Google Translator

Thursday, January 21, 2010

Lidah Ini Lidah Melayu

Jauhnya aku dengan bahasa ibunda
Itu kata-kata yang menerpa dalam fikiran saya
Bila saya merangkak-rangkak mengarang surat dalam Bahasa Melayu
Kesal dengan diri sendiri
Yang kadang-kala tidak mempedulikan tatabahasa dan nahu bahasa ibunda sendiri
Kadang-kadang terlintas dalam hati
Alangkah bagusnya kalau Bahasa Malaysia saya
Sebagus ketika saya di Tingkatan Lima dulu
Waktu itu saya memang berbangga dengan mantapnya penguasaan Bahasa Malaysia saya
Namun kini semuanya telah hilang
Hilang
Kini untuk menggunakan imbuhan 'di' sahaja
Adakalanya saya tidak pasti
'di' dekatkan
Atau
'di' jauhkan?
Mujur bertemu dengan laman-laman maya ini
Laman Ghazali Lateh
Bugar Bahasa Melayu
Azmi Misron
Galus Bahasa Melayu 2
Walaupun sasarannya pelajar-pelajar sekolah
Namun saya pasti ada gunanya untuk saya pada ketika-ketikanya nanti.

4 comments:

xOxO~fixa~ said...

salam madam...
ala biasa la madam, negara kita bukan macam jepun. yang mengagungkan bahsa mereka...pape pun semangat jati diri kena ada dlm diri...

di+kata kerja = dekat (diharamkan,disuap)
di+selain k.k = jauh (di dunia)

kalau tak silap la..
heheh..
=)

Dilla said...

salam fiza
how r u? terima kasih sudi singgah di sini.
betul kata awak. saya ni sebenarnya suka baca novel2 melayu zaman dulu. yg zaman sekarang pun ada jugak yang menarik, tapi banyak yg stereotype. urrgghh...
*mulalah nak megutukkan. hahaha...
terima kasih untuk tips tatabahasa tu.

Anonymous said...

slm..
mdm, saya tumpang link kan blog mdm kat blog saya ye.. TQ~

mcm bez jugak blog mdm nih.. hehe

Ir A. Aziz said...

madam, yg 'di' dijauhkan utk menunjukkan tempat. contoh, 'di kuala lumpur', 'di sana'

yg dekat, as fiza said, utk kata kerja. :p

sy x berapa riso bm sy. sy lebih riso english sy. :p