Google Translator

Friday, January 23, 2009

Turning Point Yang Baru

Akhirnya sampai juga kami ke Newcastle. Kami bertolak jam 11.45 malam dari KLIA. Fuh...penat jugak le kami berlari dari keretapi ke gate masuk kapal terbang tu. Kamu lewat naik train sebab asyik dok bersalam-salaman & drama syahdu menitiskan air mata tu. Huhuhu...

Saya sedih jugak la meninggalkan Tok yang dah semakin berumur & selalu tak sihat juga ahli-ahli keluarga, sahabat handai & pelajar2 yg rapat dengan saya. Tapi hidup kita bukanlah sesuatu yang pegun sebaliknya sentiasa berubah arah & kelajuan. Walaupun sedih saya tak mampu menitiskan airmata. Mungkin sebab saya sentiasa positif bahawa selesai belajar nanti saya akan kembali ke Malaysia dan bertemu kembali dengan semua yg saya tinggalkan buat sementara waktu ini.

Kami transit di Amsterdam. Sampai di Amsterdam dalam jam 5.55a.m. Masih gelap waktu itu. Dalam jam 6.20a.m. tu saya menunaikan solat Subuh. Sebelum tu saya bertanya pada satu keluarga India/Pakistan tentang arah kiblat kerana mereka pun kelihatan masih basah dengan wudhuk. Mereka pun tidak pasti tentang arah kiblat cuma katanya dari maklumat yang mereka dapati dari seorang pekedai di lapangan terbang tu ada ruang kosong untuk bersolat di tingkat atas. Saya & suami agak sukar nak naik semula ke tingkat atas memandangan beg-beg kami yang sangat berat tu. Maka kami solat sambil duduk saja di kerusi. Kiblat & waktu solat saya agak-agak saja. Silap saya jugak, tak cari waktu solat Amsterdam sehari sebelum berlepas. Rupa-rupanya kiblat dah betul tetapi saya solat sebelum waktunya. Ini pun kami dapat tahu dari pasangan India tu selepas terserempak sekali lagi sebelum berpisah. Kami sempat minum kopi di satu cafe di Lapangan terbang Schiphol, Amsterdam. Mujur ada baki kek pisang yg saya bawa dari Malaysia, dapatlah mengalas perut. Rasa menyesal pulak tak bawak satu tuuperware. Hahaha...

Dari Amsterdam ke Newcastle, kami naik kapal terbang Fokker saja. Keciknya. Kena mendaki tangga Fokker pulak tu. Puas la mengangkat beg yg berat ni. Kami sebenarnya bawa 3 beg seorang. 2 beg yg berat tu dah cek-in through. Tinggal lagi 2 hand-luggage & 2 bag pack.

Sampai di Newcastle dalam jam 9.20a.m. Sejuk& dingin sekali. Sebelum turun, pramugari tu dah ingatkan tentang jalan licin. Tapi saya fikir licin yg biasa-biasa saja. Elok je melangkah beberapa langkah dari tangga kapal terbang tu, saya jatuh terduduk. Aduhai.. nasib baik tak terseliuh atau sakit. Nasib baik juga kami orang terakhir yang turun dari kapal terbang tu. Kuranglah malu. Huhuhuu...

Masuk hari ni dah lebih seminggu kami di Newcastle. Saya dah pergi jumpa supervisor hari Isnin, hari selepas sampai di Newcastle. Sekarang ni masih di peringkat membaca buku teks Signal Processing& mencuba MATLAB. Tajuk kajian belum betul-betul ditetapkan. Cuma idea kasarnya berkenaan dengan 'signal compression/signal processing'.

Alamak!!! Saya dah lupa apa yg saya belajar masa degree dulu. Betul-betul punya lupa. Buku dah pinjam dari library, tapi haram tak baca. Mesti baca hari ni. Walau apa pun terjadi. (Ceeewwaahh!!!!)

Tuesday, January 13, 2009

Bisakah?


Tazkirah jam 6.45pagi di radio KLFM pagi semalam membuatkan saya terfikir tentang perang ini dari satu perspektif lain bila Ustaz Wan Sohor berkata lebih kurang begini, "Pada mata kasar sememangnya rakyat di Palestine sangat menderita& tersiksa. Tapi dari satu sudut lain mereka adalah antara hamba ALLAH yang beruntung bila mana mereka syahid menentang musuh no. wahid Allah."

Hari ini saya terima e-mail yang membuatkan saya terfikir betapa tidak adilnya liputan yang dibuat oleh CNN & sumber berita antarabangsa yang lain terhadap perang di semenanjung Gaza. Saya mahu kongsi maklumat ini dengan sesiap saja yang singgah di sini.

######################################################################
Isu Penting - kenapa Hamas tolak gencatan senjata

Assalamualaikum,

Ikhwah-akhawat terutama mereka yang terjun ke tengah masyarakat menjelaskan isu Gaza. Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Isreal dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.

