Korang pernah tak melalui keadaan sebegini? Keadaan di mana rasa nak pergi lazer-lazerkan je orang-orang yang menjengkelkan hati dan juga perasaan korang? Namun memikirkan maruah dan air muka suami, korang sabarkan diri sendiri. Itulah yang saya alami sekarang ni. Tak kisahlah di mana mereka ni berada, di Malaysia atau di UK ni, tapi bila terlihat mereka di alam maya atau di alam nyata, serta merta rasa tak senang.
Kenapa menjengkelkan hati dan perasaan? Sebabnya masa susah bukan main lagi minta tolong, bila dah ditolong tak reti pulak nak menghargai. Bukanlah mengharapkan 24-7 mereka ni mengucapkan terima kasih tapi tolonglah jangan jadi seperti anjing tersepit yang dilepaskan. Semasa tersepit, merayu-rayu meminta dilepaskan, bila dah dilepaskan, digigitnya pula tangan orang yang melepaskan itu.
Kalau saya tak memikirkan suami, rasanya dah lama saya sound direct je pada orang-orang tertentu. Tapi kalau saya buat macam tu, suami akan terkena juga tempiasnya.Satu hal lagi, saya fikir juga, sesetengah orang ni, kita sound direct ke, kita sound berkias ke, kalau dah jenis tak reti bahasa tu, takkan ke mana juga. Mulut kita jugak yang penat nanti. Jadi kena cari jalan lain untuk bagi mereka ni sedar. Tu jenis yang kita panggil, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diharap.
I keep my mouth shut neither because I am afraid of you nor I agree with you, rather I don't want to argue with an idiot and a moron like you!*luahan emosi di hari Khamis
6 comments:
kahkahkahkah! carutkan ajerrrrrrrrrrrrrrrrr :P
knv:
aku terpaksa untuk tidak laser. geram!!! kalau carutkan pun, dah tahap bengap petala ke-9, takdenya nak faham ana oiii.. benci tau!
akak.. 1 time ignore it..2 time ignore it..3rd time..please..please..do it.. :)
duhh..kak dilla..mmg ada pun manusia mcm tu..nway..zikir jer banyk2..sesungguhnya zikir itu penenang hati..
tmbh2 kalo tgh pregnant, mmg kena kawal segala percakapan sbb nnt anak yg dikandung akan mewarisi sikap ibu n bapanya masa dia dlm kandungan..
BUT, ckp senang la kan..nk buat tu yg susah..huhu..
dapat ku rasakan getaran menahan rasa tu hehe.. apa pun doakn ko dpt bersabarrrr... -huda
wahhh.. geram tahap gaban dah ni mama auni ni.. :P
Post a Comment