Google Translator

Monday, February 28, 2011

Week 8: Forget about getting enough sleep

Week 8 (8 - 14 Jan 2011)
Well, I am in my week 8 now. I woke up this morning feeling quite good. I had a very good sleep last night. I haven't been sleeping soundly for past few nights because of my upstairs neighbours. Starting from 12 am onwards, they start making noise. There's thumping on the floor, there's washing machine running, there's them laughing loudly, and there's a sound of them wrestling. Of course I can't be really sure if they were actually wrestling but from the sound of things, it seems like that. I talked to my husband about it but he just listen to me. I. WANT. HIM. TO. DO. SOMETHING!

Last night around two o'clock in the morning, their noises woke me up. There and then I decided I've had enough. I took my hijab, wear it and wrap myself with a fleece throw. I got out of the door and start banging on their door. I actually plan to ring their bell but it's so cold outside. Surprisingly, it takes them less than 2 minutes to come down. They must have not expected me. I practically beg them to keep their noise down. In all honesty, I feel like wrapping them like a mummy and put them in a coffin so they will not make any noise anymore! However, a nasty person I am not. So I ask them nicely and they agreed. But them being them, they start to make noise again few days later.

Appetite wise, I still can barely eat anything. We've tried noodles, yes, I can eat a little. We've tried pizza, finishing one slice takes like forever. I am hungry and tired but I just don't know what to eat. Great news though, I can still fit into my jeans, well except for I have to wear them unzipped and unbutton. Tsk... tsk... I am still reluctant to go to the mall and get some maternity clothes because I-AM-TIRED-ALL-THE-TIME.

Week 6 & 7: Everything smells and taste so strongly, so do my hearing!

I wrote this as a collection of my experience throughout this pregnancy. Should have post it weeks before but I just don't have enough energy to really sit down and write then.

Week 6 and 7 (25/12/2010 - 7/1/2011)
I can barely keep anything down. The only thing that I can eat and keep down is plain crackers. For the last few days (and I guess for more weeks to come) my husband has totally took over the kitchen. Well, except the very last chore, putting dried dishes away. I don't really mind. He prepares the food, he cooks and he cleans. What more can I ask? Yeah! Absolutely nothing.


Sadly, I cannot really enjoy his cooking as always. The smell from fried onion is enough to make me throw up. As for water, I don't enjoy drinking plain water as before. If you know me well, you know how much I love plain water. I drink at least 1-2 litres a day. Now to down a glass of water is like working on a Physics experiment! I tried adding in some fresh lemon juices. Fruit juices also are so much welcome by my mouth and stomach, Alhamdulillah. However, there are days where I keep drinking juice until my stomach ached. I think the acidity from the juices has caused that since my stomach is almost empty.

Oh! My taste buds are also very sensitive now. I always love prawns, whether mixing them with fried noodles, or just themselves as sambal tumis udang or gulai lemak udang. Now I can't eat them because they taste so weird! Also, other than sense of smells and taste, my hearing has gone overdrive too. I swear I heard the clock ticking yesterday, as if it is in my ear. Scary huh!


Oh! The baby now is the size of a grape, about 1cm in length. Well, that's what the babycentre website said. And the baby makes his/her first moves this week. Like a jumping bean. How cute is that!

Saturday, February 26, 2011

Ala... Senang Je Tu

Tak kisahlah sama ada korang tengah amik degree, master atau PhD, hatta sijil dan diploma sekalipun. Pernah tak ada orang yang cakap dengan korang apa yang korang buat tu senang ataupun mudah? Semudah mengorder roti canai dan teh tarik kat kedai mamak? Tak pun semudah berhutang dengan Kot Mamot yg hampeh itu? Pernah? Tak pernah? Kalau tak pernah, luahan aku ni tak berkaitan sangatlah dengan korang.

Ini kisah pasal PhD aku. Ex-student aku Aziz @ Aku Dan Hidupku Yang Agak Bosan (panjangnya tajuk blog dia ;P ) pernah tanya, PhD Madam ni pasal apa? Ceritalah sikit.

OK, basically PhD aku berkaitan dengan analisis data dari bioproses, dalam bahasa Inggeris, Bioprocess Data Analysis. Data yang aku analisis ni datangnya dari industrial process. Maksudnya, ia bukanlah data yang aku kutip dari eksperimen dalam makmal tetapi data yang datangnya dari kilang. Tentunya bukan aku yang collect data tu. Tentunya bukan aku juga yang set up eksperimen tu. Data yang dikutip dari proses kat kilang ni jujurnya lebih dari beribu-ribu lemon. Senang cite, kilang ni nak cipta sejenis ubat/antibodi. Untuk menghasilkan satu-satu ubat atau antibodi, memakan masa bertahun-tahun. Bukan macam ubat kurus dari China atau dari Malaysia, kajian setakat 2 tahun dah boleh market ubat kurus yang konon-kononnya sangat mujarab itu.

