Google Translator

Wednesday, February 10, 2010

Pelajar PhD di UK dapat Elaun RM14k sebulan?

credit

Dua tiga minggu lepas agak kecoh jugak kat FB kawan2 seperjuangan buat PhD saya tentang artikel PhD bukan syarat naikkan pangkat tulisan Pemerhati Kanan katanya. Sekanan mana dia memerhatikan kami pelajar-pelajar yang sedang membuat PhD ini, saya pun tak tahu. Baiklah dia perhatikan gaji minimum rakyat marhaen Malaysia yang nak bayar sewa rumah dan tampung perbelanjaan anak-anak pun seperti kais pagi makan pagi itukan. Siapa entah tuan punya blog tu, sah-sah glamor macam Perez Hilton kaedahnya selepas tajuk yang begitu kontroversi itu. Walaupun posting tu dibuat pada penghujung tahun 2007 namun sehingga sekarang masih ada yang meninggalkan komen.

Saya malas nak komen pasal isu kenaikan gaji tu sebab dah ramai sangat yang komen. Isu yang saya nak sangat komen dan juga beri penjelasan pada sesiapa yang singgah dan membaca blog saya ialah tentang elaun pelajar PhD di UK ini. Di bawah ni saya copy&paste dari blog tu.

... Mungkin disebabkan ketiadaan persaingan, maka ramai daripada mereka gagal menghabiskan PhD dalam jangka masa yang diperuntukkan, yakni tiga tahun dan memerlukan pertambahan masa sehingga satu atau dua tahun. Dengan pertambahan elaun sara hidup sebanyak dua kali ganda mulai tahun ini [2007], seseorang yang berada di United Kingdom, misalnya, menerima RM14,000 sebulan di samping gaji lumayannya sebagai pensyarah. ...

Ewah-ewah, sesedap jari je dia menaip surat dan mengemel (atau mengepos) kepada Berita Harian pasal elaun yang kami terima. Siapakah gerangan yang dapat elaun sampai RM14k sebulan tu? Tak pasal-pasal je rakyat Malaysia yang membaca surat Pemerhati Kanan ni mendapat maklumat yang salah tentang kami di sini. Elaun kami di sini setakat 748 pound je (Elaun Kadar C). Kalau berpasangan atau ada anak-anak, adalah lebih sikit. Macam saya contohnya, dapat tambahan elaun pasangan dari majikan, dalam lingkungan jumlah 200 pound. Kalau dicampur kedua-dua elaun ini dan ditukar kepada matawang sekalipun, jumlahnya hanyalah dalam lingkungan RM5200 (1 pound = RM5.50). Musykil betul saya di UK ni bila membaca surat Pemerhati Kanan tu.

[Selingan: Mewah sangat ke gaji pensyarah yang cuti belajar ni? Mesti banyak menonton drama-drama dan filem-filem arahan pengarah Malaysia yang tak memberi gambaran sebenar tentang hidup. Kerja biasa-biasa & hidup di KL mampu hidup di rumah banglo. Itulah yang sering dipaparkan dalam drama Melayu kan? Itu sampai boleh fikir yang gaji kami ni berkepuk-kepuk. Huhu...]

Andai kata ada yang beranggapan bahawa dengan +-900 pound tu boleh hidup mewah, harap lenyapkanlah tanggapan itu. Di tempat saya Newcastle yang bukan bandar besar seperti London ini pun, sewa rumah dah mencapai antara 400-550 pound. Ada juga yang bernasib baik dapat menyewa rumah dengan kadar 350 pound. Itu memang benar-benar bernasib baik. Kalau yang berkeluarga dan punya anak 3 hingga 4 orang, takkanlah nak duduk rumah 2 bilik seperti yang saya duduk bersama suami sekarang. Rumah yang kami sewa ini ada 2 bilik dan letaknya di kawasan perumahan kelas ketiga ini pun sewanya dah mencecah 400 pound. Saya nak tekankan kelas ketiga tu. Tak adanya kami kat sini duduk di villa pun. Majoriti pelajar-pelajar dari Malaysia memang duduk di kawasan perumahan yang cikai saja.

