Google Translator
Tuesday, March 13, 2012
Warkah untuk Auni II
Assalamualaikum Auni, anakanda yang ibu papa sayang,
Ibu tidak sepatutnya membuang masa di sini tatkala ibu dihimpit kesempitan waktu sebegini. Ibu punya kurang dari 4 bulan untuk menyudahkan pembelajaran ibu. Jika tidak, ibu harus memohon pemanjangan (extension) tempoh cuti belajar untuk kali kedua dari majikan ibu. Walaupun hakikatnya ibu masih punya tempoh 10 bulan di tempat ibu belajar untuk menyiapkan semua analisis dan penulisan tesis ibu.
Sebetulnya ibu rasa bersalah pada Auni, sungguh. Terasa ibu masih kurang ilmu untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Auni. Ibu baru membaca Wallahi..kami letih sebentar tadi dan sepanjang pembacaan ibu terfikir, akukah isteri yang merungut itu? Akukah ibu yang sering mengulang-ulang perkataan letih itu? Ya, jawapannya YA walaupun ibu seringkali cuba memujuk hati untuk sabar & tahu erti bersyukur, punya suami yang memahami dan anak yang tidak banyak kerenah.
Kenapalah sukar benar untuk ibu bangun solat malam walaupun ibu sering terjaga sebelum masuknya waktu Subuh?
Kenapalah semakin culas mengulang pembacaan surah-surah Al-Quran walaupun itu yang ibu tekadkan dalam hati?
Bagaimana mungkin ibu mampu mendidik Auni untuk melakukan ini semua jika ibu tidak mampu mendidik diri ibu sendiri?
Auni,
Ibu tidak mungkin dapat menjadi ibu yang sempurna tapi ibu akan berusaha untuk menjadi ibu yang mampu menjadi role model terbaik untuk Auni, Insya-Allah.
Ya Allah, lidah ini, hati ini seringkali mengharapkan pertolongan-Mu, bantuan-Mu, tetapi amal ini, perbuatan ini seringkali tercicir dari memahatkan pengharapan pada-Mu. Bantulah aku Ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
InsyaALLAH, ibu pasti dpt jadi yg terbaik and role model utk Auni tersayang!
Dilla, Auni pasti bangga ade ibu mcm dilla. Take care Auni n ibu!:)
Saya sungguh terpegun melihat gambar2 akak di sana. Saya ada beberapa soalan diharap en dapat menjawabnya:
1) saya adalah tutor di salah sebuat univ di Malaysia dan telah dpt tawaran biasiswa ke UK buat PhD dlm masa yg sama dpt tawaran PhD do univ local,malaysia. Saya tak tahu mana yg patut saya pilih.. sebab nya saya ada 2 org anak dan suami ada kerja yg bagus di sini di syarikat oil n gas.
suami sanggup berhenti, tetapi saya rasa itu bukan lah pilihan yg terbaik.. sebab kerja di industri ni lain.. seniority adalah berdasarkan experience berapa lama bekerja.. takut lepas 3 thn ikut saya.. balik nanti tiada kerja..tapi dia ada Masters frm Uiv di UK.. cumanya peluang kerja di sana tak tahulah nak predict..skrg peluang kerja professional ok ke kak?
2) saya juga takut ke UK sebab BI adalah standard average 6.5 utk ielts.. saya takut tak dpt well communicate dgn supervisor.. mmm adakah BI ini masalah besar ? bagaimana tahap BI akak ketika ke sana.. hope dapat beri nasihat..
3)kalau husband ambil unpaid leave... boleh dapat elaun ke waktu di UK??
4)elaun yg diberi tu oleh kpt+U cukup ke? and memang kena kerja ke?
hope en dpt berikan pandangan mana yg terbaik utk saya.
Post a Comment