Google Translator

Monday, November 5, 2007

Di Persimpangan Dilema (6)

Hafizi duduk di dalam kereta sambil matanya liar mencari kelibat Ima. Seperti yang dijanjikan dia menunggu Ima di stesen LRT yang terletak berdekatan dengan syarikat di mana Ima bekerja. Dia membuka cermin tingkap keretanya dan memanggil nama Ima bila dia melihat Ima menoleh ke kiri dan ke kanan mencari-cari keretanya.

‘Lama tunggu?’ sapa Hafizi sebaik sahaja Ima masuk ke dalam kereta.

‘Adalah dalam 5 minit.’

‘You memang naik LRT ke pergi kerja?’

‘Kalau kena pergi site, I bawak kereta. Hari lain I naik LRT je, senang tak pening kepala dengan jalan jam. Jimat pun ye jugak. Hemm…ada hal apa yang penting sangat you nak jumpa I ni?’ soal Ima pada Hafizi.

‘Kita pergi minum dulu okey. You nak minum kat mana?’ Hafizi resah sebenarnya. Banyak perkara yang perlu dibincangkan dengan Ima. Cuma dia tidak tahu mampukah dia mengungkapkannya. Dia cuba menutup resahnya dengan berlagak selamba.

‘Tak kisahlah kat mana pun, yang penting dekat dengan mana-mana stesen LRT. Senang I nak balik rumah.’ Ima berkata tegas cuba menyembunyikan perasaannya yang juga sedang bergelora, meneka-neka apakah perkara penting yang ingin dibincangkan oleh Hafizi.

‘Eh…I akan hantar you balik nanti. I yang ajak you keluar. I’ll make sure you sampai ke rumah dengan selamatnya. Kita pergi tempat biasa ye?’ soal Hafizi meminta persetujuan Ima.

Ima sekadar mengangguk. Ima faham tempat biasa yang dimaksudkan Hafizi itu adalah restoran yang biasa mereka kunjungi ketika mereka berkawan rapat dulu. Kenapa tempat itu yang perlu kita pergi Hafizi, apakah kau ingin merungkai segala kenangan lalu?getus hati Ima.
Kedua-dua mereka hanya memesan minuman sesampainya di restoran. Ima membuang pandang ke kawasan luar restoran.

‘Ima…’panggilan Hafizi membuatkan dia menoleh menghala pandang kepada Hafizi. ‘Boleh I tanya sikit?’sambung Hafizi. Ima sekadar mengangguk.

‘How serious are you and Fuad?’

Ima agak tersentak dengan pertanyaan Hafizi. ‘What do you mean?’

‘Well, I mean how serious is your relationship?’ tegas suara Hafizi menerangkan maksud soalan pertamanya tadi.

‘We’re planning to get married in a few months. Why do you ask? ’

Hafizi telah menjangkakan jawapan Ima tetapi mendengarnya keluar lancar dari mulut Ima sendiri amat menyakitkan hatinya. Seperti ditusuk sembilu bisa perasaannya.

‘Do you really love him?’ soal Hafizi lagi tidak puas hati.

‘Yes, I do. It might not be love at the first sight, but love at the first sight doesn’t always survive anyway.’ Cintakah aku pada Fuad? Detik hati Ima. Ahh…cinta boleh dipupuk selepas kahwin. Yang penting aku dapat menerima dia dan sudah mula menyayangi dirinya.

‘I don’t think you should marry him.’

Tegas dan sinis suara Hafizi pada pendengaran Ima. Ima hanya memandang Hafizi tanpa kata. Hemm… sahlah dia tak suka aku nak kahwin dengan adik dia. Buruk sangat ke aku ni? Dulu tak layak untuk dijadikan kekasih, sekarang nak dijadikan adik ipar pun tak sesuai. Ima sebak. Namun dikuatkan diri untuk membalas kata-kata Hafizi.

‘Why? You think I’m not good enough for him??? Is that it?’ tingkah Ima sambil merenung Hafizi tajam.

Hemmm….Hafizi mengeluh. Bukan itu maksudku Ima. Andai kau tahu isi hati ini…

‘Ima, that’s not what I mean. It’s just that….’kata-kata Hafizi kaku disitu. Patutkah aku berterus-terang? Sudikah Ima mendengar penjelasanku? Perasaan Hafizi berkecamuk. Ahhh…berterus-terang sahajalah. Biar terungkai segala-galanya hari ini. Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

‘Ima…I tak tau sejauh mana you cintakan Fuad dan sedalam mana cinta Fuad pada you. Lagipun you guys baru kenal each other, through family arrangement pulak tu. You ikhlas ke menerima Fuad atau… you terpaksa?! I tak nak you “menderita” kemudian hari!’Hafizi sengaja menekankan perkataan menderita.

Ima…sebenarnya akulah yang akan menderita jika kau menerima Fuad. Akulah yang malang andainya kecundang dalam percaturan ini. Tapi kata-kata itu hanya bermain di fikiran, tidak terucap oleh Hafizi.