Tolak sewa rumah, tinggal lagi 500 pound. Bil elektrik dan gas(untuk heater dan memasak) saja boleh mencecah 100 pound sebulan. Kadang-kadang lebih jugak, terutamanya pada bulan-bulan di musim sejuk, sebabnya asyik on heater je. Bila tiba musim panas, dapatlah berjimat dalam 30 pound gitu. Kemudian bil-bil lain seperti bil air, telefon, internet dan lesen TV pula adalah dalam lebih kurang 120 pound.

Kiralah berapa yang tinggal? [900 - 400 -100 -120 = 280]. Hah! Tinggallah 280 pound. Dengan 280 pound tulah nak beli ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh baju, cecair pencuci pinggan mangkuk, ayam, ikan, beras, sayur dan segala mak nenek lagi. Nasib baik kat sini ada pasaraya seperti ASDA, yang mana kebanyakkan generic items under ASDA brand ni boleh dikira murah.
Oh! Lupa nak sebut petrol dan maintenance kereta pun termasuk dalam 280 pound tu. Kalau ada yang kata, tak ada kereta tak boleh ke? Bukan tak boleh, tapi kalau nak pergi kerja takkan asyik nak tumpang orang sajakan. Lama-lama kena pelempang pulak nanti.

Alhamdulillah, saya menetap di Newcastle yang boleh dikira agak rendah harga makanannya. Kalau tinggal di Southampton yang dapat Elaun Kadar C jugak tu, tapi cost of living dah nak menghampiri cost of living di London tu, macam mana? Saya sebut Southampton sebab ada kawan di Southampton, kawan-kawan di tempat lain saya tak CSI elaun mereka. Itupun tahun ni, cukai dah naik kepada 17% kalau tak silap saya. Makin mahallah harga segala bil dan barang-barang keperluan. Geram jugak sebenarnya dengan orang yang menulis surat tu. Timbul rasa di hati ni nak titik-titik aja jarinya macam orang bermain Gamelan tu.

Untuk menokok tambah pendapatan, kebanyakkan pasangan bekerja part time. Di tengah-tengah kegawatan ekonomi UK ni, amatlah payah nak dapat kerja part time apatah lagi full time. Kalau ada yang bekerja full time pun, rasanya boleh dikira dengan jari. Kalau di Newcastle ni kebanyakkannya jadi Floor Engineer a.k.a Cleaner. Suami saya sendiri puas mencari kerja sehinggalah Ramadhan tahun lepas baru dapat kerja. Alhamdulillah ada kawan suami bagitau ada kerja kosong di tempat kerjanya. Setiap hari jam antar jam 5-5.30 pagi saya dah bangun nak buatkan kopi untuk minuman suami sebelum pergi kerja jam 6.15 pagi. Bayangkanlah sewaktu musim sejuk, dengan udara sejuk bersuhu -5 C gitu, kebanyakkan para suami (ada juga para isteri) yang meredah suasana sejuk demi menambah pendapatan keluarga. Ada juga pelajar-pelajar PhD yang bekerja sebagai tutor dan lab demonstrator.

Saya tak malu mengaku, jaket-jaket yang saya pakai di sini, saya beli di kedai charity saja. Kalau harga sehelai jaket baru, paling cikai pun dah mencecah harga +-35 pound. Itu kat kedai yang paling cokia, NEXT namanya. Bandingkan dengan harga jaket yang saya beli di charity shop, boleh dapat antar 7-12 pound. Takpun tunggulah Summer Sale dan Christmas Sale, ada 50% offer atau offer seperti Buy 1 Get 1 for 1 pound offer gitu. Bukan jaket saja, banyaklah barang-barang dalam rumah kami ni dibeli di charity shop, carboot sales dan tentunya ebay. Kalau tengok rumah-rumah pelajar di UK ni ada TV besar gedang atau ada set meja makan ala Itali gitu, janganlah cepat sangat buat andaian bahawa kami ini hidup mewah. Tak lain tak bukan, beli di ebay kebanyakkannya tu. Ada yangbernasib baik, boleh dapat TV, sofa atau apa-apa aje secara percuma melalui freecycle website.

