Aku terjumpalah satu comic kat situ yang aku fikir sangat berkait rapat dengan kita semua. Kalau tak berkait rapat dengan korang pun, berkait rapat dengan diri aku ni.

Korang tengok kartun yang pertama tu, kartun yang baru memegang ijazah tu. Segak je berjalan memegang ijazah. Kebanyakan kita macam tu kan. Bukannya bermaksud kita bangga atau apa. Tapi bila dapat ijazah sarjana muda tu, bukan kepalang syoknya.
Tapi bila dah masuk dalam alam pembelajaran pasca-ijazah, barulah betul-betul rasa langit tu tinggi rendah. Aku tak bermaksud nak memperkecilkan sapa-sapa, tapi bila kita dah betul-betul bermula buat 'research', barulah terasa betapa 'roller coaster' nya hidup sebagai pelajar pasca-ijazah ni. Kalau rezeki kita murah, dapat penyelia yg baik & sedia memberi tunjuk ajar, Alhamdulilah. Kena bersyukur tu. Lain pulak ceritanya kalau dapat penyelia yang perasan dirinya bagus, tapi 'doesn't know what the sh** he's talking about' meranalah hidup.
Aku ni sememangnya bersyukur dapat 2 orang penyelia yg tahu bidang dia & tak lokek memberi tunjuk ajar. Aku doa supaya keadaan ni berterusan sampailah aku habis belajar ni.
Teringat lagi bekas penyelia aku yang kena tendang dari U*M, orang katalah kena tendang, dia kata kontrak dia dah tamat. Kurang setahun tempoh untuk aku sepatutnya menghabiskan kursus sarjana aku, penyelia tu ditamatkan kontraknya. Aku sememangnya bersyukur sangat sebab aku memang dah tak reti nak berurusan dengan dia.
Bukan setakat tak bagi idea & bimbingan, dia siap kutuk-kutuk pelajar Melayu ni pemalas. Aku nak je cakap bangsa dia tu pun melambak perasan bagus tapi sebenarnya bodoh piang kat universiti di pinggir KL tu. Tapi sebab masa tu aku kengkononnya nak menjada hubungan baik, aku senyapkan saja.
Pernah sekali tu aku memang bangang tahap gaban dengan penyelia aku ni, aku rasa dah nak maki dah. Tapi sebab aku tahan perasaan marah tu, aku termenangis depan dia. Nangis sebab geram sangat. Pandai pulak tu dia suruh aku balik & jumpa dia esok. Aku keraskan diri kat depan dia. Aku kata aku tak mau balik. Aku nak settlekan jugak hri tu apa benda yang kitaorang bincang sebelum tu.
Selepas penyelia tu kena tendang, aku dapat penyelia baru. Walaupun tak banyak bimbingan yang diberi oleh penyelia baru ni, tapi sekurang-kurangnya dari segi motivasi & hal2 berkenaan pengurusan dia banyak menolong.
Aku ada penyelia kedua tapi penyelia kedua ni malas nak cerita. Lebih baik tak ada daripada ada. Itulah kesimpulan yg tepat untuk jasa dia dalam tesis aku tu.
Tapi Alhamdulillah akhirnya, aku berjaya jugak habiskan kursus sarjana aku walaupun 'Ranjau Sepanjang Jalan' seperti novel karya sasterawan Shahnon Ahmad tu. Salah seorang pemeriksa tesis aku ada berkata begini semasa aku jumpa dia untuk buat pembetulan selepas viva. Katanya,"Ini ke supervisor-supervisor awak? Boleh ye awak survive?".
Aku ambil itu sebagai satu penghargaan. Walaupun aku tak tau apa maksud pemeriksa tu. Cuma aku tau tanpa pertolongan dari Allah Taala pasti aku tak mampu menyiapkan kursus sarjana aku tu.
Doa aku, semoga perjalanan kursus PhD kali ini lebih lancar & dipermudahkan Allah Taala. Amin..
2 comments:
Haish..kan best kalo mdm leh jd sv kitorg tuk fyp nie..very understanding.. skang ni ngah bingong biol2 lg..haha..pape pon.. mdm chayok!
Unaaa...(miss u)
tak layak le saya Una nak jadi supervisor awak. mana le saya reti microb2 yg berdampingan dgn student-student BTE tu..hehehe..
Una, bingong+biol2 tu perkara lumrah org belajar..hehehe
Post a Comment