Google Translator

Tuesday, December 30, 2014

Muda?!

Ini cerita tahun lepas. Saja nak share hari ni sebab tiba-tiba teringat. Aku berterima kasih pada orang-orang sekeliling aku yang cuba sehabis daya membuatkan aku perasan muda.

Contohnya, Pak Guard tempat aku kerja ni. Masa aku baru habis PhD dan nak masuk report duty semula, aku kena buat staff card yang baru. Tempatnya ialah di pejabat pengawal. Kat area pondok pengawal tu susah nak parking. Jadi aku dengan gigihnya berjalan kaki dari opis aku ke pejabat itu. Memang jauh. Berpeluh-peluh aku meredah matahari yang terik ketika itu.

Kat pejabat pengawal tu, papan tanda ada tapi baik tak payah ada kot. Berterabur sampai aku keliru arah mana nak dituju. Aku pun ketuk satu pintu yang paling dekat untuk bertanya arah. Elok je aku menjengahkan diri, tetiba je aku disergah oleh pengawal dengan muka yang garang.

"Kad matrik mana?"

Terkejut OK.

Ikutkan cuaca panas, badan melekit, hati pun tetiba panas bila disergah gitu, nak je aku menyampaikan syarahan ala peserta program dakwah yang bertebaran di media utama sekarang. Namun aku cuba sabar dan menegur Pak Guard itu dengan cara yang berhemah. Nampaklah Pak Guard itu sedikit gugup bila aku bagitahu yang aku staff dan pensyarah di situ. Tapi dia cuba menyembunyikan kegugupannya umpama menegakkan benang yang basah. Pak Guard itu beralasan,

"Student ni dah diwajibkan pakai kad matrik tapi bukannya nak pakai. Manalah kita kenal yang mana student yang mana staff."

Mungkin satu ketika dulu aku pun pernah berperangai sama macam Pak Guard tu. Mungkin itu adalah karma. Mungkin?

Aku terima kiranya ia adalah karma. Apakah kerana aku dianggap pelajar, maka aku selayaknya ditengking diherdik sebegitu rupa? Double standard ni aku tengok dah sebati sangat dengan masyarakat kita. Jom kita sama-sama cuba mengubah tatacara kita berurusan dengan orang yang lebih rendah kedudukannya dari kita. Insya-Allah bukan saja orang tak benci, malahan mungkin orang tu berdoa untuk kita. Di zaman serba pantas ni, tak ramai pun orang yang rajin tolong mendoakan kesejahteraan orang lain (kecuali di Facebook/ IG/ etc).


Gambar hiasan semata- pokok lemon yang kami beli tahun lepas. 



Thanks for reading :)

No comments: