Biasakan kita dengar orang-orang di sekeliling kita menuturkan ayat sebegini "Issyy... menyesal aku tak kawin awal".
Saya sebenarnya agak pelik jugak bila terdengar orang cakap macam tu. Bukan apa, saya terfikir, mereka tu yakin ke kalau mereka kawin awal mereka akan bahagia sepertimana bahagia yang sedang mereka kecapi sekarang? Tak pun, mereka pasti ke sekiranya mereka kawin awal, mereka akan dijodohkan dengan jodoh mereka sekarang ini?
Semua itu bukan sesuatu yang pasti. Mesti ada sebab mengapa Allah tetapkan sekian-sekian waktu untuk kita berkahwin. Kenapa harus menyesal sekiranya kita tak dapat kawin awal? Tak terlintas ke di fikiran sekiranya kita kawin awal (maksud saya awal dari tarikh kita telah berkahwin), jodoh kita bukan dengan pasangan yang boleh membahagiakan kita?
Apa pun, saya bersyukur bertemu jodoh dengan suami saya. Pada saya tak timbul masalah cepat atau lewat walaupun pada pandangan sesetengah orang yang desperado tu saya berkahwin pada usia yang agak lewat. Biarkan, tak menjadi kudis pun.
8 comments:
yesss i like this entry..
betul...betul...
jodoh atau mati kita memang telah ditetapkan....
Siapa lah yg desperado yg madam maksudkan tu kan? Haha! BTW, naper wat 1post/page? Mls nak click "older post" utk tgk post2 yg lama2. :p
hehe.. ku tak kahwin2 lagi..
Yess... i also like this entry.. sekali gus memberi semangat kpd saya... Thx akak!
Setuju dgn madam. Just keep praying dipertemukan dgn org yg sesuai.
Salam dilla :)
Anak perempuan Mak isah kawin pada umur nya yang ke30. Mak isah tak pernah mendesak anak-anak supaya kawin awal, terpulang la pada mereka sendiri bila bila nak kawin atau tak nak kawin :) Yang penting bila nak kawin tu mesti la berfikiran matang!
jaga diri :)
@NenekPenne:
Tima kasih :)
@Ir A.Aziz:
Lihat sekelilinmu, pasti ada ;P
@Jard The Great:
Insya-Allah, the right person will come at the right time :)
@LiFe Is BeAuTifUl LyRiC:
Tima kasih sudi singgah, sudi baca & sudi komen :)
@Nur Adibah:
Insya-Allah,bila hati kita ikhlas meminta dengan Allah, Allah temukan dengan jodoh yang baik & sesuai untuk Diba :)
@Puan Isah,
Respek dengan Puan yang tak mendesak :)
Dan sangat setuju dengan pendapat Puan "bila nak kawin mesti la berfikiran matang".
Iyalah madam. Insya Allah =)
Post a Comment