Proses dari awal hingga akhir penghasilan ubat/antibodi membolehkan terhasilnya 3 hingga 4 PhD tesis dan beberapa ketul Master tesis. Yelah, untuk set up eksperimen saja dah dapat 1 PhD tesis. Pastu untuk data collection dan segala yang berkaitan saja, dah boleh menghasilkan satu PhD lagi. Nampak tak? Untuk menghasilkan sesuatu benda baru, banyak level dan proses yang terlibat. Ini seterusnya membuahkan penghasilan beberapa PhD tesis lagi. Satu perkara yang aku nak tekankan di sini ialah, penghasilan satu-satu PhD itu bukanlah seperti persepsi sesetengah orang kat Malaysia.

Tak percaya? Korang pergilah interview beberapa pensyarah orthodoks kat Malaysia tu, dijaminlah mereka akan cakap, "Eh! Ini je PhD you? Tak cukup ni. Mana cukup you buat model je. You kena buat hardware jugak. You kena buat bla.. bla.. bla..." Bukan nak kutuk, just nak err... sindir sikit je. Pensyarah-pensyarah orthodoks ni la yang melemahkan semangat orang-orang nak buat PhD. Orthodoks di sini menjurus pada cara berfikir bukan pada umur mereka. Ada je pensyarah-pensyarah muda yg berpemikiran orthodoks sebegini. Sesedap rasa je aku menulis ye, tapi itulah hakikat. Doakanlah semoga aku tak tergolong dalam golongan orthodoks ni bila balik bertugas nanti. Dan... dan... orang-orang berpemikiran orthodoks ni menganggap you have to come up with something totally NEW or totally "NOVEL" (ni perkataan orang-orang PhD) totally on your own! True, there has to be at least something novel about your work, but you are not expected to be Al-Khawarizmi or Einstein!

Berbalik pada PhD aku, data yang aku dapat dari kilang tu aku perlu analisis. Bila sebut analisis ni, orang selalu membayangkan macam buat analisis dalam Excel tu. Yes, for some part of it. However, the kind of analysis that I am working on is to develop a model for the purpose of fingerprinting and something more for that bioprocess. Untuk develop model tu, aku perlu menggabungkan teknik-teknik dari bidang yang berbeza. Aku guna teknik dari signal processing yang dipanggil wavelet transform dan teknik dari statistik yang dipanggil principal components analysis. Dalam wavelet transform dan principal components analysis tu pula ada cabang-cabang yang aku perlu selusuri dan cuba dan kemudian pilih yang mana satu bersesuaian dengan model yang aku nak develop tu.

Waima dah siap model tu sekalipun, PhD aku tak siap lagi. Aku perlu hubungkaitkan kembali model tu dengan apa sebenarnya yang terjadi semasa proses penghasilan data tu. Cari relationship antara model dengan chemical properties dan biological properties of the data pulak. Ini bermakna, aku perlu faham proses di sebalik terhasilnya data tu, macamana data tu dikutip. Jadi korang boleh imagine yang aku ni perlu berimaginasi (imaginasi berasaskan fakta & sains) tentang proses yang berlaku. Memanglah ada gambar dan penerangan dari engineer yang terlibat, tapi aku tak pernah jejak kaki pun kat kilang tu.

Makanya, bila ada suara-suara pitching ke laut yang suka suki mengatakan, "Ala, modelling senang je. Aku ni kena dok dalam siang malam lab kutip data." ataupun "Senanglah kerja awak, tak payah masuk lab, data dah tersedia." aku terasa jugaklah. Tapi aku taklah melatah dengan memaki hamun sang empunya suara. Dah dewasa ni, malas nak bergaduh sebenarnya. Sebab nanti kalau terlepas kata-kata yang menyakitkan hati kena minta maaf. Paling-paling pun, aku jawab dengan berbudi bahasa "Kenapa tak buat modelling?" Hahaha... Dah kata senangkan, apsal tak buat? Betul tak?

