Google Translator

Monday, June 30, 2008

Di mana rasa cintamu?


Betul ke cinta pertama ni sukar dilupakan?
Kalau mengikut novel-novel cinta yg melambak di pasaran , tak kiralah novel BM ke novel Inggeris ke, setakat yg saya baca, 90% mengetengahkan idea bahawa cinta pertama sukar dilupa dan cinta pertama akan tetap mekar selamanya.

Tapi betul ke benda ni?
Pada saya hal cinta pertama ni adalah satu idea saja sebenarnya. Satu idea yang terlalu ideal untuk di kecapi oleh semua orang. Dan kita manusia ni disogokkan dengan idea-idea picisan begini. Untuk apa? Saya sendiri pun tak pasti. Ya, mungkin untuk memberi harapan pada perasaan kita bahawa cinta pertama kita itu akan kembali ke pangkuan kita satu hari nanti. Tapi bukankan itu satu perbuatan yang bodoh? Menanti tanpa pasti?

Kata kawan saya, "Untung awak, suami awak first love awak."

Saya sengih je. Saya tak menafikannya kerana memangbenar suami saya adalah cinta pertama saya. Tapi saya tak boleh menyangkal sebelum mengenali suami saya, saya ada jugak diperkenalkan dan berkenalan dengan beberapa lelaki lain.

Cuma saya bertuah kerana sikap tegas saya. Saya terlalu menjaga rasa hati saya.
Ya! Saya tidak sewenang-wenangnya menyerahkan rasa cinta saya pada sesiapa. Sesudah berakad nikah barulah saya menyerahkan rasa cinta sepenuh hati untuk suami saya. Kerana apa? Kerana saya tidak mahu menyerahkan hati yang ada parut luka pada suami saya. Dan kerana saya mahu suami saya adalah cinta pertama & terakhir saya. Jujurnya sejak saya berusia 18 tahun lagi saya dah menanam tekad sebegini. Kalau korang nak cop saya gatal pun, tak pelah .... Huhuhuhu...

Mungkin ada yg akan berkata, "Tipulah. Habis tu masa kau berkawan & bertunang tu takde rasa cinta ke?"

Mana ada tipu. Tak tipu OK. Cumanya rasa sayang, cinta, kasih tu memang ada. Kalau tak ada takkanlah saya buat keputusan untuk berkahwin dengan suami saya kan.. kan..kan... Cumanya waktu masih di alam pertunangan tu, saya mengawal rasa cinta dan kasih dan sayang saya tu agar saya menjadi seorang yg bercinta secara rasional gitu.

"Buat apalah nak kawal-kawal perasaan tu?" kata sesetengah orang- terutamanya penulis novel cinta picisan dan juga penulis skrip murahan yang melambak mengisi slot drama di rtm & tv3. Biarkan jelah rasa cintamu itu mmbuak-buak seperti luahan gubung berapi di indonesia tu. Takpun mengalir dan menujah deras seperti tujahan air terjun Niagara Falls di Canada.

Saya rasa nak ketuk-ketuk je kepala penulis novel & penulis skrip yg bodoh memperdagangkan karya murahan 'cinta pertama tak boleh dilupakan'. Memanglah skrip sebegini 'boleh jual'. Tapi sampai bila? Bilalah boleh berlakunya anjakan paradigma dalam pemikiran masyarakat kita kalau fardhu kifayah ni tak dijalankan oleh mereka yang berbakat menulis novel & skrip tontonan masyarakat ni?!!!

Sungguh!!! Rasanya mereka inilah yang bertanggungjawab mem'blueprint'kan idea ni dalam fikiran masyarakat kita sekarang. Lantas mencetuskan fenomena 'Cinta pertama itulah segalanya dalam hidupku'. Aduh.. letihkan dengan idealisme kuno sebegini!!!!

Dan mungkin juga ada yang mempersoalkan, "Boleh ke bercinta secara rasional? Ada ke orang yg bercinta secara rasional?"

Saya boleh jawab dengan beraninya, YA! saya salah seorang dari orang yg bercinta secara rasional. Kenapa saya kata bercinta secara rasional? Sebab sewaktu belum di akad nikah tu, saya menyiapsediakan diri saya dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Memanglah bila dah berkahwin tu pun banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Tapi itu semua adalah sesuatu yg saya fikir kita boleh berdoa & berusaha untuk menanganinya. Lagipun, MARRIAGE NEEDS WORKS TO SUCCEED kan?

Bagi saya yang bercakap sebagai seorang wanita ni, perlu sesangat kita menjaga rasa cinta kita. Rasionalnya mudah, perasaan kita perempuan ni sangat mudah tersentuh. Tak kiralah ganas macam mana pun kita.Saya yang tergolong dalam golongan perempuan yang tidak lemah lembut inipun mudah tersentuh, apatah lagi kalau perempuan yang memang lemah lembut gitukan. Apatah bagi kita yang sudah berumahtangga ni kan, syaitan ada di sekeliling kita untuk menjadikan kita rakan senerakanya. Sanggup ke kita jadi jiran syaitan dalam neraka semata-mata kerana tidak mahu melepaskan kenangan cinta pertama?

