Google Translator

Wednesday, August 15, 2007

Bila Nak Kawin???

Tak tahu nak katergorikan apa yg saya tulis ni sebagai apa. Bole kata puisi la kot. Puisi ni saya tulis dah lama. Masa saya bujang lagi. Ingat lagi masa tu orang-orang keliling ni sibuk bebenor menanyakan saya bila nak kawin. Family saya cool jek. Orang-orang yg tak de kena mengena pulak yg menyibuk sangat. Jadi, terhasillah puisi ni. Saya pernah post puisi ni kat satu forum masa tu i.e. 3-4 tahun lepas. Yang bestnya baru-baru ni, saya dapat pulak forwarded email puisi ni. Kalau jual dulu, dah bole putar2 duit agaknya sekarang. He..he..he..



Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna… emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara… ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba ( hee..hee.. ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde…
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties….

Bila nak kawin???
Aaahhh…sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan…

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh…
Insya-Allah takkan ke mana…

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada…

1 comment:

achiema said...

Dla......................huhuuuu what a meaningful puisi...
Ha ah mmg betul pun tuh..anyways aku rase best giler aman damai dan bahagia dok sini jauh2 drpd "orang2" yg suka tanya dan sibuk tanye soklan bila aku nak kahwin (kecuali ko lah...ko tak penah tanye...ko mmg best!!)
As us said and as u experience it, jodoh tu takkan ke mana klu dah waktunya sampai.. Hope that you're always happy with ur marriage :)