Hatta aku buat modelling sekalipun, bukannya aku dapat data tu aku boleh terus buat analisis. Wavelet transform tu aku kena belajar dari scratch. Walaupun degree aku asasnya Electrical Engineering, aku cuma belajar Fourier Transform je. Wavelet Transform tu subjek postgrad tau! Masa amik master, aku bukannya buat master in Electrical Engineering pun. Pastu, statistik tu, kalau setakat nak harapkan statistik zaman degree dulu, hahaha... takat nak tekan-tekan kalkulator tu boleh la. Basic probability and what not. Tak pernahnya aku dengar apakebendanya principal components analysis tu sebelum aku start PhD ni. Dan... dan... walaupun aku guna MATLAb programming yang user friendly itu untuk buat analisis dan create model untuk data aku tu, last aku sentuh MATLAB programming zaman aku buat degree. Masa mengajar sebelum datang buat PhD ni, adalah sekali dua, itupun setakat nak ajar student analisis matrix. Tu je. Jadi, boleh kata aku ni buat PhD memang start dari scratch. Walaupun begitu, aku tetap bersyukur sebab Allah menolong aku dengan memudahkan aku faham. Adalah jugak kadang-kadang tu susah nak faham tapi tu perkara biasa dalam belajarkan?

Natijahnya, setiap PhD tu berbeza. Tak kiralah bidang apa, tajuk apa sekalipun kita buat, kalau kita rasa kita punya susah, orang lain pun mungkin rasa begitu juga. Eh! Even orang yang beli PhD dia pun rasa susah jugak tau! Apa korang ingat senang ke nak sorok-sorok perihal membeli sekeping kertas ijazah tu, tak kisahlah ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana atau ijazah doktor falsafah. Cuba pergi tanya pada orang yang pernah beli ijazah, apa kata mereka? Hehehe....

Apapun, kejadian ni menginsafkan aku juga. Teringat zaman aku buat degree dulu, aku eksyen la jugak. Maklumlah budak enginekan. Lagipun, masa aku kat US dulu, dalam kelompok budak Melayu yang tak ramai mana kat Oklahoma State tu, aku sorang je budak perempuan Melayu yang amik engineering. Dalam kelas aku yang ada +-30 orang tu, ada 2 orang je perempuan, aku dan sorang budak local. Mula-mula tu aku takdelah eksyen hatta sebesar hama pun, tak baik tau riak! Tapi bila ada sorang brother ni (dia study business) suka kutuk-kutuk aku, katanya, susah-susah je study engine, balik jadi kuli. Tengok dia yang study business, balik tentu jadi bos. Hek eleh... benci + meluatnya aku. Tak taulah apa cite dia skrg, dah jadi bos besar kot?!

I.SIMPLY.DON'T.CARE. Ditambah pula aku tengok budak-budak yang study business ni relaks je memanjang, dekat nak exam baru study bagai nak rak. Kalau compare dengan student engine, bagai langit dan bumilah. Pastu aku ada amik satu elektif subjek bisnes, marketing kot. Alahai... serius tak yah study boleh score. Kemudian masa amik subjek Probability & Statictics, adalah beberapa org dalam kelas tu budak bisnes, student mat saleh la; boleh dia tak tahu y=mx + c tu apa. Hemmm... sejak tu aku menganggap entengnya study business ni.

Tapi sekarang, aku dah semakin matang (baca = tua), aku faham setiap bidang tu cabarannya berbeza-beza. Setiap bidang ada sumbangannya pada masyarakat. Tak adanya bidang yang senang macam order roti canai & teh tarik. Hatta nak menceburi bidang buat roti canai pun perlukan kesungguhan menebar, tak gitu? Jadi kita tak bolehlah angkuh dan riak terlampau dengan apa yang kita buat. Kalau orang kutuk, kalau rasa perlu, buatlah atau cakaplah sesuatu dengan berhemah supaya mereka faham. Tapi kalau jenis yang nggak mau faham tu, tak yah buang masa layan. Biarkanlah mereka hidup dalam belon-belon riak mereka itu.

K, jumpa lagi. Terima kasih sudi baca :)

Friday, February 25, 2011

Restoran Rasa Nusantara

Dalam post saya sebelum ni, saya ada cerita pasal suami dan 2 orang kawannya buka restoran di Newcastle. Ni nak memperkenalkanlah restoran kami (kami=suami+saya & 2 kawan +isteri masing2). Nama restoran kami- RESTORAN RASA NUSANTARA (RRN). Letaknya di tengah-tengah bandar Newcastle upon Tyne; to be specific di Leazes Lane. Kalau dari Stadium St. James kebanggaan Newcastle United memang dah dekat sangat.  Ini petanya yang saya ambil dari Google Map. Kot-kot anda ada di kawasan berhampiran, jomlah singgah di RRN. Pasti tak kecewa dengan masakan Malaysia yang disediakan.




