Google Translator

Wednesday, February 10, 2010

Pelajar PhD di UK dapat Elaun RM14k sebulan?

credit

Dua tiga minggu lepas agak kecoh jugak kat FB kawan2 seperjuangan buat PhD saya tentang artikel PhD bukan syarat naikkan pangkat tulisan Pemerhati Kanan katanya. Sekanan mana dia memerhatikan kami pelajar-pelajar yang sedang membuat PhD ini, saya pun tak tahu. Baiklah dia perhatikan gaji minimum rakyat marhaen Malaysia yang nak bayar sewa rumah dan tampung perbelanjaan anak-anak pun seperti kais pagi makan pagi itukan. Siapa entah tuan punya blog tu, sah-sah glamor macam Perez Hilton kaedahnya selepas tajuk yang begitu kontroversi itu. Walaupun posting tu dibuat pada penghujung tahun 2007 namun sehingga sekarang masih ada yang meninggalkan komen.

Saya malas nak komen pasal isu kenaikan gaji tu sebab dah ramai sangat yang komen. Isu yang saya nak sangat komen dan juga beri penjelasan pada sesiapa yang singgah dan membaca blog saya ialah tentang elaun pelajar PhD di UK ini. Di bawah ni saya copy&paste dari blog tu.

... Mungkin disebabkan ketiadaan persaingan, maka ramai daripada mereka gagal menghabiskan PhD dalam jangka masa yang diperuntukkan, yakni tiga tahun dan memerlukan pertambahan masa sehingga satu atau dua tahun. Dengan pertambahan elaun sara hidup sebanyak dua kali ganda mulai tahun ini [2007], seseorang yang berada di United Kingdom, misalnya, menerima RM14,000 sebulan di samping gaji lumayannya sebagai pensyarah. ...

Ewah-ewah, sesedap jari je dia menaip surat dan mengemel (atau mengepos) kepada Berita Harian pasal elaun yang kami terima. Siapakah gerangan yang dapat elaun sampai RM14k sebulan tu? Tak pasal-pasal je rakyat Malaysia yang membaca surat Pemerhati Kanan ni mendapat maklumat yang salah tentang kami di sini. Elaun kami di sini setakat 748 pound je (Elaun Kadar C). Kalau berpasangan atau ada anak-anak, adalah lebih sikit. Macam saya contohnya, dapat tambahan elaun pasangan dari majikan, dalam lingkungan jumlah 200 pound. Kalau dicampur kedua-dua elaun ini dan ditukar kepada matawang sekalipun, jumlahnya hanyalah dalam lingkungan RM5200 (1 pound = RM5.50). Musykil betul saya di UK ni bila membaca surat Pemerhati Kanan tu.

[Selingan: Mewah sangat ke gaji pensyarah yang cuti belajar ni? Mesti banyak menonton drama-drama dan filem-filem arahan pengarah Malaysia yang tak memberi gambaran sebenar tentang hidup. Kerja biasa-biasa & hidup di KL mampu hidup di rumah banglo. Itulah yang sering dipaparkan dalam drama Melayu kan? Itu sampai boleh fikir yang gaji kami ni berkepuk-kepuk. Huhu...]

Andai kata ada yang beranggapan bahawa dengan +-900 pound tu boleh hidup mewah, harap lenyapkanlah tanggapan itu. Di tempat saya Newcastle yang bukan bandar besar seperti London ini pun, sewa rumah dah mencapai antara 400-550 pound. Ada juga yang bernasib baik dapat menyewa rumah dengan kadar 350 pound. Itu memang benar-benar bernasib baik. Kalau yang berkeluarga dan punya anak 3 hingga 4 orang, takkanlah nak duduk rumah 2 bilik seperti yang saya duduk bersama suami sekarang. Rumah yang kami sewa ini ada 2 bilik dan letaknya di kawasan perumahan kelas ketiga ini pun sewanya dah mencecah 400 pound. Saya nak tekankan kelas ketiga tu. Tak adanya kami kat sini duduk di villa pun. Majoriti pelajar-pelajar dari Malaysia memang duduk di kawasan perumahan yang cikai saja.

