Google Translator

Tuesday, December 30, 2014

Muda?!

Ini cerita tahun lepas. Saja nak share hari ni sebab tiba-tiba teringat. Aku berterima kasih pada orang-orang sekeliling aku yang cuba sehabis daya membuatkan aku perasan muda.

Contohnya, Pak Guard tempat aku kerja ni. Masa aku baru habis PhD dan nak masuk report duty semula, aku kena buat staff card yang baru. Tempatnya ialah di pejabat pengawal. Kat area pondok pengawal tu susah nak parking. Jadi aku dengan gigihnya berjalan kaki dari opis aku ke pejabat itu. Memang jauh. Berpeluh-peluh aku meredah matahari yang terik ketika itu.

Kat pejabat pengawal tu, papan tanda ada tapi baik tak payah ada kot. Berterabur sampai aku keliru arah mana nak dituju. Aku pun ketuk satu pintu yang paling dekat untuk bertanya arah. Elok je aku menjengahkan diri, tetiba je aku disergah oleh pengawal dengan muka yang garang.

"Kad matrik mana?"

Terkejut OK.

Ikutkan cuaca panas, badan melekit, hati pun tetiba panas bila disergah gitu, nak je aku menyampaikan syarahan ala peserta program dakwah yang bertebaran di media utama sekarang. Namun aku cuba sabar dan menegur Pak Guard itu dengan cara yang berhemah. Nampaklah Pak Guard itu sedikit gugup bila aku bagitahu yang aku staff dan pensyarah di situ. Tapi dia cuba menyembunyikan kegugupannya umpama menegakkan benang yang basah. Pak Guard itu beralasan,

"Student ni dah diwajibkan pakai kad matrik tapi bukannya nak pakai. Manalah kita kenal yang mana student yang mana staff."

Mungkin satu ketika dulu aku pun pernah berperangai sama macam Pak Guard tu. Mungkin itu adalah karma. Mungkin?

Aku terima kiranya ia adalah karma. Apakah kerana aku dianggap pelajar, maka aku selayaknya ditengking diherdik sebegitu rupa? Double standard ni aku tengok dah sebati sangat dengan masyarakat kita. Jom kita sama-sama cuba mengubah tatacara kita berurusan dengan orang yang lebih rendah kedudukannya dari kita. Insya-Allah bukan saja orang tak benci, malahan mungkin orang tu berdoa untuk kita. Di zaman serba pantas ni, tak ramai pun orang yang rajin tolong mendoakan kesejahteraan orang lain (kecuali di Facebook/ IG/ etc).


Gambar hiasan semata- pokok lemon yang kami beli tahun lepas. 



Thanks for reading :)

Wednesday, December 24, 2014

Nak rehat kejap je...

OK. Lama betul tak menulis di sini. Banyak sebenarnya yang berlaku dan memang banyak yang saya nak share. Tapi kesuntukan masa yang amat sangat. Saya tidur pun tak cukup tau. Sebab tu makin bertambah berat badan. Motif? Eh! Betul OK, memang ada kajian tentang kaitan antara tidur yang cukup dengan penurunan berat badan. I read it in one magazine back when I was in the UK.

Penatnya minggu ni. Tadi pagi bangun kul 3am, untuk study & siapkan lecture notes. Mantap sangatkan. Sadis sebenarnya. Bilalah boleh tidur dengan enak tanpa perlu memikirkan "Oh! Lecture notes/soalan kuiz, soalan exam, grading, bla bla bla tak siap lagi"

Ngadap komputer kul 3.20am kot baru start buat lecture notes. Terpaksa mencari inspirasi dulu. Mana lagi, haruslah di Pinterest. Dapatlah motivasi (kononnya) bila menengok orang share hasil quilts yang cantik, cara-cara buat baja organik (senang je ok, cuka+garam+air, sukatan boleh google), cara-cara mengemas rumah (over sgtkan), etc.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, dalam hati dah berazam, habis je kelas, aku nak buat kuak lentang. Yiahooo... Tapi bila habis kelas, tengok atas meja, eeuuww... selambak lagi grading tak siap, carry marks tak release padahal bebudak exam hari Sabtu ni.

