Google Translator

Monday, June 30, 2008

Di mana rasa cintamu?


Betul ke cinta pertama ni sukar dilupakan?
Kalau mengikut novel-novel cinta yg melambak di pasaran , tak kiralah novel BM ke novel Inggeris ke, setakat yg saya baca, 90% mengetengahkan idea bahawa cinta pertama sukar dilupa dan cinta pertama akan tetap mekar selamanya.

Tapi betul ke benda ni?
Pada saya hal cinta pertama ni adalah satu idea saja sebenarnya. Satu idea yang terlalu ideal untuk di kecapi oleh semua orang. Dan kita manusia ni disogokkan dengan idea-idea picisan begini. Untuk apa? Saya sendiri pun tak pasti. Ya, mungkin untuk memberi harapan pada perasaan kita bahawa cinta pertama kita itu akan kembali ke pangkuan kita satu hari nanti. Tapi bukankan itu satu perbuatan yang bodoh? Menanti tanpa pasti?

Kata kawan saya, "Untung awak, suami awak first love awak."

Saya sengih je. Saya tak menafikannya kerana memangbenar suami saya adalah cinta pertama saya. Tapi saya tak boleh menyangkal sebelum mengenali suami saya, saya ada jugak diperkenalkan dan berkenalan dengan beberapa lelaki lain.

Cuma saya bertuah kerana sikap tegas saya. Saya terlalu menjaga rasa hati saya.
Ya! Saya tidak sewenang-wenangnya menyerahkan rasa cinta saya pada sesiapa. Sesudah berakad nikah barulah saya menyerahkan rasa cinta sepenuh hati untuk suami saya. Kerana apa? Kerana saya tidak mahu menyerahkan hati yang ada parut luka pada suami saya. Dan kerana saya mahu suami saya adalah cinta pertama & terakhir saya. Jujurnya sejak saya berusia 18 tahun lagi saya dah menanam tekad sebegini. Kalau korang nak cop saya gatal pun, tak pelah .... Huhuhuhu...

Mungkin ada yg akan berkata, "Tipulah. Habis tu masa kau berkawan & bertunang tu takde rasa cinta ke?"

Mana ada tipu. Tak tipu OK. Cumanya rasa sayang, cinta, kasih tu memang ada. Kalau tak ada takkanlah saya buat keputusan untuk berkahwin dengan suami saya kan.. kan..kan... Cumanya waktu masih di alam pertunangan tu, saya mengawal rasa cinta dan kasih dan sayang saya tu agar saya menjadi seorang yg bercinta secara rasional gitu.

"Buat apalah nak kawal-kawal perasaan tu?" kata sesetengah orang- terutamanya penulis novel cinta picisan dan juga penulis skrip murahan yang melambak mengisi slot drama di rtm & tv3. Biarkan jelah rasa cintamu itu mmbuak-buak seperti luahan gubung berapi di indonesia tu. Takpun mengalir dan menujah deras seperti tujahan air terjun Niagara Falls di Canada.

Saya rasa nak ketuk-ketuk je kepala penulis novel & penulis skrip yg bodoh memperdagangkan karya murahan 'cinta pertama tak boleh dilupakan'. Memanglah skrip sebegini 'boleh jual'. Tapi sampai bila? Bilalah boleh berlakunya anjakan paradigma dalam pemikiran masyarakat kita kalau fardhu kifayah ni tak dijalankan oleh mereka yang berbakat menulis novel & skrip tontonan masyarakat ni?!!!

Sungguh!!! Rasanya mereka inilah yang bertanggungjawab mem'blueprint'kan idea ni dalam fikiran masyarakat kita sekarang. Lantas mencetuskan fenomena 'Cinta pertama itulah segalanya dalam hidupku'. Aduh.. letihkan dengan idealisme kuno sebegini!!!!

Dan mungkin juga ada yang mempersoalkan, "Boleh ke bercinta secara rasional? Ada ke orang yg bercinta secara rasional?"

Saya boleh jawab dengan beraninya, YA! saya salah seorang dari orang yg bercinta secara rasional. Kenapa saya kata bercinta secara rasional? Sebab sewaktu belum di akad nikah tu, saya menyiapsediakan diri saya dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Memanglah bila dah berkahwin tu pun banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Tapi itu semua adalah sesuatu yg saya fikir kita boleh berdoa & berusaha untuk menanganinya. Lagipun, MARRIAGE NEEDS WORKS TO SUCCEED kan?

Bagi saya yang bercakap sebagai seorang wanita ni, perlu sesangat kita menjaga rasa cinta kita. Rasionalnya mudah, perasaan kita perempuan ni sangat mudah tersentuh. Tak kiralah ganas macam mana pun kita.Saya yang tergolong dalam golongan perempuan yang tidak lemah lembut inipun mudah tersentuh, apatah lagi kalau perempuan yang memang lemah lembut gitukan. Apatah bagi kita yang sudah berumahtangga ni kan, syaitan ada di sekeliling kita untuk menjadikan kita rakan senerakanya. Sanggup ke kita jadi jiran syaitan dalam neraka semata-mata kerana tidak mahu melepaskan kenangan cinta pertama?

Mungkin ada yang berkata,"Bolehlah kau cakap gitu kerana kau tidak mengalaminya?"

Persoalan ni akan saya diskus dalam posting yang lain. Sedikit intro:
"Perasan ini boleh jadi seperti air yg mengalir tiada hentinya. Tapi perasan juga boleh menjadi seperti arus elektrik yang boleh dikawal dengan suis"...

Adios.

1 comment:

123 said...

http://apportioningthat.info/user/history/freeboots/
http://apportioningthat.info/user/history/lv123/
http://apportioningthat.info/user/history/replicahandbags111/page/1
http://apportioningthat.info/user/history/sunshineugg/
http://apportioningthat.info/user/voted/breitling123/
http://apportioningthat.info/user/voted/Chanel123/
http://apportioningthat.info/user/voted/dvd123/
http://apportioningthat.info/user/voted/hermes123/
http://apportioningthat.info/user/voted/watches123/
http://backlinkfree.info/user/history/only4handbags/