Google Translator

Sunday, December 20, 2009

Yang Best di Barat (UK)

Saya takde tujuan nak mengagung-agungkan UK ni. Cuma nak berkongsi tentang kelebihan-kelebihan yang ada di sini. Next posting will be on Apa yang JELIK di BARAT pulak. Fairlah kan?

A-Kemudahan-kemudahan di pasaraya.
Kalau kita pergi ke mana-mana pasaraya-pasaraya besar di UK ni, seperti ASDA, TESCO, dan MORRISONS yg besarnya ala-ala besar CARREFOUR di Malaysia tu; kita dpt lihat macam-macam kemudahan disediakan untuk pengguna.
  • Kemudahan membuat bayaran sendiri: Kalau kita malas nak beratur, kita boleh pergi ke mesin seperti dalam gbr di bawah ni untuk buat bayaran sendiri. Boleh guna tunai atau boleh guna kad debit/credit. Mudahkan? :)
    Self-service
    Perbandingan harga dengan pesaing
  • Kerusi bermotor & bertroli untuk atuk, nenek: Bila tengok ni teringat saya pada Tok saya yg selalu sakit-sakit lutut dan kalau berjalan kena slow-slow. Jadi kemudahan begini memudahkan para atuk dan nenek untuk bershopping barang keperluan mereka.
    Untuk atuk & nenek
  • Kerusi roda bertroli untuk orang istimewa: Kat sini orang-orang istimewa pun mendapat layanan yang adil. Baguskan?
  • Beg-beg kitar semula: Beg-beg ini bukan percuma. Tapi harganya pun tak adalah mahal sangat. Lagipun kita boleh pakai, pakai, pakai dan pakai sampailah koyak. Menengokkan materialnya, rasanya beg ni boleh bertahan lama :)

B- Rancangan untuk kanak-kanak
Walaupun saya belum punya anak, perkara ni jadi perhatian saya sebab semasa di Malaysia, saya sangat anti dengan rancangan TOM TOM BAK. Kononnya untuk mencungkil bakat kanak-kanak. Bakat apa yang nak dicungkil tu? Bakat menggedikkah? Saya pernah sekali tertengok, kebetulan ada kawan datang ke rumah dan membawa bersama adiknya dan mereka mahu menonton TOM TOM BAK. Sedih hati saya melihatkan seorang kanak-kanak perempuan berpakaian seperti Shakira dan menyanyi lagu Shakira juga, tergelek-gelek di atas pentas. Para ibu bapa yang turut sama menonton dalam rancangan itu bersorak-sorak. Malah ada kaum ibu yang bersorak tu memakai tudung. What the hell is wrong with you people??? Don't you know who Shakira is? Don't you know what kind danger you are exposing your children to?

Di UK ni, untuk kanak-kanak ada channel khas, CBeebies namanya. Rancangan-rancangan yang disiarkan di CBeebies ni boleh dikatakan semuanya untuk membentuk minda kanak-kanak. Juga untuk kanak-kanak explore tentang arts, kreativiti dan sebagainya. Budak-budakkan suka melukis, bermain dengan warna. Saya rasa sekarang sudah tak ada rancangan sebegini di Malaysia, atau saya yang ketinggalan zaman?

Teringat saya zaman kanak-kanak dulu, ada rancangan Cumi&Ciki, dalam awal 1980-an. Bagus rancangan ni, seperti rancangan di CBeebies juga ada segment untuk kraftangan. Buat yang tak pernah dengar tentang Cumi&Ciki ni, boleh baca di sini--> Cumi & Ciki

C-Pengangkutan awam yang teratur.
Saya suka naik bas di sini. Yang tak sukanya cuma bila ada penumpang bawa anjing mereka naik bas sama. Argghh... Di setiap tempat menunggu bas, ada disediakan jadual bas. Jadi kita boleh tahu bas seterusnya akan sampai jam berapa dan bas itu akan sampai tepat pada masanya. Kecuali kalau ada kerja-kerja pembaikan jalan, barulah bas terlambat 3-4 minit. Kalau di Malaysia? Hemm... Boleh tidur kot sambil menunggu bas.

D-Pekerja kedai yang peramah.
OK, untuk ini saya lebih prefer pekerja kedai di US. Kalau di US, kita rasa kita sebagai pembeli memang dihargai. Kalau kita kelihatan seperti lost je dalam kedai tu, nanti mesti ada pekerja kedai yg datang tanya "Are you OK? Do you need any help?"
Bila tiba masa kita nak bayar kat cashier tu, mereka akan tanya lagi, "Do you find everything you need?"
Bila kita dah siap bayar, mereka akan cakap, "Have a nice day."
Di Malaysia, yang saya perasan, pekerja-pekerja di McDonalds yang punya attitude ceria terhadap pelanggan. Saya tahu nanti ada yang kata, McDonalds tu menyokong Yahudi. Saya tak mahu menyentuh tentang itu di sini. Untuk penerangan yang lebih berilmu dari saya, boleh refer kat sini--> Dadah Yang Satu Ini dan Facebook: Antara Pro dan Kontra
Di UK ni tak semua kedai macam tu. Ada jugak pekerja kedai yang ala-ala pekerja kedai di Malaysia, muka masam seperti cuka *sigh*.