Oh! Sebelum tu, habis kelas tu saya order pizze untuk students. Ala, enam orang je pun studentsnya.Sebenarnya saya dihantui rasa bersalah dengan student sebab asyik tunda je kelas. Kononlah kelas postgraduate (PG), lantas saya pun sesedap rasa tunda. Tak suka sebenarnya tunda-tunda kelas ni, tapi memang semester ni saya rasa mcm tak sempat nak bernafas dengan teratur. I HATE to be UNORGANISED! Itupun kawan-kawan lecturer ni kata Dilla is sooo organised. Nangis mendengar pujian itu. Huk Huk... Jadi demi mengurangkan rasa bersalah itu, lantas saya pun membelanja mereka makan pizza. Jahat ke? Tak kot. Hahaha...

Dahlah. Nak sambung grading. Hari ni kena balik cepat. Esok cuti Krismas. Aku tidak mahu terkandas di dalam kesesakan jalan raya. Errk!

P.E.N.A.T!!!

Thanks for reading :)

Tuesday, April 1, 2014

Susu Ibu: Antara Realiti dan Fantasi

2014
Pagi tadi sewaktu mengemas folder Draft di gmail, terjumpa satu luahan perasaan yang saya tulis semasa Auni belum berusia setahun. Tak sempat nak catit tarikh draft ini ditulis, tapi kalau tak silap dalam tahun 2012. 

*******************************************************************************************************************************


Auni at 9 months

2012
Hari ni terbaca satu status seorang kenalan di facebook. Kami tak pernah bersua muka, sekadar mengenali atas dasar mutual friend. Yang saya nak maksudkan di sini ialah tiada sebarang sengketa antara kami sebelum ini. Statusnya berkenaan ibu-ibu yang menyusukan anak. Statusnya baik saja cuma ada satu frasa yang menyentak fikiran dan perasaan saya. 

... hanya hati seorang ibu yang tekad dan sabar, dengan penuh kasih kepada anak-anaknya yang mampu melakukannya [merujuk kepada wanita berkerjaya yang menyusukan anak kembarnya sehingga 6 bulan]...

Kenapa saya tersentak? 
Kerana saya berhenti menyusukan Auni cukup umurnya 1-2 bulan (mungkin lebih sikit). 

Kenapa saya berhenti menyusukan Auni? 
Kerana sewaktu usia Auni 2-3 minggu, saya mendapat mastitis. 
Kerana Auni sering menangis kelaparan tidak cukup susu. Tidurnya tidak pernah nyenyak. Kalau nyenyak pun kerana dia keletihan menangis. 

Saya pasti ramai yang tidak bersetuju dengan saya. Saya tak kisahlah apa pun pandangan orang selagi apa yang saya buat itu tidak menyalahi peraturan dalam Islam. Bukannya saya tak tahu susu ibu tu bagus. Tapi kalau dah Auni menangis tanpa henti semalaman kerana lapar, tergamakkah saya seorang ibu membiarkan anak saya kembung dan menangis hingga tiada suara? Begitukah yang dimahukan oleh orang-orang yang sangat hard-core terhadap breastfeed ni? 

Saya bersyukur punya seorang suami yang memahami dan tidak mendesak saya cuba juga menyusukan Auni dalam keadaan saya mendapat mastitis. Malah suami yang memujuk saya dan memberikan saya perspektif yang lebih luas. Kata suami "Memanglah susu ibu tu bagus tapi apa sekalipun yang paling penting ialah didikan berterusan yang kita berikan untuk Auni. Bukannya 100% guarantee anak jadi mukmin yang baik kalau dia disusukan dengan susu ibu. Whatever it is, didikan tu." 

