Hari ni Selasa. Semalam Isnin. Petang semalam semasa aku tengah makan tengahari dengan suami, Tok & Huda, sepupuku, tibalah kedatangan adik posmen yang aku tunggu-tunggu. Adik posmen tu bernasib baik sebab Huda yang pergi amik surat tu. Bukan aku. Kalau aku, maunya aku bahasa-bahasakan dia. Tak adalah, aku dah insaf sekarang. Aku dah tak mau buat camtu lagi. Semoga tahun baru 1430 Hijrah ni, bertambah mulia akhlakku. Aamiiiin.
Pagi semalam tu aku telefon KHIDMAT PELANGGAN POS MALAYSIA di 1-300-300-300. Aku telefon pagi dalam jam 9.00a.m., tak angkat. Beberapa kali le jugak aku telefon tak angkat. Hoii!!! Kalau tak reti nak uruskan pusat khidmat pelanggan, tak yah le buka pusat tu. Akhirnya tengahari dalam jam 12.10p.m., aku telefon barulah ada orang yang menjawab panggilan aku. Bila aku tanya pasal bungkusan aku, rupa-rupanya sesampainya di Malaysia, POS Malaysia yang uruskan. Aku dahlah bengang dengan RoyalMail-Parcelforce yang amik masa sampai 10 hari untuk hantar surat aku ke Malaysia. Krismas tak Krismas. Korang dah amik duit orang, bagilah perkhidmatan yang sewajarnya.
Bila POS MALAYSIA mengesahkan bungkusan aku ada pada mereka, aku tanya,
"Kenapa pada 2 Januari, saya tak menerima sebarang panggilan ataupun sebarang notis mengatakan bungkusan cuba dihantar? Sedangkan di website paparkan bahawa bungkusan saya cuba dihantar?"
Telefonis POS MALAYSIA tu jawab,
"Sekejap ye cik saya periksa. ..... Oh! Posmen lambat keluar dari pusat serahan. Jadi dia sampai lambat ke rumah cik. Jadi dia balik semula. Sebab penghantaran sampai pukul 5.00p.m. sahaja. Ada setengah posmen diorg hantar je walaupun dah lebih jam 5. Ada yang tepat jam 5 terus hantar bungkusan kembali ke pusat serahan."
Aku, "Walaupun alamat rumah? Bukan pejabat?"
Telefonis, "Iya."
Aku, "Kalau posmen tak jumpa cari rumah saya, dia akan telefon tak?"
Telefonis, "Itu terpulang pada posmen. Ada yang akan telefon, ada yang tidak."
Aduhai POS MALAYSIA ooiii!!! Perkara macam itu pun korang tak boleh buat satu cara perlaksaan ke. Posmen tu kan taraf SPM je? Err.. betulkan posmen sekarang taraf SPM. Staf-staf POS Malaysia bahagian pentadbiran yang ada ijazah sarjana & sarjana muda yang duduk dalam bilik aircond tu, takkanlah tak bergerak otak korang nak fikirkan cara-cara yang lebih efisien untuk korang memberi perkhidmatan pada rakyat Malaysia. Atau ijazah korang ni ijazah beli???
Aku tak marah telefonis ataupun posmen tu. Sebab apa yang diorg buat tu memang sesuai la dengan kelayakan diorg & juga tahap pendidikan diorg. Korang2 yg kononnya bijak pandai tu buatlah sesuatu. Takkan makan gaji buta je kot? Proaktif la. Jangan dok jadi paku je. Kena ketuk baru nak termasuk.
Seterusnya pagi tadi aku dah selesai menghantar permohonan visa aku dan suami ke VFS di Wisma MCA. Sekarang ni tunggu visa aku diluluskan. Bila dah dekat nak pergi ni aku rasa ala-ala sedih la pulak. Dulu masa nak pegi US aku betul-betul excited. Yelah, masa tu perkataan gagal tak pernah terlinta dalam kotak fikiran aku. Aku tak pernah terfikir pun ada orang belajar tak habis atau 'drop out'. Aku memang betul-betul optimis masa tu.
Kali ni mungkin sebab memikirkan tanggungjawab& cabaran nak buat PhD ni membuatkan aku agak cuak. Lagipun masa buat master dulu, aku telah mengharungi pelbagai pengalaman pahit. Kisah tu aku belum kongsi kat dalam blog ni. Nantilah, ada masa kita cerita ceriti ok :)
3 comments:
ola dla, Salaam, nnt dah confirm fligt gtau la eh, jgn tensen2 beb, kem salam aku kat tok.. rindu la kat tok.. huk huk.. aku ada jumpa wira ritu kat airport oklen, dia pun tanye aku bile ko nak gi uk, aku doakan semuanya berjalan lancar, ameen.
alhamdulillah akhirnya penantian madam terjawab walaupun penuh drama...
saya doakan segala urusan pas nih dipermudahkan...
amin...
jgn mrah2 k...
=)
kak ema:
salam. wira ada contact aku b4 dia nak pi. tapi tak sempat nak jumpa pon. masing2 kalut. Aku pun doa semoga semuanya berjalan lancar.
fixa:
makasih. awak jugakan yg bagi saya anugerah 'Drama Queen'. I have to live up to that :D heheheh..
Post a Comment