Tolak sewa rumah, tinggal lagi 500 pound. Bil elektrik dan gas(untuk heater dan memasak) saja boleh mencecah 100 pound sebulan. Kadang-kadang lebih jugak, terutamanya pada bulan-bulan di musim sejuk, sebabnya asyik on heater je. Bila tiba musim panas, dapatlah berjimat dalam 30 pound gitu. Kemudian bil-bil lain seperti bil air, telefon, internet dan lesen TV pula adalah dalam lebih kurang 120 pound.

Kiralah berapa yang tinggal? [900 - 400 -100 -120 = 280]. Hah! Tinggallah 280 pound. Dengan 280 pound tulah nak beli ubat gigi, sabun mandi, sabun basuh baju, cecair pencuci pinggan mangkuk, ayam, ikan, beras, sayur dan segala mak nenek lagi. Nasib baik kat sini ada pasaraya seperti ASDA, yang mana kebanyakkan generic items under ASDA brand ni boleh dikira murah.
Oh! Lupa nak sebut petrol dan maintenance kereta pun termasuk dalam 280 pound tu. Kalau ada yang kata, tak ada kereta tak boleh ke? Bukan tak boleh, tapi kalau nak pergi kerja takkan asyik nak tumpang orang sajakan. Lama-lama kena pelempang pulak nanti.

Alhamdulillah, saya menetap di Newcastle yang boleh dikira agak rendah harga makanannya. Kalau tinggal di Southampton yang dapat Elaun Kadar C jugak tu, tapi cost of living dah nak menghampiri cost of living di London tu, macam mana? Saya sebut Southampton sebab ada kawan di Southampton, kawan-kawan di tempat lain saya tak CSI elaun mereka. Itupun tahun ni, cukai dah naik kepada 17% kalau tak silap saya. Makin mahallah harga segala bil dan barang-barang keperluan. Geram jugak sebenarnya dengan orang yang menulis surat tu. Timbul rasa di hati ni nak titik-titik aja jarinya macam orang bermain Gamelan tu.

Untuk menokok tambah pendapatan, kebanyakkan pasangan bekerja part time. Di tengah-tengah kegawatan ekonomi UK ni, amatlah payah nak dapat kerja part time apatah lagi full time. Kalau ada yang bekerja full time pun, rasanya boleh dikira dengan jari. Kalau di Newcastle ni kebanyakkannya jadi Floor Engineer a.k.a Cleaner. Suami saya sendiri puas mencari kerja sehinggalah Ramadhan tahun lepas baru dapat kerja. Alhamdulillah ada kawan suami bagitau ada kerja kosong di tempat kerjanya. Setiap hari jam antar jam 5-5.30 pagi saya dah bangun nak buatkan kopi untuk minuman suami sebelum pergi kerja jam 6.15 pagi. Bayangkanlah sewaktu musim sejuk, dengan udara sejuk bersuhu -5 C gitu, kebanyakkan para suami (ada juga para isteri) yang meredah suasana sejuk demi menambah pendapatan keluarga. Ada juga pelajar-pelajar PhD yang bekerja sebagai tutor dan lab demonstrator.

Saya tak malu mengaku, jaket-jaket yang saya pakai di sini, saya beli di kedai charity saja. Kalau harga sehelai jaket baru, paling cikai pun dah mencecah harga +-35 pound. Itu kat kedai yang paling cokia, NEXT namanya. Bandingkan dengan harga jaket yang saya beli di charity shop, boleh dapat antar 7-12 pound. Takpun tunggulah Summer Sale dan Christmas Sale, ada 50% offer atau offer seperti Buy 1 Get 1 for 1 pound offer gitu. Bukan jaket saja, banyaklah barang-barang dalam rumah kami ni dibeli di charity shop, carboot sales dan tentunya ebay. Kalau tengok rumah-rumah pelajar di UK ni ada TV besar gedang atau ada set meja makan ala Itali gitu, janganlah cepat sangat buat andaian bahawa kami ini hidup mewah. Tak lain tak bukan, beli di ebay kebanyakkannya tu. Ada yangbernasib baik, boleh dapat TV, sofa atau apa-apa aje secara percuma melalui freecycle website.

