Aku ni sebenarnya dah hampir sebulan dok menunggu surat. Ibaratnya seperti menunggu buah yg tak gugur. Yang aku tunggu tu bukanlah surat cinta memandangkan suami aku ada di samping aku jadi kalau nak berutus surat pun boleh bagi 'by hand' saja. Aku ni sebenarnya menunggu surat tawaran dari universiti. Sebenarnya aku dah dapat surat tawaran tu menerusi e-mail. Tapi aku perlukan surat tawaran yang tulen untuk aku hantar dalam permohonan nak buat visa.
Aku dah pergi ke VFS di Wisma MCA, Jalan Ampang tu pada 16 Disember 2008. Aku bawa semua dokumen yang diperlukan termasuklah salinan cetak (printed copy) surat tawaran dari Newcastle University tu. Tapi perempuan India yang menjaga kaunter tu menasihatkan aku supaya balik je dan datang lain kali selepas aku terima surat tawaran yang tulen. Perancangan awal aku untuk ke UK pada 27 Disember 2008 terpaksa aku batalkan. Semuanya semata-mata sebab tak dapat nak buat visa.
Beberapa hari sebelum cuti Krismas, aku menelefon Dzun. Minta jasa baik Dzun untuk tolong ambilkan surat tawaran Newcastle University tu. Nasib baik Dzun sanggup tolong (sayang Dzun :D). Dzun tolong poskan dari Newcastle guna pos laju. Kalau ikutkan Selasa 30 Disember aku dah terima surat tu. Tapi sampai la ni bayang setem pun tak nampak.
Aku sakit hati sebenar-benarnya dengan Pos Laju versi UK-Parcelforce yg konon-kononnya laju tapi lembab macam siput. Sudahlah ambil bayaran perkhidmatan yang mahal- 52 pound utk sekeping dokumen tu tapi perkhidmatan hampeh. Lebih baik Pos Malaysia.
Konon-kononnya kita sebagai pengguna ni bolehlah track di website parcelforce tu kat mana parcel kita sekarang. Bila aku cek status yang terkini buat darah aku mendidih.
###############################################################################
Parcel number: XXXXXXXXXXXXXXX
Status: Held
Parcel tracks
Date Time Location Tracking Event
02-01-2009 14:23 Delivery Agent - MALAYSIA Attempted delivery
02-01-2009 11:20 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT On route to delivery depot
02-01-2009 10:48 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT Awaiting Customs Clearance
02-01-2009 09:39 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT Arrived in destination country
01-01-2009 21:38 Delivery Agent - KUALA LUMPUR - PTT Arrived in destination country
30-12-2008 18:20 International Hub Despatched from hub
30-12-2008 02:48 International Hub Left origin country
23-12-2008 17:47 Newcastle Depot On route to hub
23-12-2008 17:14 Barras Bridge CFPO Collected from Post Office Branch
23-12-2008 15:33 Newcastle Depot Collected from customer
###############################################################################
Bila masanya 'delivery agent' tu 'attemp delivery'????
Aku ada sepanjang hari dok menunggu kat rumah. Eiii... benar-benar kelewatan mereka ini.
Aku cek kat internet, call Telekom Malaysia nak cari nombor telefon 'delivery agent' parcelforce ni di Malaysia tapi hampeh tak ada.
Aku terpaksa tunggu hari Isnin ni. Aku ni dah memang geram tak terkata.
Aku kalau lewat tu aku masih boleh bersabar sebab aku fikir adalah hikmah tersembunyi yang aku tak tahu dan tak nampak. Tapi bila konon-kononnya 'attempt delivery' tapi sebenarnya tidak tu memanglah aku naik angin. Rasa nak maki-maki je agen yang menghantar tu nanti. Akan aku siapkan skrip!!!!
Dahlah aku sepatutnya register 5 Januari 2009 ni. Sekarang ni semua dah jadik hari biru. Ala-ala filem lakonan Dina yang tak laku tu (aku tak tengok pun). Bila dah lambat register ni macam-macam hal nak kena update.
Nak tak nak aku kena juga minta surat tawaran dengan tarikh pendaftaran baru dari universiti sebab tarikh register ni penting untuk kemasukan biasiswa aku. Dulu masa Dzun nak ambil tu, aku dah minta tarikh baru tapi kerani kat Newcastle tu pemalas kot sebab dah tak sabar nak cuti krismas, jadi dia kata register je bila-bila masa. Boleh gitu??? Eeeiii....stupid like s*it!!!
Ya Allah, Kau berikanlah ganjaran atas kesabaranku menghadapi ujian Mu ini.
(Errkk..sabar ke aku ni? Sabarlah jugak dibandingkan dengan aku yang dulu-dulu. Huhuhu...)
5 comments:
Sabar dilla.. aku dulu lagi lama beb..hehehehe.. insya'allah.. ada hikmahnye..
salam
baca citer mdm pun saya rasa geram...
mmg lembab la dorg nih
saiful gerak lagi cepat...
hahha...
nak pergi nanti bagitau ye...
nak bagi hadiah yang x seberapa tapi mahal la...
hahaha...
sabar mdm...marah2 nanti kerepot plak..
ada hikmah mana tau dpt wat PhD less than two years...
hehehe...
Dilla depa kan cuti christmas normally 15 days start from 25 tu so hang imagine la bila depa start balik. Btw, aku punya offer letter dari US ni pon macam menanti kucing kat rumah aku menyanyi.
Che'a:
Itulah kata2 yg aku ckp pada diri sendiri.Semoga adalah hikmahnya. Aku ni bukan apa, cuma rasa tak best je la menyusahkan pakcik aku ni.Dah lama dok rumah dia ni.Pastu family& kengkawan& anak2 murid yg nak menghantar aku ke airport dok sibuk le bertanya bila nak fly. Adooiii la.. tak larat nak jawab.
Fiza:
Saiful bukan sepantas kilat ke?
hehehe.. Insya-ALLAh saya doa sangat semoga Allah permudahkan semua urusan saya di UK nanti.
Sad:
Hang ada kucing ka? hang bukan pelihara ikan ka? Huhuhu..
Sad, baik hang cek dgn admission office tu. Depa ni kengkadang lebih lembab dari orang2 Malaysia yg dah semakin efisien spt kita. Wahahahaha...
Ignoring the aberrant appearance choices of the young, you accept to see that ugg boots are a abundant women's ugg . Cheap uggs are an even bigger women's ugg suede boots .What is so abundant about ugg suede anyway?
Post a Comment