Mungkin ada yang berkata,"Bolehlah kau cakap gitu kerana kau tidak mengalaminya?"

Persoalan ni akan saya diskus dalam posting yang lain. Sedikit intro:
"Perasan ini boleh jadi seperti air yg mengalir tiada hentinya. Tapi perasan juga boleh menjadi seperti arus elektrik yang boleh dikawal dengan suis"...

Adios.

Saturday, June 28, 2008

budi bahasa budaya kita?

Korang kalau bersalam dengan orang yg lebih tua, selalunya korang cium tangan tak?

Kalau bersalam dengan orang yang lebih muda, adakah korang expect atau mengharapkan budak-budak tu cium tangan korang?

Benda ni bukan isu besar pun. Cuma secara peribadi aku sebenarnya kurang selesa kalau budak-budak cium tangan aku. Bukan sebab tangan aku busuk ke hapa, tapi sebab aku rasa bila orang bersalam dengan kita dan cium tangan kita, itu satu penghormatan yang besar. Sama ada mereka ikhlas atau pun tidak, itu tak taulah kan.

Aku perasan la kalau artis ke, ahli-ahli politik ke, bila mereka bersalam dengan orang, mereka ni nampak sangat mengharapkan orang akan cium tangan depa tu. Especially kalau diorg bersalam dengan budak-budak. Maaf cakaplah. Aku rasa kalau depa ni nak dihormati sekalipun, belum sampai tahap perlu tangan depa tu di cium.

Orang-orang biasa yg bukan artis maupun ahli politik pun ramai yg perangai macam ni. Mungkinlah itu bukan satu kesalahan besar. Tapi pada akulah, respect is earned not granted kan.

Yang aku perasan jugak, ada sesetengah orang ni, boleh tu masa dia bersalam dengan budak kecik & menghulurkan tangan depa supaya dicium, takde le plak dia nak tunjuk hormat kat budak tu. Boleh sambil tangannya disalami & dicium tu, dia berbual2 dgn org lain ataupon tersengih2 depan kamera. Budi bahasa ke tu? Satu contoh yg sangat jelas korang leh tengok ialah poster yg gambar ct nurhaliza dok unjuk tangan dia kat satu kumpulan budak kecik untuk disalami & dicium. Bencinya aku dgn poster tu. Bukan sebab aku tak suka ct, tp pada aku poster tu sket pun tak menggambarkan 'Budi bahasa budaya kita'. Yang salah dalam hal ni ialah director pada pembikinan poster tu. Bodoh!!!

Paling kurang ct boleh buat dalam gambar tu ialah usap kepala atau pegang bahu budak yg salam & cium tangan dia tu.

Aku rasa memang budaya orang melayu yang tak berbudi bahasa kot mengharapkan tangan depa di cium?!

Aku jujurnya, kalau bersalam dengan ahli keluarga yg lebih tua je aku cium tangan. Kalau dengan orang tua yg bukan ahli keluarga, aku cuma akan tundukkan badan or kepala. Tercium tangan tu adalah sekali dua. Bukan aku sombong atau bongkak, tapi aku rasa tak perlu pun.

Begitu juga kalau budak-budak bersalam dengan aku. Seboleh mungkin aku akan tarik badan diorg ke arah aku, dan peluk-peluk laga-laga pipi tu. Tak perlulah diorg cium tangan aku. Tapi kalau budak lelaki tak leh la kan, jadik sexual harassment la pulak. Kalau budak lelaki, selalunya aku tepuk-tepuk je bahu diorg.

Cukuplah aku mengomel hari ni.
Kalau ikutkan banyak je tak puas hati dengan kempen budi bahasa ni sebenarnya kan..kan..kan..

Monday, June 23, 2008

Down the memory lane...

Goodness!!!

It's been a month since my last post.
I've been very busy lately-one of many appropriate excuses (*wink*), coordinating a batch of students, about 500 students, who go for their practical training at various companies.

Just got back from visiting one of my students in Pulau Pinang. I went there with my colleague aka my close friend, Ani. I went along with Ani to visit her students at MOTOROLA, Pulau Pinang.

Listening to the students delivering their presentation reminds me of my actual 'after commencement(graduation) life plan'. Truth is being a lecturer has never been one of my dreams. (One of my dreams is to be MATH TEACHER). In fact, few weeks after the commencement ceremony, I told one of my friends that I don't want to be a lecturer.
Reason?
-I don't know how to be a lecturer.
-How to be fair to my students?
-How I can put aside my empathy?
-How this and how that.

I've dreamed of a career as an engineer. That I'd designed this, developed that, and the list goes on and on. I have to admit that I envy my students, especially those who get to experience the real 'engineering work environment'. I guess, it will only stay in my dream.

I resort to be satisfied that I have helped tutoring, guiding and educating a number of engineers in Malaysia workforce today.