Kalaulah benar kami ni dapat RM14k sebulan, lebih kurang dalam 2500 pound (1 pound=RM5.5), tentunya saya dah tak pandang charity shop, carboot sales ataupun ebay tu. Mesti setiap 2-3 bulan, saya mampu beli hobo bag jenama Prada yang sebegini


credit
ataupun beg nan cun jenama Gucci ni kan.

credit

Ada satu komen kat artikel yang saya linkkan di atas tadi. Komennya benar-benar menunjukkan dia ni tak tahu apa-apa tapi nak buat penilaian. Ini komennya:

Saya mempunyai ramai rakan yang sedang menyambungkan pelajaran di luar negara; dari degree ke master degree dan PHD. Saya lihat mereka mampu berjalan-jalan hingga ke sekitar Eropah bersama keluarga. Mereka mampu membeli kereta di sana. Mereka mampu membeli telefon bimbit yg mahal harganya. Mereka juga mampu membeli lain-lain barangan mewah di sana. Kebanyakan mereka sudah pun
berkeluarga.Soalan saya, sekiranya benarlah elaun & biasiswa yg kerajaan (dan rakyat) berikan kepada anda tidak mencukupi, bagaimanakah rakan-rakan saya ini mampu utk menikmati barangan mewah atau pon barangan bukan keperluan?
-FJ
January 30, 2010 12:19 AM

Adoiila... Duit yang kami guna untuk berjalan-jalan tu hasil dari jimat cermat kami la Dol! Duit dari hasil pasangan bekerja jadi Floor Engineer tu. Lagipun, kami bila berjalan tu, kebanyakkannya sama ada bermalam di rumah kawan atau di Travelodge. Takdenya kami tidur kat hotel berbintang-bintang tu. Makanan pula kami siap bawa beras, sardin, maggi tau. Periuk nasi pun kami bawa juga. Memanglah banyak restoran Pakistan di sekitar UK ni, tapi demi untuk berjimat, kami bawa bekalan sendiri. Adalah sesekali singgah beli kopi gitu di R&R. Itupun dikira mewah ke oleh si Samdol ni? Huh!

Pasal pakai telefon bimbit mahal tu, telefon bimbit jenis apa yang mahal sangat tu? Blackberry? iPhone? Sony Ericcson? Kat sini kebanyakkan perkhidmatan rangkaian telefon perlu diambil beserta telefon. Maksudnya, kalau nak beli telefon dan nak jimat, kita perlu ambil beserta line telefon. Kita bayar setiap bulan untuk telefon yang kita beli tu dan dapatlah 600 minit free minute utk calling-calling, unlimited messages, free internet access, etc. Ada jugak prepaid seperti di Malaysia. Tapi perkhidmatan prepaid kat sini memang hampeh sangat. Tak pasal-pasal je, tak boleh nak buat call dan tak boleh nak terima call walaupun ada lagi baki duit.

Si Dol yang menulis komen ni memang tersangat Dolnya. Kat UK ni harga kereta bukanlah beribu riban macam kat Malaysia nun. Dengan 600 pound, Insya-Allah dah boleh dapat kereta terpakai yang OK. Ada orang yang beli kereta dengan harga rendah dari itu, dalam 300-400 pound. Adalah sedikit sebanyak yang perlu dibaiki, tapi tak adalah harganya beribu macam harga kancil 2nd hand kat Malaysia tukan. Kereta kami pun kami beli di Ebay saja.

