Saturday, April 4, 2009

Marilah Menuju Kejayaan..


Sungguh! Rasa besar khilaf diri bila saya melihat gambar-gambar ini (yg saya terima melalui e-mail).

Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya(pahala) di sisi ALLAH. Sungguh, Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.
-Al-Baqarah(110)

Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah ALLAH. Sungguh, ALLAH Maha Luas, Maha Mengetahui.
-Al-Baqarah(115)

Sewaktu di Malaysia, memang mudah untuk mengerjakan solat. Masjid dan surau ada di mana-mana. Cuma yang agak menyedihkan kadang-kadang masjid-masjid dan surau-surau ini dikunci. Heemm.. tak begitu praktikalkan?

Namun, bila berada di luar negara ni, tempat untuk menunaikan solat bukan lagi persoalan bila tiba masanya. Asalkan ada tempat yang bersih, boleh saja.

Alhamdulillah, di Newcastle ni memang banyak masjid. Cuma tak ada tempat solat di pusat-pusat membeli belah. Pernah saya & suami bersolat di bilik menyalin lampin bayi, waktu asar yang singkat tidak membolehkan kami pulang ke rumah untuk bersolat.

Teringat saya waktu belajar di US dulu, saya bersolat di perpustakaan beralaskan kertas surat khabar(waktu tu belum jumpa sejadah kecil). Alhamdulillah di universiti sekarang, ada masjid(saiz surau saja) di dalam universiti. Namun saya baru sekali bersolat di situ kerana jaraknya yang agak jauh dari 'workspace' saya. Lagipun berhampiran dengan 'workspace' saya, ada bilik(workspaces) yang dihuni oleh majoriti pelajar Malaysia. Maka ramailah yang menumpang solat di situ termasuklah saya. Semoga ALLAH memberi ganjaran atas kebaikan mereka.

6 comments:

Ir A.Aziz said...

Kagum2. Saya harap saya yg ada kemudahan masjid nih pon, dapat rajen2 kan diri ke masjid lebih kerap.

Tny sket, madam punya blog nih dah boleh go public ker? Kalo yer saya nak linkkan jer. Hehe~

dla said...

Aziz, boleh go public dah. Since saya dah jauh dari Malaysia.. uhuhuu..

PrincessLiJo said...

Mdm.. kat E5 ni ada musolla..tp at 5.20pm mesti dah tutup..so biasanya,after waktu tersebut kenalah gi E0..tp dgn keje lab yg terkejar2 n kdg2 smpi tgh malam..so terpaksalah solat dalam lab.. awal2 dulu kitorg bentang tisu..tp skrg kitorg bwk tikar..n simpan telekung kat lab.. so corner lab kat PDL dah jd mcm musolla kitorg..hehe

dla said...

Una,
x kisah solat kat mana2 pun kecuali tempat2 mcm dlm toilet ke kan. solat tu wajib. yg penting kita solat. bila present FYP una?

PrincessLiJo said...

Yup! betul betul betul (dalam gaya suara upin dan ipin) hehe.. present ujung bulan nie.. 30/5,3 & 4/5..

mdm, aritu Dr.Mai dok puji mdm.. psl mdm punye pHD..die ckp nnt leh bukak department baru kat Kuliyyah Engin =)

dla said...

All the best to both of u.

segan saya, phd saya belum apa2 lagi Dr.Mai dah puji. saya kena kerja keras mcm ni...

 
a woman's life © 2008 ♥ Template by B.K