Minggu ni ialah minggu ketiga  RESTORAN RASA NUSANTARA beroperasi. Disebabkan beberapa faktor tertentu, buat masa ni kami masih beroperasi di bawah nama Sofea Cafe. Insya-Allah dalam waktu terdekat ni, akan naik signboard Restoran Rasa Nusantara kat depan kedai tu :)

Oh! Dan kami dah buat facebook untuk restoran tersebut untuk memudahkan pelanggan mengetahui juada istimewa i.e. Special of the Day :) Marilah tekan butang like tu ramai2 ye. Hehe.. :)

Wednesday, February 16, 2011

Tips mencari rumah sewa di UK

Sebenarnya nak cite pasal kitorg pindah rumah hujung bulan lepas. Tapi memandangkan cite pasal kitorg pindah rumah tu lebih kepada sesi melepas perasaan bercampur kutukan, lebih baik saya selitkan panduan mencari rumah sewa di UK. Moga dapat jadi panduan terutamanya pada rakan-rakan di Malaysia yang merancang untuk sambung belajar di UK.

1- Pastikan tingkap rumah double-glazing.
Maksud double-glazing ialah tingkap-tingkap kat rumah tu ada dua lapisan kaca. Kalau masa anda datang, dah wujud tingkap triple-glazing, hah! Amik terus rumah tu. Pastinya anda boleh jimat bil gas & elektrik. Rumah lama kitorg tu, tingkap-tingkapnya single glazing je. Masa nak menyewa dulu, kami tak terfikir pasal rumah yang hanya single glazing ni akan menyebabkan kesejukan maha hebat di musim sejuk. Yelah, masa tu kami baru 2 minggu sampai di UK. Nak menumpang rumah kawan lama-lama pun, kesian kat diorg. Jadi bila jumpa rumah yang agak OK berbanding dengan rumah-rumah lain yg kami dah tengok, kami teruslah setuju.

The downside of staying in a single-glazed house is it will cost you arms and legs for your gas and electric bills. Percayalah cakap saya ni. Dah la bil gas & letrik kat sini bukannya dpt tiap2 bulan (pilihan yang ada sama ada setiap 3 bulan, 6 bulan atau setahun). Susah tau nak pantau. Dan orang yang datang baca meter tu datang berpandukan pilihan bayaran kita (3,6,12 bulan sekali). Jadi susah nak pantau. Kalau musim sejuk, kita on heater tu, tak terasa pun. Terpaksa tambah dengan heater letrik pulak, itupun kena dok berdiang tepi heater tu barulah terasa panas.

2- Cubalah sedaya upaya menyewa rumah mat saleh
Setakat ini, kawan-kawan yang menyewa rumah dengan landlord mat saleh tak menghadapi banyak masalah. Dan selalunya rumah-rumah mat saleh ni kondisinya jauh lebih elok berbanding dengan rumah-rumah kepunyaan bangsa lain. Untuk pengetahuan korang, rumah-rumah sewa di UK ni, kebanyakkannya dimonopoli oleh bangsa Pakistan & Bangladesh. Adalah kes-kes terpencil tuan rumah berbangsa India dan Sikh. Kalau korang datang ke UK ni, terutamanya kat area Bradford, kat situ dah jadi kampung Pakistan. Seperti Chow Kit menjadi kampung Indonesia (err.. itu tahun 2002, masih lagikah sekarang?).

Ala, kat Newcastle ni pun apa kurangnya. Dalam sederet panjang rumah-rumah, korang imejen deretan rumah kat kawasan rumah teres di Malaysia, out of 30 houses, adalah kot 1 rumah mat saleh. Itupun kalau nasib baik, kalau tak kesemuanya dimonopoli pakistan.

Bukanlah racist, tapi dari pengalaman saya dah 2 tahun dok kat UK ni, tambah dengan pengalaman kawan-kawan lain, orang Pakistan ni nama je Islam, macamlah majoriti Melayu Malaysia juga, Islam tu sekadar dalam solat & puasa je kot. Dari segi etika kerja, hampeh & lebih kotor dari Sungai Gombak (especially kat area Central Market tu). Kalau rumah tu bocor atau rosak, takdenya diaorg nak datang baiki cepat-cepat. Kadang-kadang dekat seminggu baru datang baiki. Nasib tak baik, langsung tak baiki. Macam kes kawan saya, mesin basuh yg tuan rumah provide rosak, dia pun bgtaulah tuan rumah. Takde maknanya, tuan rumah buat dek je. Alasan sebab kawan saya dah nak kuar dari rumah tu. Padahal kawan saya tu akan dok kat rumah tu lagi 2-3 bulan. Memang vongok sangatkan.

Kitorg pun kes yang sama. Mesin basuh yg tuan rumah provide rosak. Kebetulan ada rezeki lebih, kitorg malas nak tunggu tuan rumah gantikan, kitorg beli sendiri. Kitorg call dia soh kutip mesin basuh dia yang haprak tu, sampai ke sudah tak berkutip.

Tuan rumah mat saleh pula, selain dari provide kelengkapan rumah, kadang-kadang diorg siap provide pinggan mangkuk & alat2 memasak lagi. Yang baru pulak tu. Kalau tuan rumah Pakistan, dari peti ais, mesin basuh, dapur, semuanya yang used atau refurbished. Itu belum korang tengok sofa yang tuan rumah Pakistan ni bagi. Adoiiiilaaa... huduh sangat2. Mesti korang terfikir saya demand kan? Tidak sebenarnya, sebab rumah-rumah sewa kat sini standardnya fully furnished.

By the way, rumah yang kami baru sewa ni, landlordnya Pakistan juga. Kami ingatkan bila guna ejen untuk menyewa rumah, bolehlah dapat rumah mat saleh, Rupanya tak jugak :( Kitorg tahu landlord baru kami Pakistan pun selepas dah bayar deposit & sign kontrak. Kitorg ingat bila guna ejen, tak perlulah berurusan dengan landlord. Tidak rupanya. Nasib baik sign kontrak 6 bulan je. Takde niat pun nak pindah randah lagi, tapi kalau something happen within this six months, bolehlah kitorg blah. Harap-harapnya lebih baik dari yang dulu.

H.A.R.A.P.A.N je la kan, sebelum kami masuk rumah baru ni, ejen kata nanti tuan rumah akan steam wash karpet yg dah kusam tu, cuci toilet dan tukar cooker (dapur untuk memasak yang ada grill & oven sekali tu). Karpet tu kitorg tanya tak boleh tukar baru ke sebab kotor, katanya nanti dia steam wash. Kedekut sangatkan. Toilet pulak takdenya dicuci. Dah la masa pindah tu saya tengah mabuk & loya yang teruk, boleh kata semua bab mencuci suami buat. Saya kesian, jadi saya tabahkan hati & mata & segala deria untuk tidak muntah uwek uwek demi untuk mencuci toilet. Perihal cooker pulak, hampir 2 minggu kitorg pindah baru dapat cooker. Bukannya cooker baru pun, used &refurbished. Semasa tak dapat cooker lagi, saya adalah call 2 kali kot tanya bila cooker akan sampai. Boleh landlord tu soh saya guna dulu cooker yang sedia ada. Cooker tu eeeiii.... kotor giler. Bukan takat tak lalu nak makan, nak masak pun saya tak kuasa guna cooker kotor tu.

3- Elakkan menyewa rumah tingkat bawah
Kebanyakkan rumah kat sini, ala-ala macam town house kat Malaysia. Tingkat bawah orang lain, tingkat atas orang lain. Ada jugak rumah yg macam rumah teres. Kebiasaannya rumah tingkat bawah ada 1 atau 2 bilik tidur, ruang tamu, dapur & tandas. Rumah tingkat atas pulak, biasanya ada 2 atau 3 bilik tidur, ruang tamu, dapur & tandas. Jadi bagi keluarga kecil, pasangan belum ada anak atau anak 2 gitu, kami menyewa rumah tingkat atas atau bawah saja.

So apa advantage menyewa rumah tingkat atas? Anda tak terganggu dek tapak kaki & bunyi bising dari tingkat atas. Kecualilah kalau anda punya anak-anak yang hobinya melompat atas lantai & berlari keliling rumah, perlulah fikirkan utk menyewa rumah bawah supaya orang tingkat atas tak hangin dengan anda.

Rumah-rumah kat UK ni, lantainya lantai kayu. Jadi kalau nasib anda dapat rumah yg dah hampir kerepot, confirmlah anda akan dengar macam-macam bunyi dari tingkat atas. Antaranya bunyi orang beromen (ni pengalaman kawan saya), bunyi orang atas basuh baju, vacuum rumah, berparti dan macam-macam lagi bunyi yang bisa buat telinga kalian bingit dan kepala pusing.

