Google Translator

Monday, May 23, 2011

Week 26 & 27

Dalam post terdahulu saya ada sebut, di UK ni wanita mengandung hanya discan 2 kali. Itu bukan bermakna wanita mengandung hanya 2 kali jumpa doktor. Tidak. Kat sini perkembangan wanita mengandung diselia oleh bidan (midwife). Jumpa bidan pun sekejap je. Sebelum jumpa, saya selalunya dah siapkan sample air kencing untuk diperiksa jadi tak payah susah-susah nak buang air di klinik. Kemudian bidan akan amik bacaan tekanan darah. Selepas tu bidan akan periksa 'perkembangan' perut dan denyutan jantung bayi. Itu saja. Berat badan memang takdenya diambil melainkan saya yang minta nak ditimbang. Tak sempat lagi nak timbang berat badan ni. Tapi rasanya berat saya tak naik banyak perut je yang semakin besar.

Bidan yang saya jumpa tu memanglah baik tapi saya selalu tak puas hati dengan dia. Sebabnya bila saya mengadu sakit tang situ, sakit tang sini, jawapan dia mesti, "We'll see in another XX weeks." (XX merujuk pada appointment yang seterusnya). Saya taulah dia dah menjadi bidan mungkin berpuluh tahun tapi tolonglah faham saya yang baru kali pertama mengandung ni. Kadang-kadang tu risau tau. Last resort, saya buat appointment lain untuk jumpa doktor. Barulah lega sikit perasaan risau tu sebab doktor selalunya akan bagi penerangan dan kadang-kadang bagi prescription untuk ubat juga.

Minggu ni Alhamdulillah kandungan saya dah masuk 27 minggu. Sekejap je dah nak habis 2nd trimester ni. Bila diingat-ingat semula, macam manalah saya mengharungi 1st trimester dulu. Rasa macam ajaib pun ada bila teringat keadaan saya yang tak berdaya, tak ada selera nak makan, asyik nak baring je, dan macam-macam lagilah. Tapi ada beberapa keadaan yang tak berubah walaupun kandungan dah masuk 2nd trimester ni.

Saya masih tak tahan bau detergent & softener yang kita guna untuk basuh baju kotor. Jadi setiap kali basuh baju saya terpaksa buat bilasan tambahan. Nasib baiklah mesin basuh tu sungguh patuh arahan. Masalah angin yang menyelinap masuk dalam badan pun masih tak berkurang. Saya makan atau tak makan, keadaannya sama je. Angin jahat tu akan suka-suka hati dia je masuk dalam badan saya. Cuma satu yang best, sekarang saya dah boleh sendawa & kentut. Semasa 1st trimester dulu nak kentut pun susah. Saya tak bermaksud nak cakap tak senonoh ye, tapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh sesetengah wanita mengandung yang mengalami masalah angin satu badan ni.

Minggu lepas, iaitu minggu 26, bayi kami semakin aktif bergerak. Kalau sebelum ni dia bergerak saya terasa seperi angin bayu menyapa perut; sekarang rasa macam digeletek dengan kuat gitu. Seronok sangat bila bayi ni bertindakbalas bila kita bercakap dengan dia. Saya tak tau sama ada saya yang perasan atau perkara ini memang hakikat, ada 2-3 kali saya panggil bayi kami dengan namanya, dari keadaan diam, dia bergerak-gerak. Apakah seseorang ibu itu memang kuat perasan? Hehehe...

Saya selalu terjaga dari tidur sewaktu suami pulang dari restoran malam-malam/pagi-pagi buta tu, kadang-kadang kami borak-borak sekejap- itulah antara quality time yang ada pun; nanti bayi kami pun akan bergerak bila dengar suara papanya. Satu lagi yang saya perasan, kalau saya pasangkan lagu dan lekapkan earphone di perut, ada satu lagu ni memang bayi kami akan respons. Lagu favorite dia kot. Ini lagunya :)


Monday, May 16, 2011

Burp Cloth & Baby Laundry Sack - DONE!

Spend the entire weekend last week to sew heap of burp clothes. Back in Malaysia, I honestly haven't seen any of my friends using burp cloth.

*Oh! I finish sewing my nursing cover yesterday. Just haven't got the chance to wear it & take some pictures. Will show it soon :)

Pakai lampin je buat lapik kat bahu untuk bagi bayi sendawa. Tapi bila menjengah blog-blog jahitan orang-orang putih, tergediklah pulak nak buat burp cloth tu. WARNA-WARNI!!! Suka tengok.

Yup! I sewed 16 burp clothes!

Well, the ones with pink ribbon are for my baby & the ones with blue ribbon are presents for my friend. Her due date is 2 weeks later than mine :)

 Then, I saw this laundry sack tutorial. I thought it will be perfect for washing the baby's mittens and socks. However, once I had it sewn, I don't think its the best ever laundry sack. The tie doesn't really close the top opening. Will use it and see how it goes.

Laundry sack for baby
 
Emm... Laundry sack for us. hehehe... :)

Tuesday, May 10, 2011

Bersalahnya aku ni...

Saya rasa bersalah yang amat sangat pada anak dalam kandungan ni. Dia belum pun lahir saya sudah tidak menjadi ibu yang baik.