Barang-barang mewah apa lagi agaknya si Dol ni maksudkan? Kalau nak tau, di UK ni banyak carboot sales. Setiap hari Ahad (ada jugak hari Khamis atau hari Sabtu) ada banyak tempat yang buat carboot sales ni. Pergilah mana-mana carboot sales di UK ni, mesti jumpa muka Melayu punya. Sebabnya kat sinilah nak dapat barang-barang yang murah. Ikut nasib, kalau nasib baik, bertemu penjual yang baik hati, boleh dapat barang branded dengan harga yang murah. Seperti dinner set Royal Daulton ke, atau jaket kulit ke, atau barang mainan Fisher's Price yang kadang-kadang tu boleh dapat dalam 2-5 pound je (saya tak pasti sangat sebab tak pernah beli). Buku-buku cerita kanak-kanak yang harganya berpuluh ringgit di MPH Malaysia tu, kalau di carboot sini, kadang-kadang boleh dapat 20-50 pence saja. Itukah yang dikatakan mewah? Si Dol ni pun patut diketuk-ketuk sikit jarinya.

Kalau korang baca sampai habis, terima kasihlah. Saya cuma nak tunjukkan realiti sebenar kehidupan kami di sini.

18 comments:

ummi iman said...

pergi bercuti pakai duit sendiri la samdol weiii, takkan la nak pakai duit kpt/jpa bagi, tak cukup lerr..takkan la kami nak bgtau/tunjuk semua kesusahan di sini kan dilla, haprak la..bila isu ni timbul balik, geram. n southampton, haa..aku ler tu duduk situ,aiseh, anak sorang, elaun tambh sket je portion tak sama dgn anak 2/3..takkan ler aku nak beranak lagi utk tmbh elaun, ..malas nak layan samdol2 itu.. aku ler juga contoh elaun rumah tak dpt di uk, alasan ms tu, duit uk turun, so uia set ke akaun gaji je..aku pk balik, takpe la,ade baiknya gak, atleast buleh la aku menyimpan di msia itu, di samping membyaar insurans2 dan apa2 yg patut..biar pandai aku berjimat n menjadi pengajaran utk aku kemdian...
ps dilla, ni bahasa kasar sbb dok refer ke samdol..sorry, and to samdol jgnla sampai perasaan hasad dengki tu ko tutup periuk nasi org lain, dah tu fakta2 ko tu sume salah, lain kali kalau dah jeles sgt, amik pen n paper, tanya one by one, and tulis apa yg kami dpt n apa yg kami tak dpt, ke senang ko duduk sini dgn kami, bukak nursery ke.. ke ko dah takde keje, meh la tolong buat keje aku nih,tolong delete email2 aku yg dah menimbun tak smept nak dibelek.:)) =))nak bg keje berat, kang ko mengarang cite lain pulak..
ani liza.

Anonymous said...

tu la geram kan? RM14k sebulan tu..tak agak2 betul. kalo betul la RM14k, takyah la susah2 nak berjimat cermat.

bab holiday tu..apa lagi hiburan kita kat sini? sedara mara takde, restoran melayu takde, dah la tension ngan PhD. takkan nak jadi tikus mondok jer bermuram durja. jalan2 tu lah satu cara nak release n happy termasuklah family yg duduk jer di rumah seharian. lagipon dah alang2dok sini, takkan la tak amek peluang tgk negara orang, kolot tol la. even kalo dok mesia pon..ada ke org seumur hidupnya hanya rumah & tempat kerja jer? at least kat mesia tu leh la p rumah sedara mara.

-asmah southampton-
bukan asmahan ;)

xOxO~fixa~ said...

salam mdm...saya pun x tau sape samdol tuh...apa ke bongok sgt...sah2 dorg jeles x dapat sambung PhD la tuh tapi dah ada PHD express kan which is PERASAAN HASAD DENGKI...saya pun tau cost of living kat sana tggi even x penah g sana...

pape pun kalo mdm nak beli beg prada o gucci tuh gtau la...hahhaa...nape x LV terus...
pada mdm dan kwn2 mdm yg lain...i wish ol of u...