Apalah yang kau tahu tentang derita Hafizi. Usah berbicara tentang derita andai kau tak pernah melaluinya. Aku...aku ini yang menderita bila kau beriku harapan dan kemudian kau musnahkannya. Apa perlunya kau persoalkan setulus mana cintaku pada Fuad sedangkan kau juga tidak sejujur mana dalam bersahabat denganku, melayaniku seolah-olah akulah kekasihmu sedangkan diri dan hatimu sudah dimiliki wanita lain. Kau kejam Hafizi!!! Jerit hati Ima.

‘Ikhlaskah I…terpaksakah I…itu bukan urusan you. I fikir I dah cukup dewasa dan matang untuk membuat keputusan dan menentukan jalan hidup I,’ tegas Ima.

Hafizi merasakan sukar benar untuk memberi penjelasan pada Ima. Hati Ima keras…keras seperti batu. Dia sudah arif dengan perangai Ima. Ima tidak suka dipaksa, bila dipaksa makin menjadi-jadi keras kepalanya. Dia tahu dia harus berlembut untuk menyakinkan Ima tentang perasaannnya.

‘Ima…I tahu yang you dah cukup matang untuk membuat keputusan. Tapi you pernah tak terfikir yang keputusan you itu mungkin akan mengecewakan orang lain?’

‘Mengecewakan orang? Siapa?’ Soalan Hafizi tidak berjawab, sebaliknya dia pula yang disoal oleh Ima.

‘I…I yang akan kecewa,’ perlahan suara Hafizi.

‘You?! Kenapa pulak?’ Ima bertanya seperti orang bodoh.

‘Kerana…I…I sayangkan you.I betul-betul sayangkan you, Ima. Dan I yakin masih ada tempat dihati you untuk I. Dan kalau keyakinan I tu berasas, I harap you sudi menjadi isteri I.’ Penuh pengharapan Hafizi menuturkan perasaannya. Terasa lepas sudah beban yang ditanggungnya selama dua minggu ini bila ayat itu diucapkan. Reaksi Ima memang tidak diduga. Dia menyangka Ima akan terharu dengan pengakuan itu ataupun setidak-tidaknya memarahinya. Sebaliknya Ima ketawa besar.

‘Haa…haa…You sihat ke tidak ni? Kalau iye pun you nak tau sejauh mana I cintakan adik you, tak payahlah you berlakon sampai macam ni.’ Jelas Ima dalam ketawa yang masih bersisa.

‘Ima…please… I serius ni.’ Hafizi berkata perlahan tetapi tegas sambil merenung dalam anak mata Ima. Terhenti ketawa Ima melihatkan keseriusan Hafizi. Hafizi hanya mengangguk mengiakan persoalan yang jelas terpancar di mata Ima.

‘You can’t be serious?! Bukan ke you dah ada steady girlfriend. Apa perlunya you memperisterikan I?’ soal Ima agak marah. Gila agaknya Hafizi ni, getus hati Ima.

‘I tak pernah ada steady girlfriend, sungguh! Dulu tu I bohong je. And I wanna marry you because you’re the only one I love.’ Jawapan Hafizi benar-benar memeranjatkan Ima.

‘Love?! Haa..haa… I tak faham kenapa you timbulkan perkara ni. Seingat I kita tak pernah pun bercinta. Cuma mungkin I yang….’ Kata-kata Ima terhenti di situ.

Anak itik terenang-renang
Terenang-renang di tepi kali
Diri asyik terkenang-kenang
Orang dikenang tidak peduli

Pantun yang dibacanya dari sebuah novel itulah yang sering berlegar-legar di fikiran Ima bila dia teringatkan Hafizi. Alangkah malunya bila disedari diri hanya bertepuk sebelah tangan. Alangkah pedihnya bila harapan tidak dipenuhi.

‘Sudahlah Hafizi. Tak ada gunanya kita bincangkan hal ni. Tak ke mana perginya. Apa perlunya you datang kepada I lagi. Dulu you yang beria-ia yang nak berkawan dengan I, I sambut salam perkenalan you. But then you sakitkan hati I. You tau tak sakitnya macam mana? Seperti luka yang diperah asam limau. Sekarang bila I dah boleh hidup tanpa bayangan you, you kembali mengharapkan I. Apa semua ni?

Hafizi hanya mendiamkan diri mendengarkan luahan hati Ima. Dia tahu dia bersalah pada Ima, bersalah yang teramat. Memang dia akui bahawa dahulu dia yang bersungguh-sungguh ingin berkawan dengan Ima. Setiap hari gadis itu dihubunginya. Kalau boleh dia mahu tahu apa yang dibuat oleh Ima setiap waktu dan ketika. Dia juga sering memberitahu Ima tentang aktiviti-aktiviti sehariannya walaupun tidak pernah disoal oleh Ima.