  • Saya tau saya perlu rajin mengaji.
  • Saya tau minum kopi dan makan coklat berlebihan itu tidak baik untuk bayi.
  • Saya tau saya perlu kurangkan menonton dan melakukan perkara-perkara lagha.
  • Saya tau saya perlu sentiasa bersangka baik dengan semua orang.
  • Saya tau saya tak boleh bunuh menghapuskan serangga/ binatang hidup (ini sekadar petua orang Melayu atau ada hikmahnya dalam Islam? Sesiapa yang sudi bagi pencerahan, minta tolong ye. Thanks)
  • Saya tau saya perlu sentiasa tenang.

TAPI...

Memanglah saya cuba memperbanyakkan bacaan Al-Quran, tapi saya masih belum betul gigih.

Memanglah saya tidak minum kopi berlebihan (not more than 2 cups a day- source: babycentre-Caffeine and Pregnancy) tapi saya masih tak boleh melupakan minum kopi 100%. (Saya akan cuba bermula...?) 

Memanglah saya tidak makan coklat berlebihan setiap hari, tapi bila diingat-ingat kembali macam pernah je saya makan coklat hampir setengah keping sehari di waktu awal mengandung dulu.

Memanglah saya tak mengumpat tapi dalam hati tu tetap ada rasa tak puas hati dengan makhluk-makhluk Allah tertentu. Contohnya: slug yang masuk rumah saya tu. Eeeiiii... Adalah contoh-contoh lain yang lebih berkaitan tapi kalau saya cerita jadi mengumpat pulakkan.

Memanglah saya tak berniat nak bunuh slug bila saya campak dia ke dalam mangkuk tandas, tapi kelmarin saya ada bunuh semut yang masuk rumah.

Memanglah saya cuba untuk sentiasa tenang, tapi kelmarin saya berjalan laju (hampir-hampir berlari) sebab nak ke kedai yang tinggal lagi 5 minit nak tutup. Awal-awal dulu pun ada 'ter'berlari mengejar bas.

Payah jadi ibu ni rupanya walaupun baby masih dalam perut.

Bila mengenangkan kopi yang saya minum, coklat yang saya makan, err.. dan macam-macam lagi makanan yang tak berkhasiat yang saya makan, takut memikirkan bayi ni lahir tak cukup berat.

Bila mengenangkan hati yang kadang-kadang tidak bersangka baik dengan makhluk-makhluk Allah yang lain, takut bayi ni nanti jadi seorang yang tidak indah akhlaknya.

Ya Allah, janganlah hendaknya begitu.


Wednesday, May 4, 2011

Punggung macam Pippa?

Semalam masa buka homepage Yahoo UK, terpampang berita pasal punggung Pippa Middleton yang mantap. Siapa Pippa Middleton? Ala, kakak si Kate Middleton yang jadi pengapit semasa pasangan pengantin diraja tu berkahwin pada hari Jumaat baru ni.

Media UK ni dalam beberapa perkara sama jugak macam media kat Malaysia. Propa sangat. Macam-macam rancangan TV yang berkaitan dengan kisah William dan Kate ni diterbitkan. Antaranya How To Marry A Prince dan How To Nab A Prince. Banyak lagi rancangan-rancangan lain tapi yang dua ni saya rasa sungguh sadis dan tragis. Mungkin orang lain berlainan pendapat tapi pada saya bila dilihat dari pelbagai sudut, it just portrays how pathetic some people live their lives.

Sikit sinopsis tentang dua rancangan tu:

How To Marry A Prince
A range of celebrities and experts present their tips [SERIOUSLY!!] on how to become a royal fiancee, and perhaps even a queen. The show features lessons in etiquette from Ladette to Lady's Gill Harbord, fashion advice for looking stylish on a country estate, and an indispensable guide to choosing a royal wedding dress.
How To Nab A Prince
Ahead of the Royal Wedding on Friday 29 April, we present a fun step-by-step guide to bagging a prince. After all, if a 'commoner' like Kate Middleton can win the heart of the future King of England, there's hope for us all [<--berangan tak sudah-sudah]! Talking to royal experts, friends of the couple and celebs in the know, this series reveals how glamorous girl-next-door Kate bagged her prince, as well as looking at other SWAGs - super wives and girlfriends of global royalty - and at the lucky ladies lining up to marry Prince Harry. Plus who are the most eligible European princes left for us [<--GET A LIFE, duh!]?

Monday, May 2, 2011

Rumah Beg Plastik & Bantal Pelangi

Dari pagi sampai ke malam hari Sabtu saya memotong kain. Cadangnya nak buat burp cloth, barut dan bantal. Dah kebetulan memotong kain tu, saya potong juga kain untuk buat bekas isi plastik-plastik. Dah siap potong-potong semua, tengah asyik menjahit, jarum mesin patah. Patah pulak dah malam-malam hari. Mana ada kedai buka jam 10 malam. Ahad memang sah-sah la kedai yang menjual jarum tu tak buka. Sebelum jarum mesin tu patah, sempatlah saya menjahit bekas letak plastik beg ni. Saya dah buat dulu, yang saya recycle kemeja tu (ada cite kat sini) tapi entah mana perginya masa pindah hari tuh. Saya ikut tutorial kat sini sikit-sikit. Selebihnya pandai-pandai sendiri jahit.


 Sekarang beg-beg plastik ASDA ke, Tesco ke, apa saja beg plastik dah ada rumah mereka sendiri :)


Pastu sempat juga siapkan bantal untuk mainan baby. Saya sengaja buat dua biji. Saya ikut tutorial kat sini. Tapi saiz bantal saya tu, saya tekap guna saiz pinggan je.

Good night baby. I love you.
 
Good night. I love you too... Mmmmmuuuaahhh...