ALL DA BEST!!!

chaiyok2...=)

ajezahmad said...

wah, lama giler xbaca blog madam. best2. terbaik la madam balas balik aper yg si samdol tuh tulis! sy pon dapat la gambaran mcm mana cost of living kat uk sana. kawan sy pon ada sorg jadi floor engineer sb ikut isteri dia belajar kat sana.


aper2 pon, semoga impian mdm nak beli beg prada/gucci tuh tercapai. x pon, bila dtg msia, suruh fiza beli satu utk madam. dia dah kaya skrg. okb la katakan,

fusherna said...

Salam..google benda lain, jumpa blog ni..best entry ni..rasa nak suggest pi publish dlm utusan/bh je..

depa suka sgt convert elaun kita dpt ke RM..seolah2 mcm brg kat negara lain pun harganya dlm RM juga..

pastu compare harga brg branded yg local product dgn harga kat msia yg statusnya brg import..lol..

kat aussie ni..selalunya kitorg kutip brg org buang je..dah ada list area mana buang brg..free of charge..

Anonymous said...

Salam,
Itulah manusia, suka sangat duk sangka buruk kat orang.Ingat kita ni hidup senang ke? Sejak datang sini, baju anak2 semuanya kat carboot. Paling murah pun kat primark...tu pun asyik belek setengah jam pikir worth tak beli baju ni even if it costs you £1 for one t-shirt.Kat Malaysia tak pernah pun ada that kind of experience..,mmg berjimat sangat2..kat m'sia mimum Nescafe...sini beli kopi cap Morrison ler, Iceland la..telanlah jugak even takde nikmat kopi sangat..agaknya cik Samdol tu nak pakai tak baju carboot atau minum kopi cap Giant ? :)

NenetPenne (NP) said...

orang yang memerhati dari luar dan tak experience menda mcm ni tak akan faham kemelut yang dialami oleh si pengalami...

kesian samdol tu..

Anonymous said...

Nak buat pengakuan sket: Saya penerima Biasiswa YDP Agong (handle by JPA) dan berada di London. Sememangnya elaun sara hidup saya lebih kurang RM14k seperti yg dikatakan oleh artikel tersebut.

-Insan yang bersyukur.

Sky said...

Ignoring the aberrant appearance choices of the young, you accept to see that ugg boots are a abundant women's ugg . Cheap uggs are an even bigger women's ugg suede boots .What is so abundant about ugg suede anyway?

Anonymous said...

Allah lagi tau...kan ada org kata senang betul org banyak duit ek..tak der masalah...tapi org byk duit pun ada masalah....dah nama nya manusia...
macam tu gak la org wat phd....
tak semua dpt habiskan phd on time. kalau supervisor pindah, terpaksa tukar topic dan direction... macam2 lagi la..tu hal akademik.tak campur lagi hal sakit hal problem lain. tapi saya percaya semua kami yg wat phd ni tetap insyaAllah bersyukur pada apa yg ada...
walau apa pun org kata/gossip. susah senang akan sentiasa dlm ingatan..moga phd ini mendekatkan kita pada Allah....amin...

Tukang mengajar said...

1995 hingga 1998 adalah masa sya sebagai undergraduate students in faculty of arts & Media studies di Newport school of art & design, University of Wales, Newport, Wales, United Kingdom. The only malay dalam kelas Multimedia Design (masa tu multimedia design tak exist pon course ni di Malaysia) and juga first batch (mouse lab) untuk course Multimedia ni. Elaun saya MARA bayar 199 pound jer masa tu. Malam-2 lapar nasib ada beli bekal biskut murah dari a pound land. Tapi alhamdulillah survive juga. Balik ke KL kerja merata dekat syarikat multimedia tempatan dan juga Multinational company. After hampir 15 tahun mempunyai pengalaman dalam bidang multimedia, saya bertukar arah ke education line di local state universiti, tujuan jump into education line kerana apabila badan saya dah tak boleh terima kerja late night sampai pagi buat animation, video and interactive berbagai tu, and even 2-3 redbull pon tak jalan dah so it's sign of aging lah. Masa interview Uni kata masuk dulu kerja then gaji mengikut pengalaman akan di selaraskan semula bila dah masuk nanti mengikut kata melayu di BSM uni saya bekerja. Rupa-rupanya kena tipu, bila dah masuk Uni, dia kata lak gaji mengikut education saya. Imagine gaji saya downgrade sebanyak rm 1,300 dari gaji semasa bekerja di syarikat swasta. Takpe la "apa yang ada, itu yang kita bina", i'll move on by further my Master dekat Melbourne, Vic, Australia pula. Balik ke Malaysia, selepas bekerja keras untuk mendapatkan jawatan pensyarah (sebelum ni masih tutor, imagine saya ada pengalaman 15 tahun dalam industry multimedia, consultant di pelbagai syarikat swasta sebelum itu) di bayar gaji tutor basic P1 T1. It's ok i'll survive , after some period of time naik ke jawatan pensyarah. Tangga gaji P1T1, sama gaji semasa berkerja di swasta dulu, ok lah fine. In comparison with my younger siblings yang dah bekerja sebagai guru selama 2 tahun lebih, gaji kami berbeza sebanyak RM 500 sahaja, and salary wise my younger sibling naik gaji mendadak dari zaman pak lah hingga lah ke zaman Muhyiddin Yassin. Now, ada chance nak sambung PHD ke U.K, selepas KPT somwhow generously offer PHD boleh buat ke U.K pula. But, lately ni sya dengar banyak kesusahan di tempuh oleh doctoral researcher (pelajar PHD kita di U.K), selepas mapping and risk management sya tidak merasakan sambung PHD di U.K perkara mudah dan 'paint the town red' sepanjang belajar di U.K. Based on collective observations and interview (Quali methods) sikit dari rakan-rakan yang baru pulang PHD di U.K Balik dari U.K eventhough dah ada ijazah belum pasti di naikkan ke DS52 or DS 51 perlu commit Journal berimpak tinggi pula lah penerbitan lah baru di naikkan ke ds 52. Jadi conclusion nya di sini penulis yang mengelarkan dirinya 'pemerhati kanan' tu adalah a moron probably just having a cert or degree from local state Uni or private college maybe yang quote or cited statement without evidence and much thinking put into it. Just a psycho therapy for normal malay dilemma symptom. Deep in my heart i was saying " why in the world that i take the blue pill" quote dari Matrix (The Matrix, 1999)

Tukang Mengajar

Anonymous said...

assalam.
faham tentang ikat perut pelajar phd di sana.cuma tak berapa nak faham sebab ramai jgk pelajar yang tak habis pengajian dlm masa yg ditetapkan oleh majikan. berlainan kalau pergi ke jepun. maaf saya hanya nak tahu.
wassalam.

Anonymous said...

kepada sape2 yang kata pelajar UK ni mewah. Ape kate korang datang kat cni. meh dok umah kitorg pun boleh. dok la dalam seminggu dua. then korang tahu la mcm mane rasenye..Puii!

luxury shop online said...

Actually belajar di UK xmewah. Kos yang paling mahal adalah sewa flat atau rumah. Paling murah 350 pound. Kos lain termasuk gas yang meningkat masa winter. Lagi satu kalau yang pakai cermin mata frameless bawak la spare sebab kat UK bukan mcm di Malaysia semua boleh beli kat kedai. Frameless ada specialist yg buat dan kos 35 pound.

Selain itu, kalau pasangan bekerja at least sbg cleaner mmg boleh hidup tapi x la senang.

Selain perkara dinyatakan di atas kos hidup di UK agak berpatutan.

Kalau nak beli kereta 2nd hand 600 pound dah boleh pakai BMW 3 series.

Harga makanan did tesco dan asda murah. 50 pence dah boleh beli sardines tin besar, kek coklat pun 1 pound.

Harga minyak petrol ikut pasaran. Tapi biasanya dalam maximum 1 pound per later.

Nak pergi travel...kena book awal. Travel dari Cardiff ke london kos cuma 1 pound. Perjalanan 3 jam naik bas tapi kalau booking lambat maybe kena 20 pound.

Kenapa suka pergi car boot?
Anak patung boleh dibeli dgn harga 10 pence je. Tapi hand phone mahal.

