Google Translator

Friday, July 2, 2010

Resepi Membina Rumahtangga

Dalam membina rumahtangga, bukan cari persamaan, tetapi carilah kesefahaman. Dalam membina rumahtangga, jangan cari kesempurnaan, tetapi berlapang dada terhadap segala kelemahan. -Ustaz Rojehan Mohd Razali (Al-Kulliyyah 25 Jun)

Kelmarin pagi sambil memasak di dapur, saya buka Catch Up TV kat TV3 Malaysia. Tengok Al-Kulliyah bersama Tok (nenek perempuan sebelah mak). Buat beberapa minggu ni Tok perlu tinggal bersama saya di UK. Asalnya datang ke sini untuk bercuti, tapi ada sedikit masalah yang timbul. Itu nanti saya cerita lain kali. 

 

Seronok pula dengar (saya sedang potong bawang potong sayur, takut terpotong jari pulak kalau tengok) inti perbincangan Al-Kulliyyah siaran 25 Jun 2010 tu. Tajuknya "Bapa Mithali". Kalau rajin, lapang-lapangkanlah masa menonton/mendengar terutamanya bakal-bakal bapa dan juga bapa yang sudah sedia ada. Yang paling saya suka, ayat kesimpulan dari salah seorang panel (yang saya quote kat atas tu). 

 

Betulkan, kita selalu mencari persamaan, contoh:

 

"I suka tengok wayang, hubby I pun suka tengok wayang."

 

Atau

"Saya suka betul makan kek keju, suami saya pun suka tau." (Ada kaitan ke? huhu...)

 

 Dan kita juga sering mencari kesempurnaan, sampai kadang-kadang kita terlupa bahawa diri kita sendiri pun tidaklah sesempurna mana. Tak salah kita berdoa ditemukan jodoh dengan pasangan yang sebegitu dan sebegini. Namun harus ingat, kita juga perlu menyiapkan diri sendiri. 

 

Saya dulu pernah berpesan pada pelajar perempuan, kalau bakal suami kamu sibuk sangat bertanya kamu pandai masak atau tidak, tanyakan padanya, dirinya itu pandai tak menukar mentol lampu. Atau dia pandai tak membetulkan paip yang bocor, atau atap yang berlubang. Atau dia pandai tak turun ke sawah bendang atau berkawan dengan ayam,itik, kambing dan lembu. Kalau jawapannya tidak, jangan angkuh sangat untuk memilih isteri yang masakannya setaraf dengan tukang masak hotel ye!. Bukan apa, sekurang-kurangnya kalau pandai buat semua tu, tak perlulah mengupah orang kan? Atau lebih mantap lagi, mungkin boleh buat bisnes dengan segala kepakaran itu.

 

Perkahwinan itu bukan satu destinasi tetapi satu perjalanan dalam kehidupan kita. 

 

Perkahwinan itu memberi peluang kepada kita untuk belajar perkara-perkara baru. 

Kalau sebelum ni tau masak ayam goreng kicap je, lepas kahwin mungkin boleh belajar masak nasi beriani ke nasi hujan panas ke ;)

 

Perkahwinan itu menyediakan ruang untuk kita saling cuba mengimbangi kelebihan dan kekurangan dalam diri dan juga pasangan.

Insya-Allah.

p/s: Apasal ntah akhir-akhir ni mood nak berbicara soal hidup berumahtangga. 

Terima kasih sudi membaca :)

5 comments:

NenekPenne said...

saya tau saya tak sempurna
tapi bekas suami saya nak yang sempurna sedangkan diri dia sendiri tak sempurna
saya terima ketidaksempurnaan diri dia tapi dia tak boleh nak terima ketidaksempurnaan diri saya
akhirnya saya diceraikan...

Nur Adibah said...

Madam, sy suke bc post mdm pasal rumahtangga. hehe. At least sy bole bersedia b4 kawin even x tau pn kawin bile =(..To NenekPenne, sabarlah menghadapi dugaan ini. Insya Allah semuanya ada hikmah tersembunyi.

renggap said...

terima kasih banyak atas nasihatnya.. :)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

good idea.. nampaknya sy kena tanya balik pada org yg tanya saya pandai masak tak??.. gaknya lelaki nih risau kot bini dia tak pandai masak..

Tambah lagi prmpuan mcm sy nih..suka pada aktiviti lasak..Hahaha..

Dilla said...

@NenekPenne:
saya tak reti nak komen macam mana. Cuma mendoakan agar hari depan awak lebih barik dari semalam yang duka. Insya-Allah.

@Diba:
haha... makasih sudi baca & sudi komen :)

@renggap:
nasihatnya untuk diri sendiri sebenarnya. Supaya bersyukur :)

@LIBL:
Tak semua lelaki macam tu. Tapi kebanyakannya yg spesis gedik itu menganggap perkahwinan itu menyediakan seorang tukang masak, tukang dobi, tukang kemas rumah & teman di bilik tidur. Sama juga macam perempuan yang menganggap perkahwinan itu menyediakan 'bottomless' bank account untuk dirinya. Insya-Allah, doalah supaya ditemukan jodoh yang sesuai :)