Inilah antara sebab kami pindah. Jiran tingkat atas rumah lama kami tu sangat biadap. Masa kami masuk rumah tu dulu, jiran kami sorang perepuan yang tua sikit dari saya. Dia ni kira contoh jiran mithali la. Pastu dia pindah, masuk bujang-bujang lelaki India/Pakistan. Start dari jam 10 malam sampailah ke pagi jam 6 gitu, diaorg memekak. Dahlah memasing bukannya saiz kanak-kanak nak berlari dalam rumah. tapi diorg bantai berlari dalam rumah. Isshh... berdenyut kepala saya time tu. Pastu jam 2-3 pagi, diorg boleh bergelak ketawa senda ria. Hampeh betul. Adalah 2 kali saya tak tahan, kul 2 pagi tu jugak saya ketuk pintu rumah diorg dengan penumbuk. Saya minta diorg soh diam, ikut hati memanglah hangin puting beliung rasa nak karate sekor-sekor. Tapi saya sabarkan hati & cakap elok je ala2 lakonan Eja yang penuh kelembutan. Ikut hati memang nak call police je. Tapi saya cuba diplomasi dulu. Pastu janji tak bising lagi. Beberapa minggu kemudian, boleh buat parti kul 1 pagi. Bunyi letusan ketawa, bunyi kerusi jatuh (main musical chair agaknya) memang membingitkan telinga. Saya sound lagi sekali. Eiii... dahlah masa tu saya dalam minggu-minggu awal mengandung. Badan lembik tak makan, nak tidur susah sebab asik terjaga. Memang kalau saya ada magik, saya dah magiikan diaorg jadi bahan kumbahan.

Rumah baru ni masih rumah bawah. Macam tak serikkan kitorg ni. Saya memang minta suami cari rumah atas. Tapi rumah atas yang kita pergi view tu, sangatlah tak best. So terpaksa cancel. Rumah baru ni, semasa view rumah, saya tanya pada orang yg bawa kami view tu, siapa sewa kat atas, katanya saya quote, "Very quiet Asian students." Setakat ni takdelah diorg berlari hentak-hentak kaki dalam rumah atau berparti waktu dinihari. So far so good lah.

4- Pastikan ada electric shower
OK. Ini point saya yang akhir. Kot2 ada lagi, saya update lain kali. Kenapa pentingnya electric shower?
Sebab, kalau boiler korang rosak, takdelah korang terpaksa masak air untuk mandi, untuk basuh tangan, untuk basuh kencing & berak, dan lain-lain keperluan. Saya serius ni. Kat sini, sumber air setiap rumah ada dua, air sejuk dan air panas. Air sejuk yg keluar dari pili tu, sejuknya lebih sejuk dari ais. Lebih-lebih lagi kalau musim winter. Kalau musim panas pun, sejuk jugak. Bak kata sorang kawan ni, "Tak kiralah musim sejuk ke musim panas ke, saya basuh pinggan tetap guna air panas." Jadi korang bolehlah bayangkang setara mana sejuknya air sejuk kat sini. Makanya kalau ada electric shower tu, kurang-kurang nak mandi tu, tak perlulah memasak air seperiuk besar.

Rosaknya boiler kat rumah lama tu adalah satu lagi punca utama kitorg pindah. Boiler rumah lama tu dah separuh rosak masa hujung Disember 2010. Bayangkan, masa tu peak winter. Giler punya sejuk. Kitorg call tuan rumah, katanya kena tunggu lepas cuti Tahun Baru 2011 berakhir baru dia leh contact technician. Pastu dah habis cuti Tahun Baru, takde jugak tuan rumah call kitorg. Kitorg call lagi, dia kata nanti dia mesej nombor tepon technician. Dari pagi sampai ke petang kitorg dok tunggu mesej dia tak juga kunjung tiba. Saya dan suami tekad tak nak bayar sewa rumah selagi boiler tak dibaiki. Kemudian, bila tiba minggu ke-3 dalam bulan Januari, pandai pulak dia mesej kitorg tanya sewa rumah dah bayar belum. Kitorg saja je lambat reply. Tapi kitorg balaslah jugak & bgtau kitorg tak bayar lagi & kitorg tunggu boiler dibaiki. Nan ado nak dtg baiki. So, jangan haraplah kami nak bayar sewakan. Pastu tiba penghujung Januari, dia mesej lagi, katanya korang nak pindah ke? Apa-apapun call la dia, dia nak tahu apa plan kitorg. Eleh... yang sebetulnya dia nak halau kitorg dari rumah tu secara terhormat sebab dia nak naikkan sewa. Minggu lepas kitorg lalu depan rumah lama tu, kitorg nampak dah ada kertas iklan dengan sewa yang dinaikkan. Hemm... licikkan orang Pakistan ni? Bluwek!!!