Making and taking the decision to stop breastfeeding is not as easy as it seems. It takes me days to come to that decision. Berhari saya berfikir dan berkira-kira sama ada mahu terus menyusukan Auni atau berhenti. Sehingga ada ketikanya saya menjadi murung dan juga marah pada suami. Part of me wanting him to make the decision, be like those husbands whose decisions overruled everyone else. Another part of me thanking him for his understanding. Bila dah buat keputusan, masih dihantui rasa tak puas hati. Seperti nak berpatah balik dan terus mencuba. 

Keadaan menjadi tambah menekan bila saya tengok susu sahabat saya lebih banyak. Saya ini bukanlah jenis orang yang suka membandingkan diri saya dengan orang lain. Namun bila dicampur dengan tekanan dan kepenatan cuba menyusukan Auni, saya TERbandingkan diri dengan sahabat saya. Its hard when you tried and its not working as well as you would have expected!

Kebetulan saya menjalani proses berpantang bersama dengan seorang sahabat. It is actually a very sweet coincidence which Allah has engineered for us because both of us are first time moms. Walaupun sebelum mengandung kami memang sudah pun berkenalan dan berkawan tetapi dengan bila dah mengandung, persahabatan kami bertambah rapat. 

Kalau nak diikutkan memang saya rasa tak puas hati tak dapat menyusukan Auni, sekurang-kurangnya hingga dia berumur 6 bulan. Saya dah buat pelaburan yang besar. I bought that MEDELA freestyle breastpump. Ketika itu nak beg handbag pun saya agak berkira tapi saya beli sebab sangat teruja nak menyusukan anak. Saya perhatikan je harganya di beberapa online stores, bila harga dah turun terus saya beli. Waktu tu ada beberapa bulan lagi sebelum Auni lahir. Itu belum campur dengan saya beli peti ais baru. Peti ais yg sedia ada tu, tuan rumah yang sediakan. Bahagian freezernya tak berapa nak sejuk. Setelah mencongak budget yang ada, kami membuat keputusan, kita belilah peti ais baru. Beli yang baru & OK, boleh terus bawa balik ke Malaysia bila dah habis belajar. 

Walau apa pun, syukur pada Allah, setakat ini perkembangan Auni tiada cacat celanya. Tapi dari pemerhatian kami suami isteri terhadap perkembangan Auni berdasarkan milestone chart (link di bawah artikel), perkembangan Auni 95% berada dalam column yang ketiga. Kalau rakan-rakan yang membaca coretan ini menganggap saya terlampau memuji anak sendiri, saya minta maaf. I cannot help but feeling grateful for her advanced skills despite my decision to stop breastfeeding her. 



************************************************************************************************************
2014
Bila diingat semula memang saya emosional ketika itu. Bulan pertama kelahiran Auni, hanya saya dan suami berdua yang menguruskan diri saya & Auni. Disebabkan oleh hal-hal tertentu suami saya terpaksa bekerja full day di restoran, cuma waktu senggang di antara jam 4-6 petang saja dia balik sekejap. Saya tak nafikan memang saya tertekan. 

Jadi, pada para ibu yang sangat 'gung-ho' tentang breastfeeding ni, saya faham peduli anda. Anda mahu semua kanak-kanak menikmati khasiat susu ibu. Baguslah begitu. Namun anda perlu faham juga, setiap orang berdepan dengan tekanan yang berbeza dan mempunyai keterbatasan yang berlainan. Lagipun, breastfeeding ni bukanlah masalah dunia pun sampaikan anda nak melabel ibu-ibu yang tak menyusui bayinya dengan negatif label. 

Terima kasih membaca. Jumpa lagi :)

Friday, February 28, 2014

Apology

I have been away from my blog for quite some time. I feel bad for not taking some time to write here.
Let me apologize for those who e-mailed me and did not get any reply.

The thing is, your messages did not go straight into my mailbox, they got pulled together under the 'Social' section in my mailbox. Please accept my humble apology if your are waiting for my reply.

I am trying to be mo dedicated to my blog this year. There are a lot of things that happen during my PhD journey that I have yet to share with you. Insya-Allah, I will try to find time to write them.

Until then, enjoy your weekend.