Kalaulah benar kami ni dapat RM14k sebulan, lebih kurang dalam 2500 pound (1 pound=RM5.5), tentunya saya dah tak pandang charity shop, carboot sales ataupun ebay tu. Mesti setiap 2-3 bulan, saya mampu beli hobo bag jenama Prada yang sebegini


credit
ataupun beg nan cun jenama Gucci ni kan.

credit

Ada satu komen kat artikel yang saya linkkan di atas tadi. Komennya benar-benar menunjukkan dia ni tak tahu apa-apa tapi nak buat penilaian. Ini komennya:

Saya mempunyai ramai rakan yang sedang menyambungkan pelajaran di luar negara; dari degree ke master degree dan PHD. Saya lihat mereka mampu berjalan-jalan hingga ke sekitar Eropah bersama keluarga. Mereka mampu membeli kereta di sana. Mereka mampu membeli telefon bimbit yg mahal harganya. Mereka juga mampu membeli lain-lain barangan mewah di sana. Kebanyakan mereka sudah pun
berkeluarga.Soalan saya, sekiranya benarlah elaun & biasiswa yg kerajaan (dan rakyat) berikan kepada anda tidak mencukupi, bagaimanakah rakan-rakan saya ini mampu utk menikmati barangan mewah atau pon barangan bukan keperluan?
-FJ
January 30, 2010 12:19 AM

Adoiila... Duit yang kami guna untuk berjalan-jalan tu hasil dari jimat cermat kami la Dol! Duit dari hasil pasangan bekerja jadi Floor Engineer tu. Lagipun, kami bila berjalan tu, kebanyakkannya sama ada bermalam di rumah kawan atau di Travelodge. Takdenya kami tidur kat hotel berbintang-bintang tu. Makanan pula kami siap bawa beras, sardin, maggi tau. Periuk nasi pun kami bawa juga. Memanglah banyak restoran Pakistan di sekitar UK ni, tapi demi untuk berjimat, kami bawa bekalan sendiri. Adalah sesekali singgah beli kopi gitu di R&R. Itupun dikira mewah ke oleh si Samdol ni? Huh!

Pasal pakai telefon bimbit mahal tu, telefon bimbit jenis apa yang mahal sangat tu? Blackberry? iPhone? Sony Ericcson? Kat sini kebanyakkan perkhidmatan rangkaian telefon perlu diambil beserta telefon. Maksudnya, kalau nak beli telefon dan nak jimat, kita perlu ambil beserta line telefon. Kita bayar setiap bulan untuk telefon yang kita beli tu dan dapatlah 600 minit free minute utk calling-calling, unlimited messages, free internet access, etc. Ada jugak prepaid seperti di Malaysia. Tapi perkhidmatan prepaid kat sini memang hampeh sangat. Tak pasal-pasal je, tak boleh nak buat call dan tak boleh nak terima call walaupun ada lagi baki duit.

Si Dol yang menulis komen ni memang tersangat Dolnya. Kat UK ni harga kereta bukanlah beribu riban macam kat Malaysia nun. Dengan 600 pound, Insya-Allah dah boleh dapat kereta terpakai yang OK. Ada orang yang beli kereta dengan harga rendah dari itu, dalam 300-400 pound. Adalah sedikit sebanyak yang perlu dibaiki, tapi tak adalah harganya beribu macam harga kancil 2nd hand kat Malaysia tukan. Kereta kami pun kami beli di Ebay saja.

Barang-barang mewah apa lagi agaknya si Dol ni maksudkan? Kalau nak tau, di UK ni banyak carboot sales. Setiap hari Ahad (ada jugak hari Khamis atau hari Sabtu) ada banyak tempat yang buat carboot sales ni. Pergilah mana-mana carboot sales di UK ni, mesti jumpa muka Melayu punya. Sebabnya kat sinilah nak dapat barang-barang yang murah. Ikut nasib, kalau nasib baik, bertemu penjual yang baik hati, boleh dapat barang branded dengan harga yang murah. Seperti dinner set Royal Daulton ke, atau jaket kulit ke, atau barang mainan Fisher's Price yang kadang-kadang tu boleh dapat dalam 2-5 pound je (saya tak pasti sangat sebab tak pernah beli). Buku-buku cerita kanak-kanak yang harganya berpuluh ringgit di MPH Malaysia tu, kalau di carboot sini, kadang-kadang boleh dapat 20-50 pence saja. Itukah yang dikatakan mewah? Si Dol ni pun patut diketuk-ketuk sikit jarinya.

Kalau korang baca sampai habis, terima kasihlah. Saya cuma nak tunjukkan realiti sebenar kehidupan kami di sini.