sungguh. Cubalah cari interview Steven Gerard di youtube dan cuba dengar. Hehehe...

Untuk diri saya, Alhamdulillah, saya tiada masalah dengan IELTS mungkin sebab saya graduate dari US; dan sebelum ke US dulu saya perlu menghadiri kursus intensif Bahasa Inggeris. Salah seorang dari supervisor saya adalah Geordie dan masa awal-awal dulu, adalah juga beberapa perkataan yang dia sebut tu saya tak dapat tangkap. But it is not a problem for me to continue with my research work. Jadi, masalah BI ni bukanlah masalah besar, jangan risau OK :)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Elaun untuk pasangan dalam pengetahuan saya memang akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang membawa pasangan. Ramai je yang pasangannya mengambil unpaid leave. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
 
Elaun yang diberikan oleh KPT+U akan cukup kalau cuaca di sini sentiasa summer. Ataupun saudari tinggal di rumah yang tak perlu pasang heater (which is impossible). Dari pengalaman saya, duit banyak habis kat bil gas & elektrik. Jadi bila kita dah guna duit KPT+ U untuk membayar segala bil, baki yang tinggal cukuplah untuk makan. Oh! Makanan di sini insya-Allah masih murah walaupun harganya sudah naik sedikita berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ayam, kambing & sayur murah. Daging lembu mahal sedikit. Ikan kalau musim panas lebih murah berbanding musim sejuk. Kalau tinggal di kawasan yang ada jeti, lebih baik beli ikan di jeti sebab harganya jauh lebih murah dari di pasar. 

Saya rasa memang perlu bekerja. Tambah-tambah lagi ada anak. Kita mesti nak beli mainan & pakaian untuk anak-anakkan? Sekali sekala nak juga pergi jalan-jalan untuk menghilangkan stress belajar. Yelah, nak balik kampung jauh. Jadi untuk perkara-perkara tambahan sebegini, perlulah bekerja. Dan kalau ada perancangan untuk membeli sedikit sebanyak barang keperluan rumah di Malaysia, maka perlulah bekerja. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Harapnya, segala yang saya tulis ni dapat membantu. All the best in your study! :)