Hari ni orang-orang di UK bercuti sempena Good Friday. Apa yang Good Friday pun saya tak tau. Kalau mengikut Wikipedia, Good Friday adalah hari orang-orang Kristian memperingati hari Nabi Isa disalib dan kematiannya di Golgotha. Perlu diingatkan ini adalah mengikut kepercayaan orang-orang Kristian. Kita yang beragama Islam ni tak perlu meraikan mahupun memperingati hari 'Good Friday' ini.
Puding Roti ni saya buat bukanlah bersempena Good Friday. Sebaliknya hari ni Dzun& Khai menjemput kami sarapan pagi di rumah mereka. Takkanlah nak datang tangan kosongkan. Minggu lepas, Dzun buat tiramisu untuk kami sewaktu datang bersarapan pagi di rumah kami. Jadi malam tadi saya& Amran menyediakan puding roti ni untuk kami bawa ke rumah Dzun.
RESEPI PUDING ROTI
PUDING ROTI
Bahan
500ml susu segar
200-300ml double cream
8 bji telur
8 SB gula halus (tambah sukatan sekiranya tidak cukup manis)
4-5 SB serbuk badam
6-8 keping roti
Kismis/prune/anggur/badam panggang ] untuk hiasan
Cara
1-Tuang susu segarke dalam loyang, masukkan gula dan kacau hingga larut.
2-Masukkan telur. Kacau rata.
3-Masukkan cebisan-cebisan roti (tak perlu cebisan halus, 1 keping roti:4-6 cebisan)
4-Masukkan serbuk badam & beberapa cubit garam.
5-Masukkan double cream.
6-Grease bekas & masukkan adunan dalam acuan. Elakkan adunan dari terlalu penuh di dalam bekas.
7-Tabur kismis/anggur/badam panggang di atas adunan.
8-Bakar pada 180 Celcius selama 40 minit.
KUAH KASTAD
Bahan
2 cawan susu segar
gula secukupnya (ikut tahap kemanisan)
1-2 SB tepung kastad
Cara
1-Larutkan tepung kastad & gula di dalam susu segar.
2-Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
3-Angkat dari tungku dapur yg panas itu (untuk mengelakkan campuran menjadi puding kastad pula)
4-Sejukkan
*Nota kaki: Perlu diingatkan seperti kebanyakan resepi-resepi yg saya sediakan, sukatan-sukatan yang digunakan berdasarkan gerak hati (intuition). Jadi gunakanlah gerak hati anda semasa mencuba resepi ini :D
7 comments:
waweee..nyum2! hehe
jemput makan cik una
sedapnye...ble nk buat utk sy....:)
ira, bole aja. jemput datang rumah. ye :D
looks so tastyyyy..yummyyy...
bile bleh rasa ni...
double cream tu apa erk
Ana, kena dtg uk lagi sekali.kali ni singgah newcastle pulak :) bolehlah kami jamu.
shahrul: double cream tu ala2 susu yg dah diputar. gbr cth leh tgk kat sini--> http://www.practicallyedible.com/edible.nsf/images/doublecream/$file/cream_double.jpg
Post a Comment