Google Translator

Tuesday, December 30, 2014

Muda?!

Ini cerita tahun lepas. Saja nak share hari ni sebab tiba-tiba teringat. Aku berterima kasih pada orang-orang sekeliling aku yang cuba sehabis daya membuatkan aku perasan muda.

Contohnya, Pak Guard tempat aku kerja ni. Masa aku baru habis PhD dan nak masuk report duty semula, aku kena buat staff card yang baru. Tempatnya ialah di pejabat pengawal. Kat area pondok pengawal tu susah nak parking. Jadi aku dengan gigihnya berjalan kaki dari opis aku ke pejabat itu. Memang jauh. Berpeluh-peluh aku meredah matahari yang terik ketika itu.

Kat pejabat pengawal tu, papan tanda ada tapi baik tak payah ada kot. Berterabur sampai aku keliru arah mana nak dituju. Aku pun ketuk satu pintu yang paling dekat untuk bertanya arah. Elok je aku menjengahkan diri, tetiba je aku disergah oleh pengawal dengan muka yang garang.

"Kad matrik mana?"

Terkejut OK.

Ikutkan cuaca panas, badan melekit, hati pun tetiba panas bila disergah gitu, nak je aku menyampaikan syarahan ala peserta program dakwah yang bertebaran di media utama sekarang. Namun aku cuba sabar dan menegur Pak Guard itu dengan cara yang berhemah. Nampaklah Pak Guard itu sedikit gugup bila aku bagitahu yang aku staff dan pensyarah di situ. Tapi dia cuba menyembunyikan kegugupannya umpama menegakkan benang yang basah. Pak Guard itu beralasan,

"Student ni dah diwajibkan pakai kad matrik tapi bukannya nak pakai. Manalah kita kenal yang mana student yang mana staff."

Mungkin satu ketika dulu aku pun pernah berperangai sama macam Pak Guard tu. Mungkin itu adalah karma. Mungkin?

Aku terima kiranya ia adalah karma. Apakah kerana aku dianggap pelajar, maka aku selayaknya ditengking diherdik sebegitu rupa? Double standard ni aku tengok dah sebati sangat dengan masyarakat kita. Jom kita sama-sama cuba mengubah tatacara kita berurusan dengan orang yang lebih rendah kedudukannya dari kita. Insya-Allah bukan saja orang tak benci, malahan mungkin orang tu berdoa untuk kita. Di zaman serba pantas ni, tak ramai pun orang yang rajin tolong mendoakan kesejahteraan orang lain (kecuali di Facebook/ IG/ etc).


Gambar hiasan semata- pokok lemon yang kami beli tahun lepas. 



Thanks for reading :)

Wednesday, December 24, 2014

Nak rehat kejap je...

OK. Lama betul tak menulis di sini. Banyak sebenarnya yang berlaku dan memang banyak yang saya nak share. Tapi kesuntukan masa yang amat sangat. Saya tidur pun tak cukup tau. Sebab tu makin bertambah berat badan. Motif? Eh! Betul OK, memang ada kajian tentang kaitan antara tidur yang cukup dengan penurunan berat badan. I read it in one magazine back when I was in the UK.

Penatnya minggu ni. Tadi pagi bangun kul 3am, untuk study & siapkan lecture notes. Mantap sangatkan. Sadis sebenarnya. Bilalah boleh tidur dengan enak tanpa perlu memikirkan "Oh! Lecture notes/soalan kuiz, soalan exam, grading, bla bla bla tak siap lagi"

Ngadap komputer kul 3.20am kot baru start buat lecture notes. Terpaksa mencari inspirasi dulu. Mana lagi, haruslah di Pinterest. Dapatlah motivasi (kononnya) bila menengok orang share hasil quilts yang cantik, cara-cara buat baja organik (senang je ok, cuka+garam+air, sukatan boleh google), cara-cara mengemas rumah (over sgtkan), etc.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, dalam hati dah berazam, habis je kelas, aku nak buat kuak lentang. Yiahooo... Tapi bila habis kelas, tengok atas meja, eeuuww... selambak lagi grading tak siap, carry marks tak release padahal bebudak exam hari Sabtu ni.

Oh! Sebelum tu, habis kelas tu saya order pizze untuk students. Ala, enam orang je pun studentsnya.Sebenarnya saya dihantui rasa bersalah dengan student sebab asyik tunda je kelas. Kononlah kelas postgraduate (PG), lantas saya pun sesedap rasa tunda. Tak suka sebenarnya tunda-tunda kelas ni, tapi memang semester ni saya rasa mcm tak sempat nak bernafas dengan teratur. I HATE to be UNORGANISED! Itupun kawan-kawan lecturer ni kata Dilla is sooo organised. Nangis mendengar pujian itu. Huk Huk... Jadi demi mengurangkan rasa bersalah itu, lantas saya pun membelanja mereka makan pizza. Jahat ke? Tak kot. Hahaha...

Dahlah. Nak sambung grading. Hari ni kena balik cepat. Esok cuti Krismas. Aku tidak mahu terkandas di dalam kesesakan jalan raya. Errk!

P.E.N.A.T!!!

Thanks for reading :)