Rutin harian saya bermula dalam jam 5-6 pagi. Ikutlah serajin mana
saya nak bangun. Hajat hati tu nak bangun lagi awal, dalam jam 4 gitu.
Bolehlah study sikit kononnya. Dapatlah sekali dua bangun seawal jam 4,
selebihnya tidak. Hehehe... Bangun je terus saya memasak untuk sarapan
dan makan tengahari. Masakan untuk makan tengahari biasanya saya buat
lebih supaya boleh dimakan untuk makan malam sekali. Siap masak, saya
terus mandi & solat Subuh. Sekarang bolehlah solat Subuh lewat sikit
sebab matahari terbit dalam jam 8.30a.m. gitu. Kemudian terus bersiap
untuk pergi ke universiti. Kadang-kadang waktu begini Auni bangun untuk
minum susu - bagi susu Auni, tukar lampin, sarapan dan terus ke sekolah.
Kadang-kadang suami hantar dan kadang-kadang saya naik bas. Jam 9 atau
10 pagi hinggalah jam 6 petang saya peruntukkan masa untuk buat kerja
PhD saya. Jam 6 petang tu sebenarnya dah gelap sangat sekarang ni tapi
saya memilih untuk siap-siap solat Isyak di universiti supaya bila
sampai di rumah dalam jam 7 malam boleh terus dinner dan main dengan
Auni sebelum bedtime dia jam 9-10p.m..
Alhamdulillah Auni
anak yang mengikut didikan, semoga berterusan insya-Allah. Seawal usia
Auni 2 minggu, saya dah train dia supaya bersedia untuk tidur jam 8
malam. Sekarang ni bedtime dia dah berganjak dari jam 8 ke jam 9 atau
10. Adalah beberapa kali terlajak sekiranya dia terlampau letih dan
tidur banyak di waktu siang. Bedtime routine Auni bermula dengan
tukarkan lampin pakai buang dia, bacakan dia bedtime story (saya mula
bacakan bedtime story waktu usia Auni dah nak masuk 3 bulan), tutup
lampu supaya bilik gelap, berikan susu dan dodoikan dia.
Masa Auni umur menginjak ke 2 bulan, kami suami isteri risau
jugak sebabnya Auni tidur dari jam 10 malam sampai jam 5 pagi. Tak
sekalipun dia bangun untuk minum susu kecuali kalau kami kejutkan. Bila saya tanyakan pada Health Visitor (HV), katanya tak apa, itu tandanya Auni dah minum susu sampai kenyang
di waktu siang. Jadi waktu malam Auni nak tidur dengan pulas. Syukur
Alhamdulillah, bolehlah ibu dan papa tidur dengan nyenyak juga.
Hehehe...
Antara buku-buku dan cerita-cerita yang saya bacakan untuk Auni:
|
Done! Takpe, boleh ulang lagi. |
|
Dah baca sikit masa Auni dalam kandungan |
|
Reading now :) |
|
Books in the Peter Rabbit library collection |
|
Baru baca satu cerita, itupun separuh jalan je. |
|
Save for later :) |
7 comments:
mdm..mana beli buku yang first 2 tu? berminat laa...
Assalam dear, yup, interested with the first two books too :)
makcik, ko balik nanti aku nak kirim buku bolehsss? sini buku mahal gilosss! especially children book!
seorg ibu yang bijak...sure melahirkan insan yang bijak juga..melihat rutin harian yang begitu padat tak rasa penat ke???
@~cahaya~ & Huddy:
Saya dah jawab di sini http://awomanlife.blogspot.com/2011/12/jawapan-kepada-soalan-soalan-yang-lepas.html
@knv:
wokey, bilang saja yang mana maumu hehehe :)
@ishak arrahman:
penat juga, tapi saya perlu menyelesaikan pengajian dalam tahun ini juga.
salam dilla, the 1st 2 books frm goodworks book kan? do buy loads of them sbb kat sini sgt mahal! :|
Salam Ju
memang plan nak beli banyak2. banyak betul benda yang nak dibeli "banyak-banyak" ni. hehehe... We bought their Quran Challenge games for kids too.
Post a Comment