Kitorg masa tu memang dah cari rumah lain pun. Dan sedang memunggah barang pun. Tepat 31 Januari, kitorg mesej kata kitorg dah pindah. Kitorg top up another 100 pound pada deposit utk cukupkan sewa rumah sebulan. Kiranya deposit + top up kitorg tu = sewa rumah utk Januari. Kitorg cakap lagi, bidan yg in charge of my pregnancy yg suruh pindah sebab kondisi rumah tak sesuai utk mom&baby i.e. boiler tak berfungsi. Bagi dia cuak sikit. Kunci rumah kitorg pos je ke pejabat dia. Hah! Balasan mesej dia bikin saya & suami ketawa je. Kata ex-landlord kami, "OK. But didn't you call the technician?" Sungguhlah kotor macam tapak pasar malam selepas selesai habis semua jualan. Camana kitorg nak call technician tu, dah ko tak bagi nombor. Dan kalau kitorg yang call, sapa nak bayar technician tu? Kami ke? Seriously I can't comprehend this kind of attitude. Kalau korang nak tau, ex-landlord kami tu anak Imam salah satu masjid kat sini. Dia pun selalu g solat kat masjid tu. Hemmm....

Harap-harapnya dapatlah apa yang saya tulis ni menjadi panduan pada sesiapa yang nak datang bermastautin di UK sebagai pelajar. Kalau korang datang sebagai professional, korang pastinya mampu untuk sewa rumah yang lebih baik kondisinya.

Monday, February 14, 2011

Kena Marah

Ala... Sebenarnya bukan kena marah pun, kena tegur je dengan suami. Sepanjang perkahwinan, suami tak pernah pun meninggikan suara kat saya. 

Punca kena tegur dengan suami simple je, saya gatal2 memanjat. Sebenarnya kami baru pindah rumah hujung Januari hari tu, 29&30 Januari to be exact. Pindah masuk rumah baru hari Sabtu, Ahad pun masih angkat lagi barang-barang yang tak habis diangkat hari Sabtu tu. Rasanya kami takdelah banyak sangat barang, tapi beberapa trip jugaklah nak mengangkut kesemuanya. Kes pindah rumah ni memang nak cerita sangat kat sini. Untuk teladan bagi sesiapa yang nak datang & bermastautin di UK sebagai pelajar macam saya. Pastu minggu depannya bermula hari Isnin sampai ke hari Ahad suami dah sibuk dengan projek restoran yang dikongsi dengan dua orang rakannya. Projek restoran tu sebenarnya dah lama dalam perancangan tapi asyik ada halangan saja. Tapi itulahkan, rezeki ni bila Allah nak bagi tu, memang datang bila kita langsung tak menjangkakannya. Suami dan rakan-rakannya perlu bersegera membersihkan restoran sebab pada 7 Februari dah nak buka pintu kedai kaedahnya. Next post la cite pasal restoran ni. By the way, restoran tu namanya Restoran Rasa Nusantara, letaknya di tengah-tengah bandar Newcastle.

Jadi bila suami saya sibuk membersihkan restoran & menyediakan apa yang patut untuk pembukaan restoran, maka barang-barang kami yang dipindahkan ke rumah baru ni berkaparanlah, berteban tak tentu hala-mengikut loghat orang Pahang. Saya pulak lepas pindah tu, penatnya ya amat. Bukannya buat apa pun, tapi penat sangat. Mungkin sebab pregnancy sickness saya masih belum berakhir. Yelah, saya ni nak makan nasi pun tak selera. Dalam dua bulan ni rasa-rasanya baru 2-3 kali saya makan nasi. Itupun keluar semula. Selebihnya makan Nestum je, sedih tau! Sob... Sob!

Minggu ni saya dah ada tenaga sikit, saya mulalah mengemas apa yang patut. Itupun angkat barang yang ringan-ringan je. Takutlah nak angkat yang berat-berat. Kawan-kawan semua pesan jangan angkat langsung. Suami pun tak bagi saya angkat barang, tapi rumah macam tongkang pecah sampai saya pening kepala. Sebenarnya kawan saya, Intan selalu pelawa untuk tolong kemas. Tapi saya rasa bersalah jugak nak minta tolong dengan Intan, sebab dia dan keluarga dah nak balik Malaysia bulan Mac ni. Maka, mereka pun sedang sibuk nak packing barang-barang mereka.
 
