Ima benar-benar tidak menyangka Aiman Hafizi, lelaki yang pernah dipujanya satu ketika dulu adalah abang kepada Ahmad Fuad, lelaki yang kian mendapat tempat dihatinya. Rupa paras mereka memang tidak seiras. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dia masih ingat lagi renungan tajam Hafizi setiap kali mereka bertentang mata. Dia berasa sungguh rimas dengan keadaan itu. Mujurlah dia dapat mencari alasan untuk tidak bermalam di rumah Puan Aishah. Kalau tidak, mungkin berlubang-lubang badannya ditembusi pandangan tajam Hafizi.
Ya Allah! Apakah ini dugaan buatku. Aku mohon padaMu, berilah aku kekuatan. Tambahkanlah keimananku terhadapMu di atas ujian ini, bisik hati Ima sambil meraup mukanya dengan kedua belah tangan.
‘Hah! Berangan ye,’ sergah seseorang dari muka pintu pejabat Ima.
Ima sedikit tersentak lantas berpaling menghadap pintu, mencari siapakah yang menegurnya.
‘Waniii….’jerit Ima sambil mendakap Wani. ‘How are you? How’s your baby? Eh..kau dah start kerja ke hari ni?’
‘Alhamdulillah, aku sihat, anak aku Yana pun sihat. Kau ni sure lupa, bukan ke aku dah beritahu yang minggu ni aku start kerja balik. Aku tak sempat nak jenguk kau pagi tadi, datang-datang kerja terus masuk meeting.’ Wani tenang menjawab soalan Ima satu persatu.
‘Sorila…aku terlupa. Jom kita lunch sama, aku belanja. Rindu betul aku kat kau Wani. Dua bulan kau cuti aku boring bagai nak rak tau tak? Anak kau siapa jaga?’
‘Hantar nursery. Sedih jugak aku nak tinggalkan dia tadi. Yelah, sejak lahir sampai dah umur 2 bulan ni tak pernah berpisah dengan aku,’ jelas Wani. Sayu suaranya pada pendengaran Ima.
‘Hemm.. apa nak buat Wani. Wanita bekerja Wani, terpaksalah hantar anak kat nursery, tak pun ambik maid.’
‘Haa…kau apa cerita. Macam mana ‘pertemuan’ kau dengan ehem..bakal ibu mertua kau two weeks ago?’ soal Wani tersengih-sengih memandang Ima.
‘Biasa je.’ Ima malas hendak bercerita sebenarnya kerana tidak dapat tidak pasti cerita tentang Hafizi akan terkeluar. Ima yakin Wani tentu akan meleterinya kerana tidak menceritakan pertemuan semula dia dengan Hafizi.
‘Biasa je? Takkanlah biasa je. Aku tau…mesti ada something happen ni. Kalau tak kau dah tentu bercerita, tak payah aku tanya-tanyakan…kan..?’ tingkah Wani.
Penjelasan panjang lebar Ima disambut dengan keluhan panjang dari Wani.
‘Ima..Ima. Baru sekarang kau bagitau aku yang kau terjumpa Hafizi semula. Kalau tak jadi macam ni, entah bila baru aku tau agaknya.’
‘Kalau aku bagitau, kau mesti tak sukakan.’
‘Ima, itu hak engkau untuk berkawan. Aku cuma nasihatkan aje. Tapi….aku musykil la.’
‘Apa benda yang kau musykilkan tu?’
‘Kau kata lepas kau terjumpa Hafizi kat McD tu, dia mula call dan sms kau semula.’
‘Eeemm....’ Ima mengangguk mengiakan kata-kata Wani.
‘Dulu kau kata dah cuba lupakan dia sejak dia kata dia dah ada steady girlfriend? Habis tu, kenapa bila dia contact engkau semula, engkau layan? Sorilah Ima kalau aku terkasar, tapi aku tak nak engkau menjeruk rasa macam dulu.’
‘Aku layan as a friend je Wani.’
‘Sure?’ tukas Wani.
Ima terdiam. Dia tahu dia tidak dapat menyakinkan Wani. Dirinya sendiri pun sukar untuk diyakinkan, apatah lagi orang lain.
‘He was the first guy in my life Wani. Memang aku nekad nak lupakan dia, dan aku fikir aku dah berjaya, especially bila aku dah boleh terima lelaki lain dalam hidup aku, I mean Fuad. Tapi…bila aku jumpa dia semula….’ Kata-kata Ima mati di situ.
‘Tapi bila kau jumpa dia semula, timbul kembali perasaan sayang di hati kau, begitu?’ sela Wani .
‘Sayang sebagai kawan je Wani, Insya-Allah tak lebih dari tu. Lagipun bila aku ingat-ingatkan semula that he was leading me on once, perasaan aku pada dia jadi tawar..hambar. Rasa sakit hati dan benci pun ada. Aku sendiri tak pasti sebenarnya apa yang dia nak kali ni, just being friend or more. Tapi dari gayanya dia nampak serius.’
‘Serius yang macam mana? Macam dulu? Dulu pun dia nampak macam serius sukakan kau Ima. Tapi it ends with nothing.’
‘Wani, aku tak habis cerita lagi…please listen first. Sejak Hafizi contact aku semula ni, dia selalu mention yang dia nak kita orang hidup bersama, tapi secara berguraulah. Aku cuba bagitau diri aku yang semua tu hanya gurauan dia, tapi bila terlampau kerap diulang, aku mula keliru.’
‘Kau percaya gurauan dia tu?’ sinis nada suara Wani meminta kepastian dari Ima.
‘Taklah percaya sangat. Aku masih ingat kisah lama, masih ada parutnya. Aku layan dia seperti kawan biasa je. Kalau dia nak perasan lebih-lebih, itu dia punya pasal. Hemm…kalau Hafizi tu bukan abang Fuad, senang sikit. Aku boleh beritahu dia yang aku akan berkahwin, bagi kad jemputan, pastu ikutla, kalau dia masih nak berkawan dengan aku, kawanlah, kalau tak…biarlah, tak payah contact aku lagi. Selesai perkara. Tapi sekarang dia bakal abang ipar aku, susah Wani. Aku tak dapat nak mengelakkan diri dari dia.’
‘Kau buat tak paham jelah Ima. Lagipun kalau dia betul-betul serius nakkan kau, mesti dia dah propose kan. Siapa cepat dia dapat la..’ Wani menasihatkan Ima sambil ketawa kecil.
‘Memang aku nak buat tak tau je tapi…petang ni Hafizi nak jumpa aku. Penting katanya. He’ll pick me up after work.’
‘What?!!! Terjegil mata Wani memandang Ima. Ima hanya mengangguk mengiakan kata-katanya tadi.
‘Fuad tau tak pasal semua ni dan jugak yang kau akan jumpa Hafizi petang ni?’ Soalan Wani jelas menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan Ima untuk berjumpa Hafizi.
‘Fuad pergi berkursus di London selepas kita orang jumpa dengan mak dia. Next week baru balik. Takpelah Wani, bagus jugak aku jumpa Hafizi ni, aku nak settlekan everything once and for all. Kalau boleh biarlah Fuad tak tau.’ Lemah suara Ima menerangkan pada Wani sebab tindakannya itu.
No comments:
Post a Comment