‘Hafizi, cerita kita dah lama tamat. Perkara dah lepas. You sendiri pun dah maklum, I akan berkahwin dengan Fuad, adik you sendiri. Kenapa you pertikaikan my decision? You sepatutnya bersyukur kerana I dah jumpa orang lain …dan I tak akan ganggu hidup you lagi. Dahlah…. I nak balik. Kalau you tak dapat nak hantar, takpe, I boleh balik sendiri.’ Ima menyambung lantas bangun mahu beredar tetapi Hafizi lebih pantas menarik lengan baju Ima.

‘Ima… please...’ Hafizi merayu. ‘I minta sangat you dengar dulu apa I nak cakapkan ni. Kalau lepas tu you nak balik, I akan hantarkan. But please… listen first.’ Hafizi tidak tahu bagaimana untuk menyakinkan Ima. Jelas padanya bahawa Ima seakan tidak mahu faham dengan penjelasannya. Aaahh.. aku perlu cuba sedaya upayaku.

‘Ima…first of all, I nak minta maaf yang teramat sangat atas tindakan I dulu. I mean…yang I bagi you hadiah-hadiah tu, I call you often, dan macam-macam lagi…yang membuatkan you fikir I’m interested in you. Yang sebenarnya I memang sukakan you…cuma I’m not really sure about my own feelings. But when you left, I felt empty without you…you know, just being there when I need someone to talk to, someone to share my joy and grief. Tapi bila I jumpa you semula, I rasa I masih ada harapan untuk bersama you until…until I dapat tau yang you akan berkahwin dengan Fuad. I bukannya berniat nak menghancurkan kebahagiaan you dengan Fuad. I memang nak you hidup bahagia, dan I tak malu mengaku yang I mengharapkan kita dapat hidup bahagia bersama sebagai suami isteri!!’

‘So..what do you want me to do?!’ soal Ima tegas. Sebenarnya dia agak terkejut dengan penjelasan Hafizi yang tidak disangka-sangka.

‘I harap you fikirlah sedalam-dalamnya sebelum you buat keputusan muktamad.’ Sayu suara Hafizi mengharap pengertian Ima.


‘Memang mulanya Kak Long nak jodohkan Fizi dengan Ima. Tapi Fizi ingat tak Fizi menolak, Fizi kata yang Fizi dah ada girlfriend. Kak Long sayang nak lepaskan budak sebaik Ima tu, sebab tu Kak Long cuba jugak jodohkan dia dengan Fuad. Tapi tak ada sesiapa yang tau hal ni. Kak Long bagitahu Fizi ni pun sebab Kak Long dah dengar cerita Fizi. Fizi dah besar, buatlah keputusan yang matang dan tidak hanya untuk kepentingan sendiri……..’ Panjang nasihat Kak Long sewaktu dia pergi bertemu Kak Long tempohari. Kak Long, andailah aku tahu yang ingin diperkenalkan padaku itu ialah Ima, tentu aku tidak akan menolak. Bagaimana mungkin aku menolak sedangkan hatiku telah di dalam genggamannya.

Perjalanan kurang lebih dua puluh minit menuju ke rumah Ima hanya diiringi muzik perlahan dari radio kereta. Cuma sesekali Ima bersuara untuk memberitahu Hafizi jalan atau simpang yang perlu diikuti untuk sampai ke rumahnya. Hafizi mahupun Ima leka melayani perasaan masing-masing.

Suasana yang hening itu tidak sedikitpun menenangkan perasaan Ima yang berkecamuk. Fikirannya terasa tepu. Dulu memang lamaran Hafizi adalah sesuatu yang amat diharap-harapkan tetapi kini dia sendiri tidak pasti. Gembirakah dia? Kerana Hafizi akhirnya mengakui akan perasaannya? Marahkah dia? Kerana Hafizi dirasakan cuba mengganggu hubungannya dengan Fuad? Perlukah dia menimbangtarakan keputusannya semula? Bukankah keputusannya telah muktamad?! Aaahhh… celarunya fikiran.

‘Ok…thanks for sending me home.’Ima bersuara tanpa memandang wajah Hafizi setelah sampai di hadapan rumah sewaannya. Dia cuba untuk membuka pintu kereta, malangnya pintu kereta masih berkunci.

‘Ima…’perlahan suara Hafizi memanggil Ima. Hafizi memanggil Ima sekali lagi kerana Ima tidak sedikit pun menoleh ke arah Hafizi pada panggilan yang pertama.

‘Ada apa lagi?’ Ima sedikit membentak. Bukan niatnya untuk berkasar dengan Hafizi tetapi dia rimas dirayu sebegini. Penyelesaian di antara dia dan Hafizi akan melibatkan ramai orang, Fuad tentunya, Kak Long Mahani, Puan Aisyah iaitu ibu Fuad, Hafizi dan Kak Long Mahani, dan keluarga Mak De, bukan hanya dirinya dan Hafizi. Sukarnya situasi ini.

Ima tidak dapat melelapkan mata malam itu. Kata-kata terakhir dari Hafizi petang itu berlegar-legar di kotak fikiran Ima. Air matanya perlahan-lahan turun membasahi pipi.

No comments: