Google Translator

Monday, March 8, 2010

Muffin Pisang dan Cip Coklat


Saya buat muffin ni minggu lepas. Saja buat untuk makan sewaktu sarapan atau minum petang. Tak adalah setiap hari sarapan bertema roti je. Saya rujuk resepi di Epicurious. Salah satu yang menarik saya untuk merujuk resepi di laman web Epicurious ni ialah komen-komen yang jujur dari orang-orang yang pernah mencuba sesuatu resepi itu.

(Untuk 12 biji muffin)
Bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (resepi asal guna tepung serbaguna, tapi saya tak ada)
2/3 cawan gula
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 cawan pisang yang telah dilenyek(saya gunakan 3 biji pisang saiz sederhana)
1 biji telur (saiz besar)
1/2 cawan mentega yang dicairkan(seeloknya unsalted butter)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan cip coklat(resepi menggunakan 3/4 cawan)

Cara Memasak:
1- Panaskan oven pada suhu 350F atau gas aras 4.
2- Aturkan cawan muffin ke dalam acuan.
3- Campurkan bahan-bahan kering: tepung naik sendiri, gula, garam dan baking powder dalam mangkuk besar.
4- Dalam mangkuk yang lain, gaul sebati bahan basah: lenyekan pisang, telur, mentega cair dan susu.
5- Masukkan bahan campuran bahan basah ke dalam campuran bahan kering. Kaup balik adunan hingga elok-elok je bergaul (just until blended). Masukkan dan gaul cip coklat ke dalam adunan.
6- Tuang adunan ke dalam cawan muffin hingga 3/4 penuh. Kalau lebih sikit dari 1/2 penuh pun ok jugak. Tak perlu gris.
7- Bakar selama 32 minit. Kalau dah masak, permukaan muffin akan berwarna keperangan. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar bersih dan ada melekat coklat cair, maknanya dah masaklah tu.
Selamat Mencuba :D

2 comments:

Wan's Family @ Southampton said...

dilla, muffin ni sedp tak?
kurasa seperti ingin mencubanya:)

Dilla said...

Saya suka Ani.Saya ada bagi kat opismate & diorg pun suka. Tak taulah sebab sedap atau sebab free. hahaha...