Google Translator

Friday, June 25, 2010

Menyesal Tak Kawin Awal

Biasakan kita dengar orang-orang di sekeliling kita menuturkan ayat sebegini "Issyy... menyesal aku tak kawin awal".
Saya sebenarnya agak pelik jugak bila terdengar orang cakap macam tu. Bukan apa, saya terfikir, mereka tu yakin ke kalau mereka kawin awal mereka akan bahagia sepertimana bahagia yang sedang mereka kecapi sekarang? Tak pun, mereka pasti ke sekiranya mereka kawin awal, mereka akan dijodohkan dengan jodoh mereka sekarang ini?

Semua itu bukan sesuatu yang pasti. Mesti ada sebab mengapa Allah tetapkan sekian-sekian waktu untuk kita berkahwin. Kenapa harus menyesal sekiranya kita tak dapat kawin awal? Tak terlintas ke di fikiran sekiranya kita kawin awal (maksud saya awal dari tarikh kita telah berkahwin), jodoh kita bukan dengan pasangan yang boleh membahagiakan kita?

Apa pun, saya bersyukur bertemu jodoh dengan suami saya. Pada saya tak timbul masalah cepat atau lewat walaupun pada pandangan sesetengah orang yang desperado tu saya berkahwin pada usia yang agak lewat. Biarkan, tak menjadi kudis pun.

Excel 2007: Bagaimana nak 'fill' graf?

Kalau korang adalah pengguna Excel2003 yang beralih arah kepada Excel2007, korang akan perasan dalam Excel 2007, tak ada pilihan untuk letak filling bila kita lukis graf. Filling yang saya maksudkan ialah seperti dalam gambar di bawah ini.


Jadi, kalau kita hanya boleh gunakan warna hitam dan putih untuk print, payahlah. Jadi saya pun mencarilah camana nak selesaikan masalah ni. Sebabnya supervisor saya tak galakkan saya menggunakan graf yang berwarna warni. Sebabnya kebanyakkan orang ada printer yang boleh print hitam dan putih je. Selepas meng'Google', saya jumpa fail filling pattern di  Daily Dose of Excel. Percuma je untuk dimuat turun.

Makanya, kalau kita nak guna filling seperti dalam gambar kat atas tu,kita kena muat turun fail add-in filling tu. Selepas dah buat graf,kita perlu buka pula fail filling pattern tu. Satu je kelemahan add-in filling pattern ni, selepas kita ubah, kita tak boleh tukar lagi. Jadi, bila sebelum menukar-nukar filling pattern tu, make up your mind. Good luck!