No 1. Kita kena bagitau Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mengwujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

No 2. Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti dikehendaki oleh resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

No 3. Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah.. Ini yg disebut oleh Dr Yusuf Qardhawi rakyat Gaza ada 2 pilihan ; 'samada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengebuman'. Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak menasabah ini.

No. 4. Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

No. 5. Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi majlis keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

No. 6. Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh HAMAS. Ingat jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di gaza. Apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan israel dan 'security' Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang palestin.

Sekian. Bersedialah untuk menjadi jurucakap Hamas, Jangan biarkan media mempengaruhi panangan umum masyarakat untuk terus menuduh Hamas sebagai punca kepada apa yang berlaku di Gaza.

Hafidzi MN
###########################################################

*boleh rujuk disini==>Palestine untuk maklumat lain mengenai Palestine.

Tuesday, January 6, 2009

Berakhirkah penantianku?

Hari ni Selasa. Semalam Isnin. Petang semalam semasa aku tengah makan tengahari dengan suami, Tok & Huda, sepupuku, tibalah kedatangan adik posmen yang aku tunggu-tunggu. Adik posmen tu bernasib baik sebab Huda yang pergi amik surat tu. Bukan aku. Kalau aku, maunya aku bahasa-bahasakan dia. Tak adalah, aku dah insaf sekarang. Aku dah tak mau buat camtu lagi. Semoga tahun baru 1430 Hijrah ni, bertambah mulia akhlakku. Aamiiiin.

Pagi semalam tu aku telefon KHIDMAT PELANGGAN POS MALAYSIA di 1-300-300-300. Aku telefon pagi dalam jam 9.00a.m., tak angkat. Beberapa kali le jugak aku telefon tak angkat. Hoii!!! Kalau tak reti nak uruskan pusat khidmat pelanggan, tak yah le buka pusat tu. Akhirnya tengahari dalam jam 12.10p.m., aku telefon barulah ada orang yang menjawab panggilan aku. Bila aku tanya pasal bungkusan aku, rupa-rupanya sesampainya di Malaysia, POS Malaysia yang uruskan. Aku dahlah bengang dengan RoyalMail-Parcelforce yang amik masa sampai 10 hari untuk hantar surat aku ke Malaysia. Krismas tak Krismas. Korang dah amik duit orang, bagilah perkhidmatan yang sewajarnya.

Bila POS MALAYSIA mengesahkan bungkusan aku ada pada mereka, aku tanya,

"Kenapa pada 2 Januari, saya tak menerima sebarang panggilan ataupun sebarang notis mengatakan bungkusan cuba dihantar? Sedangkan di website paparkan bahawa bungkusan saya cuba dihantar?"

Telefonis POS MALAYSIA tu jawab,
"Sekejap ye cik saya periksa. ..... Oh! Posmen lambat keluar dari pusat serahan. Jadi dia sampai lambat ke rumah cik. Jadi dia balik semula. Sebab penghantaran sampai pukul 5.00p.m. sahaja. Ada setengah posmen diorg hantar je walaupun dah lebih jam 5. Ada yang tepat jam 5 terus hantar bungkusan kembali ke pusat serahan."

Aku, "Walaupun alamat rumah? Bukan pejabat?"

Telefonis, "Iya."

Aku, "Kalau posmen tak jumpa cari rumah saya, dia akan telefon tak?"

Telefonis, "Itu terpulang pada posmen. Ada yang akan telefon, ada yang tidak."

Aduhai POS MALAYSIA ooiii!!! Perkara macam itu pun korang tak boleh buat satu cara perlaksaan ke. Posmen tu kan taraf SPM je? Err.. betulkan posmen sekarang taraf SPM. Staf-staf POS Malaysia bahagian pentadbiran yang ada ijazah sarjana & sarjana muda yang duduk dalam bilik aircond tu, takkanlah tak bergerak otak korang nak fikirkan cara-cara yang lebih efisien untuk korang memberi perkhidmatan pada rakyat Malaysia. Atau ijazah korang ni ijazah beli???

Aku tak marah telefonis ataupun posmen tu. Sebab apa yang diorg buat tu memang sesuai la dengan kelayakan diorg & juga tahap pendidikan diorg. Korang2 yg kononnya bijak pandai tu buatlah sesuatu. Takkan makan gaji buta je kot? Proaktif la. Jangan dok jadi paku je. Kena ketuk baru nak termasuk.

Seterusnya pagi tadi aku dah selesai menghantar permohonan visa aku dan suami ke VFS di Wisma MCA. Sekarang ni tunggu visa aku diluluskan. Bila dah dekat nak pergi ni aku rasa ala-ala sedih la pulak. Dulu masa nak pegi US aku betul-betul excited. Yelah, masa tu perkataan gagal tak pernah terlinta dalam kotak fikiran aku. Aku tak pernah terfikir pun ada orang belajar tak habis atau 'drop out'. Aku memang betul-betul optimis masa tu.