In conclusion hidup di UK xsenang dan tak terlalu susah.


Anonymous said...

Pelajar australia lagi tersepit...bayar rumah ikut mingguan...tak ada per month..rumah tak ada yg murah..terpaksa kongsi ramai2 scr haram...kos sara hidup tinggi..at least uk..rumah bru dlm 350 pound..ada balance..dkt australia..kalau hidup ikut peraturan rumah..habis duit elaun bayar rumah je..tp sbb duduk rmai2 scr haram tuan rumah tak tahu..bru lah ada balance sikit..at least student uk boleh la hidup dgn elaun...plg murah aus sewa rumah 250 dollar seminggu..kalau bulan tu ada 5 minggu...habis mcm tu jer elaun..tp duduk scr haram..dpt save la separuh duit..untung lgi pelajar uk at least ade gk balance..kalau uk suggest pelajar kne ade at least 800 pound sebulan untuk duduk kt uk..and u guys dpt lgik byk dr tu utk rate terkini..sdgkn aus suggest pelajar dpt 2000 dollar sebulan tp kami dpt 1200 je..menyesal gak study kt negara yg super mahal ni..u guys ptt bersyukurlah skrg2 nya at least 50 pound dah penuh trolly kt uk dkt sini tak..public transport kt aus pon mahal..electric jgn ckp..ade bill yg cecah 1k dollar..rumah student lain lah..tp electric sini super duper mahal..dkt uk kalau duduk asrama pon u guys still mampu bayar dgn elaun yg u guys dpt..kalau sini..duit untuk bayar asrama pon tak lepas kalau gune elaun..siapa yg kata duduk oversea tu loaded??plz la tanggung kami ni semua kt australia ni..

Anonymous said...

Salam, O'genki desu ka...pehhh terkejut jgk bila baca u all punya cerita. Cuma i mmg dah rasa tu semua. I dah lalui tu semua 30 yrs ago pahit-masin-masam-manis hidup belajar di luar negara. 1st degree kat Japan (sakit sbb bhs tulisan alien), 2nd deg kat UK & West Germany (sakit bunyi cakap mcm gergasi) & 3rd kat USA. So semua tmpt ade masalah. Elaun zmn sy sgt la cukup mkn....nk lbh2 cr keje part time bkn mcm zmn sekrg ade hp & transport. So siapa yg kata duit wkt blajar dpt byk tu krg tepat...yg kata x cukup jg krg tepat...yg penting JIMAT.(beli brg 2nd biasa la tu i pun byk sampai sekrg msh ade) nk tergelak baca u all cite psl beli brg2 recond. Dr Japan-UK-Ger-USA semua i beli 2nd jew...lumrah balajar tuuuu nnt blk Msia beli la yg ori...
Sekrg legaaaaa dah tgl zmn blajaq tp mengajaq la plk....U all blajaq je jgn byk mengeluh....Jdkan ia pengalaman yg berharga x de kat msia ni..caya la
Sekrg dah dpt Proff tp rasa mcm biase je hidup...Sumimasen...sayonara kiosukete. just fnsh ur PHD but Not Perasaan Hasad Dengki.
take care

Unknown said...

hi mdm saya nk tnya kos living di uk tu blh cukup tak kalo dpt gaji 4000pound sebulan sebab sy ade dpt offer keja kat uk kat comfort hotel harrow (x pasti wujud ke tak hotel ni sebab x check lg) and dorg dh sediakn tmpt tggal,transport n mobile sekali..sy hidup bujang nanti kat negara tu bila sy terima offer ni..and sy sorg wanita yg berumur 25 tahun,malaysia.rasa2 selamat tak sy living kat sana sorg diri.


harap dpt balasan daripada madam,nak sngt tau.

Terima kasih ^_^

Anonymous said...

Jauh beza elaun kita dengan student dari negara Arab macam Qatar,Oman,Saudi. Elaun mereka dikatakan hampir mencecah 8000 pound sebulan.Patutla mereka tak perlu bersusah payah bekerja seperti rakyat Malaysia.