Google Translator

Thursday, January 1, 2015

Cerita Cinta I

Aku peminat tegar lagu rock kapak. Kalau korang membesar dalam tahun 1980-90-an, lagu rock kapak ni memang menjadi halwa telinga. Kiranya lagu-lagu seperti Dari Sinar Mata (Bumiputra Rocker), Layu di Hujung Mekar (Rio), Kain Cinta Putih (Putra), dan banyak lagi tu adalah antara lagu-lagu terbaik pada zaman tu. Pernah dengar lagu Sejiwa (Spring)? Kalau belum, pergi cari jap kat Youtube, memang tangkap lentok beb. 

Walau bagaimanapun, aku bukan peminat drama atau filem Melayu. Pernahlah aku minat filem Melayu, zaman Deana Yusoff berlakon dulu. Kenapa entah aku boleh terminat sekejap dengan Deana Yusoff, aku pun tak tau. Mungkin sebab dia nampak seperti 'the girl next door' atau mungkin sebab dia cantik tanpa nampak OTT (over the top). Serius aku tak tau. 

Bila meningkat dewasa, aku menjadi pengkritik tegar drama Melayu. Terutamanya drama-drama seperti Gerak Khas dan lambakan drama Melayu yang serius merepek. Aku boleh maafkan 'production house' nak menjual tema cinta lagipun itulah tema yang paling laku di Malaysia ni pun. Kalau buat drama, stesen TV tak nak beli, mana nak cekau duit bayar gaji pelakon, jurukamera, bla bla bla kan? Tapi boleh tak korang cuba menjadi lebih kreatif? 

Aku tak nafikan adalah beberapa kerat drama/telemovie yang bagus. Tapi peratusannya sangat kecil. Ada satu telemovie yang Allayarhamah Azean Irdawaty berlakon jadi orang terencat akal, kemudian dirogol oleh Jalaluddin. Pada aku, telemovie tu ada mesej yang nak disampaikan. 

Eh! Panjangnya mukadimah. Sebenarnya mukadimah yang panjang ni, aku nak cerita tentang drama-drama Melayu kat TV sekarang. Jujurnya aku memang tak tengok siaran TV sangat dan di usia begini -dah nak masuk 4 series :-), aku memang tak boleh fokus. Selalunya, sesi menonton aku diakhiri dengan TV yang tengok aku tertido. Rancangan yang aku masih boleh layan hanyalah The Amazing Race. Tu pun pernah aku pernah tertido. Penat korang, lepas makan. solat Maghrib & Isyak, aku layan Auni main Lego atau Playdoh dia, pastu sebelum 10 selalunya aku dah masuk tido. Adalah sekali- sekala terlajak ke pukul 11 atau 12 tapi tu jarang sangat. 

Info pasal drama apa yang top di TV selalunya aku dpt di Facebook. Kengkawan aku ramai je yg rajin berkongsi update. Sekali dalam tempoh beberapa bulan, aku akan menjengah ke website di mana aku boleh streaming drama-drama ni. Itupun aku bukannya dapat dok menghadap. Aku perlu berbuat sesuatu untuk stay alert. Aku siapkan minute meeting, aku update files, apa sajalah aktiviti. Aku terpaksa multitasking begitu untuk tidak fall asleep dan juga dihujani rasa bersalah menonton drama yang tak berfaedah. Aku rasa untuk tahun 2013 & 2014, takde satu drama pun yang aku khatam kesemua episod. Dari episod 9 aku rewind ke episod 2 pastu fastforward ke episod 13. Lebih kurang gitulah. 

Aku tengok drama-drama Melayu sekarang ni banyak sangat adegan-adegan gatal. Segelintir orang mungkin beranggapan itu adegan romantik. Romantik pun agak-agak la. Ini melampau-lampau romantiknya. Memanglah tu adegan suami isteri tapi perlu ke sampai berpeluk berhimpitan umpama korang dah ghairah sangat?! Tolonglah para prodesur & pengarah, kalau nak bagi rating naik sekalipun, tolong ingat sikit, korang pun dapat share dunia & akhirat uols. Korang kena ingat, yang menonton drama-drama picisan korang tu adalah dari pelbagai lapisan masyarakat. Bukan sekadar taraf mak-mak macam aku ni. Anak-anak kepada mak-mak ni pun ikut sama menonton tau! Kalau budak-budak tengah nak up tu teruja kesan dari melihat drama-drama korang, lantas melampiaskan nafsunya dengan merogol, me-'whatsoever', korang secara langsung telah menyumbang kepada meningkatnya masalah keruntuhan moral OK. Ready ke nak jawab di akhirat nanti?

Untuk mak-mak, aku akui kita balik kerja, kita penat dan kita nak rehat. Istilah rehat kita ialah dengan menonton TV dengan anak-anak. Jujurnya aku rasa tak salah pun aktiviti menonton tu. Namun kita harus jadi ibu bapa yang cakna. Sambil menonton tu ambillah inisiatif untuk berdakwah pada anak-anak kita. Terangkan yang mana dan yang mana buruk. Tapi kalau anak-anak bertanya, kalau dah salah kenapa pelakon so and so buat, pandai-pandailah korang jawab ye. Huhuhu...

Aku anak baru seorang, kecil sangat lagi pun. Tak tau apa yang menanti aku di depan sana. Tapi bila aku tengok para pelajar di sekeliling aku, aku tengok apa yang berlaku di luar lingkungan selamat (safety cocone) aku, aku jadi risau. Timbul rasa tanggungjawab sesama Muslim. Aku masih tak mampu nak pergi buat street dakwah (malu OK pada saudara-saudara Muslim yang gigih berdakwah). Jadi apa kata kita mulakan di rumah dengan diri dan keluarga kita dulu.

Doaku di tahun baru 2015 ini, semoga kita mampu menjadi Muslim berfaedah kepada Islam.


Thanks for reading :-)