Kali ni mungkin sebab memikirkan tanggungjawab& cabaran nak buat PhD ni membuatkan aku agak cuak. Lagipun masa buat master dulu, aku telah mengharungi pelbagai pengalaman pahit. Kisah tu aku belum kongsi kat dalam blog ni. Nantilah, ada masa kita cerita ceriti ok :)

Sunday, January 4, 2009

Penantian satu penyeksaan... Arrghhhh

Aku ni sebenarnya dah hampir sebulan dok menunggu surat. Ibaratnya seperti menunggu buah yg tak gugur. Yang aku tunggu tu bukanlah surat cinta memandangkan suami aku ada di samping aku jadi kalau nak berutus surat pun boleh bagi 'by hand' saja. Aku ni sebenarnya menunggu surat tawaran dari universiti. Sebenarnya aku dah dapat surat tawaran tu menerusi e-mail. Tapi aku perlukan surat tawaran yang tulen untuk aku hantar dalam permohonan nak buat visa.

Aku dah pergi ke VFS di Wisma MCA, Jalan Ampang tu pada 16 Disember 2008. Aku bawa semua dokumen yang diperlukan termasuklah salinan cetak (printed copy) surat tawaran dari Newcastle University tu. Tapi perempuan India yang menjaga kaunter tu menasihatkan aku supaya balik je dan datang lain kali selepas aku terima surat tawaran yang tulen. Perancangan awal aku untuk ke UK pada 27 Disember 2008 terpaksa aku batalkan. Semuanya semata-mata sebab tak dapat nak buat visa.

Beberapa hari sebelum cuti Krismas, aku menelefon Dzun. Minta jasa baik Dzun untuk tolong ambilkan surat tawaran Newcastle University tu. Nasib baik Dzun sanggup tolong (sayang Dzun :D). Dzun tolong poskan dari Newcastle guna pos laju. Kalau ikutkan Selasa 30 Disember aku dah terima surat tu. Tapi sampai la ni bayang setem pun tak nampak.

Aku sakit hati sebenar-benarnya dengan Pos Laju versi UK-Parcelforce yg konon-kononnya laju tapi lembab macam siput. Sudahlah ambil bayaran perkhidmatan yang mahal- 52 pound utk sekeping dokumen tu tapi perkhidmatan hampeh. Lebih baik Pos Malaysia.
Konon-kononnya kita sebagai pengguna ni bolehlah track di website parcelforce tu kat mana parcel kita sekarang. Bila aku cek status yang terkini buat darah aku mendidih.

###############################################################################
Parcel number: XXXXXXXXXXXXXXX
Status: Held

Parcel tracks

Date Time Location Tracking Event
02-01-2009 14:23 Delivery Agent - MALAYSIA Attempted delivery
02-01-2009 11:20 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT On route to delivery depot
02-01-2009 10:48 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT Awaiting Customs Clearance
02-01-2009 09:39 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT Arrived in destination country
01-01-2009 21:38 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT Arrived in destination country
30-12-2008 18:20 International Hub Despatched from hub
30-12-2008 02:48 International Hub Left origin country
23-12-2008 17:47 Newcastle Depot On route to hub
23-12-2008 17:14 Barras Bridge CFPO Collected from Post Office Branch
23-12-2008 15:33 Newcastle Depot Collected from customer
###############################################################################

Bila masanya 'delivery agent' tu 'attemp delivery'????
Aku ada sepanjang hari dok menunggu kat rumah. Eiii... benar-benar kelewatan mereka ini.

Aku cek kat internet, call Telekom Malaysia nak cari nombor telefon 'delivery agent' parcelforce ni di Malaysia tapi hampeh tak ada.

Aku terpaksa tunggu hari Isnin ni. Aku ni dah memang geram tak terkata.

Aku kalau lewat tu aku masih boleh bersabar sebab aku fikir adalah hikmah tersembunyi yang aku tak tahu dan tak nampak. Tapi bila konon-kononnya 'attempt delivery' tapi sebenarnya tidak tu memanglah aku naik angin. Rasa nak maki-maki je agen yang menghantar tu nanti. Akan aku siapkan skrip!!!!

Dahlah aku sepatutnya register 5 Januari 2009 ni. Sekarang ni semua dah jadik hari biru. Ala-ala filem lakonan Dina yang tak laku tu (aku tak tengok pun). Bila dah lambat register ni macam-macam hal nak kena update.

Nak tak nak aku kena juga minta surat tawaran dengan tarikh pendaftaran baru dari universiti sebab tarikh register ni penting untuk kemasukan biasiswa aku. Dulu masa Dzun nak ambil tu, aku dah minta tarikh baru tapi kerani kat Newcastle tu pemalas kot sebab dah tak sabar nak cuti krismas, jadi dia kata register je bila-bila masa. Boleh gitu??? Eeeiii....stupid like s*it!!!

Ya Allah, Kau berikanlah ganjaran atas kesabaranku menghadapi ujian Mu ini.

(Errkk..sabar ke aku ni? Sabarlah jugak dibandingkan dengan aku yang dulu-dulu. Huhuhu...)