Google Translator

Monday, January 2, 2012

Rutin

Rutin harian saya bermula dalam jam 5-6 pagi. Ikutlah serajin mana saya nak bangun. Hajat hati tu nak bangun lagi awal, dalam jam 4 gitu. Bolehlah study sikit kononnya. Dapatlah sekali dua bangun seawal jam 4, selebihnya tidak. Hehehe... Bangun je terus saya memasak untuk sarapan dan makan tengahari. Masakan untuk makan tengahari biasanya saya buat lebih supaya boleh dimakan untuk makan malam sekali. Siap masak, saya terus mandi & solat Subuh. Sekarang bolehlah solat Subuh lewat sikit sebab matahari terbit dalam jam 8.30a.m. gitu. Kemudian terus bersiap untuk pergi ke universiti. Kadang-kadang waktu begini Auni bangun untuk minum susu - bagi susu Auni, tukar lampin, sarapan dan terus ke sekolah. Kadang-kadang suami hantar dan kadang-kadang saya naik bas. Jam 9 atau 10 pagi hinggalah jam 6 petang saya peruntukkan masa untuk buat kerja PhD saya. Jam 6 petang tu sebenarnya dah gelap sangat sekarang ni tapi saya memilih untuk siap-siap solat Isyak di universiti supaya bila sampai di rumah dalam jam 7 malam boleh terus dinner dan main dengan Auni sebelum bedtime dia jam 9-10p.m..

Alhamdulillah Auni anak yang mengikut didikan, semoga berterusan insya-Allah. Seawal usia Auni 2 minggu, saya dah train dia supaya bersedia untuk tidur jam 8 malam. Sekarang ni bedtime dia dah berganjak dari jam 8 ke jam 9 atau 10. Adalah beberapa kali terlajak sekiranya dia terlampau letih dan tidur banyak di waktu siang. Bedtime routine Auni bermula dengan tukarkan lampin pakai buang dia, bacakan dia bedtime story (saya mula bacakan bedtime story waktu usia Auni dah nak masuk 3 bulan), tutup lampu supaya bilik gelap, berikan susu dan dodoikan dia.


Masa Auni umur menginjak ke 2 bulan, kami suami isteri risau jugak sebabnya Auni tidur dari jam 10 malam sampai jam 5 pagi. Tak sekalipun dia bangun untuk minum susu kecuali kalau kami kejutkan. Bila saya tanyakan pada Health Visitor (HV), katanya tak apa, itu tandanya Auni dah minum susu sampai kenyang di waktu siang. Jadi waktu malam Auni nak tidur dengan pulas. Syukur Alhamdulillah, bolehlah ibu dan papa tidur dengan nyenyak juga. Hehehe...

Antara buku-buku dan cerita-cerita yang saya bacakan untuk Auni:

Done! Takpe, boleh ulang lagi.

Dah baca sikit masa Auni dalam kandungan

Reading now :)

Books in the Peter Rabbit library collection

Baru baca satu cerita, itupun separuh jalan je.

Save for later :)