Nak minta suami buat semua, saya kesian sebenarnya. Sejak restoran mula beroperasi, suami saya memang tak cukup tidur. Balik dari restoran paling awal jam 1:30 pagi. Jam 6 dah nak bersiap untuk kerja cleaner tu. Balik dari kerja cleaner jam 9 pagi. dah nak bersiap ke restoran pulak. Mana-mana isteri pun rasanya mesti nak mengalir air mata tengok suami keletihankan?

Berbalik pasal kena tegur, pagi tadi sebelum suami keluar ke restoran, suami tanya, "Sayang panjat ye?"
Suami maksudkan saya memanjat untuk meletakkan kotak-kotak ke atas kabinet dapur. 

Saya konon-konon nak buat lawak menjawab, "Taklah, sayang guna magic. Sayang tunjuk je kat kotak tu, soh dia naik atas kabinet." Sambil tu saya buat-buat gaya dengan jari telunjuk mengarah kotak-kotak supaya naik dari lantai ke atas kabinet. Mengarut je kan?

Suami saya pandang je saya. "Kalau jatuh macam mana?"

Dah saya rasa bersalah.Malas nak bersoal jawab, saya terus peluk suami. Semasa memanjat tu, saya memang berhati-hati. Kalau saya rasa penat dan mengah, memang saya takkan panjat punya. 

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan. Baby pun memberi kerjasama yang baik. Yelah selalunya, bila saya nak mengemas, mengangkat barang-barang dan memanjat, saya cakap dengan baby, "Ibu need to do some work. We are a team, we need to be strong. Both Ayah and Ibu love you so much, so be strong ok." 
Memanglah kalau ikutkan, baby tu kecik ya amat. Baru dalam 5 cm gitu. Tapi tak kisahlah, cakap je dengan dia. Insya-Allah dia faham. Saya nak baby tahu, kami sayangkan dia. Saya mengemas dan buat kerja yang tak berapa nak ringan tu bukan sebab nak menyakitkan dia.

Friday, February 11, 2011

Finally...

It has been more than 2 months since I took a writing hiatus. Thousands apologies to any of you who drop by to see any update. I can understand if you delete me from your list :'( I wasn't extremely busy, just the usual chaos of working towards my PhD. Guess what, this not-so-new year marks the beginning of my third year. Truth is I was easily tired those days (December to January). December 2010 was the month where I literally did almost nothing other than lying on my bed. There were mornings which I woke up and found plumbum-like taste lingering in my mouth. Then I began to throw up after dinner. Followed by starting to lose my appetite for food. I haven't and didn't thought of anything other than probably because it was winter and I was starting to get sick. Until my period of the month didn't come on its due time.

I waited until it was about a week late and decided to do the test. I just didn't want to put too much hope. We've been trying to conceive since August 2010; i.e. when the doctor gave us the "clearance" to get
pregnant. So, on the last day of school before the Christmas & New Year break, I stopped at the pharmacy to but a pregnancy test kit before heading home. A box of one stick costs about £5 and a box of 2 sticks costs around £8. So I thought let's get the 2 sticks deal, you know just in case I need to double check. I grabbed two boxes and brought it to the till. The gentleman at the till gave me a slightly curious look as if to say "Are you sure you?". Not until when he said £16 pound were I realized that I actually grabbed two boxes that contains 2 sticks each. I wasn't going to open a pharmacy of my own to need that much pregnancy test kit. Eeuuww... Very embarassing!

I did the pregnancy test that evening. Well, 1 stick is enough to confirm that I. AM. PREGNANT. :))

ALHAMDULILLAH, all praise to Allah. My husband was out at work. So I left the stick in a disposable cup in the shower as a surprise for him. Hemmm... Wasted effort! I waited and waited and waited for him to say something about the stick. It wasn't a very long wait actually but I can’t wait to tell him. So I finally said "Abang, I'm pregnant."

He looked at me and asked, ”How do you know?”

Dushh!! “I did the pregnancy test. Didn’t you see the stick I left in the shower?”

“The white stick? I thought its your tooth brush.! Dushh! Dushh! That’s why I said wasted surprised! Hemm…

We went to see a doctor to register my pregnancy in the following week. The doctor said, “This is a total miracle.” When I asked her why, she said not everyone is as lucky as I am; diagnosed with cancer, been through chemotherapy and being blessed with a pregnancy.

Of course, to both of us, this is not just a total miracle but a total blessing too. Everyday I pray that I will carry this pregnancy to terms, and my baby is safe and healthy. Insya-Allah.