E) Majlis Perbandaran/Daerah yang bertanggungjawab.
Di UK, tanggungjawab Majlis Perbandaran bukan hanya untuk kutip sampah je. Majlis Perbandaran kat sini siap ada offer kursus-kursus kemahiran untuk rakyat. Kursus-kursus tu pun memang ngetop gitu, seperti belajar guna kamera Digital SLR, belajar mendekorasi kek dan macam-macam. Ini semua untuk peningkatan diri penduduk-penduduk kat sini. Baguskan? Bila agaknya kita boleh bermimpi atau berangan tentang perkara yang serupa dari Majlis Perbandaran kita di Malaysia?

Friday, December 18, 2009

Salji & Sales di bulan Disember

Salji pertama di bulan Disember. Seingat saya, hari ni kali pertama saya dapat merasai salji di bulan Disember. Even when I was in the US, snow came in late Mac and April.

Our backside yard
Dan bulan Disember di sini penuh dengan SALES!!!

Kasut Clark idamanku... Idamanlah sebab kasut Clark di sini ala2 kasut BATA di Malaysia ;)

Dan jualan murah untuk kebanyakkan perfume spt Calvin Klein, Estee Lauder, Elizabeth Arden, PRADA, Gucci, Davidoff.. melambaklah...
Dan lagi...

Trip to Birmingham & CT scan

Dalam perjalanan ke Birmingham~GPS kami suruh ikut jalan ni. Jalan pintas rasanya.

Nasib baik jalan pintas ni pendek je, kalau tak takut jugak sebab sunyi je. Kalau nak berjalan, kena bawa peta juga, tak boleh bergantung pada GPS 100%.

Dah masuk highway semula.

Kami ke Birmingham pada Hari Raya Haji yang lepas. Tujuannya untuk mengambil CT (computed tomography) scan filem yang kawan saya tolong bawakan dari Malaysia. Sebelum berlepas ke UK awal tahun ini, kami dah pack semua barang dan hantar balik ke kampung. Dua hari sebelum berlepas, saya pergi berjumpa Dr. Murali (doktor yang bertanggungjawab untuk pembedahan dan rawatan kemoterapi saya) untuk follow-up yang terakhir sebelum ke UK, katanya saya perlu bawa CT scan filem tu ke UK untuk dibuat perbandingan dengan CT scan filem yg akan saya buat bulan Disember ini. Hari ni baru nak buat appointment untuk jumpa doktor untuk buat appointment CT scan. Saya sibuk sangat dua minggu lepas membuat correction untuk 1st year PhD report saya tu. Alhamdulillah semalam dah hantar, rasa seperti hilang beban digalas.

Melalui ladang biri-biri, tak nampak clear biri-biri yang montel-montel belaka itu.

Masih dlm perjalanan ke Birmingham,baru 3pm rasanya waktu ni, tp hari dah mula gelap.

Jujurnya saya tak suka buat CT scan ni. CT scan ni lebih kurang X-ray juga. Bezanya CT scan ni ambil cross-sectional image badan kita i.e gambar diambil secara melintang.

Sebelum badan kita dilalukan dalam tiub (macam terowong) yg ada pancaran x-ray tu, kita perlu minum air yang dipanggil contrast, saya dah tak ingat berapa ml. Kalau di Hospital Kuala Lumpur (HKL) air contrast tu warnanya oren. Ingat lagi seorang nurse tu melawak, katanya, "Minum ye air oren tu sampai habis." Hemm..rasanya tidaklah seperti rasa air oren Sunquick atau air oren Marigold. Rasanya tak sedap langsung :( Tujuan minum air yg disebut contrast tu ialah supaya bila image dari badan kita diambil, organ badan dan tumor dapat dibezakan.
Inilah sebotol minuman contrast yang perlu dihabiskan. That's me beside the bottle. Gambar ni diambil semasa CT scan kedua di HKL.

Lepas dah minum air contrast tu, kita kena pakai pakaian hospital yg ada tali-tali ikat kat belakang tu. Pakaian lain suma kena tanggal. Pastu nurse akan cucuk satu tiub kecil i.e intravenous (IV) line ke saluran darah kat tangan kita. Tiub tu gunanya untuk menyalurkan sejenis contrast lain dalam badan kita. Contrast yang ini akan disalurkan semasa badan kita melalui terowong tu. Ingat lagi kali pertama diCT scan, saya menjerit sebab contrast tu dialirkan terlalu laju dan bila masuk ke salur darah sakitnya hanya Allah yang tahu. Mungkin technician atau jururawat yang mengoperasikan IV line tu belum biasa kot. Geram pun ada, nak menangis pun ada. Kali kedua diCT scan, Alhamdulillah, smooth je contrast tu masuk ke salur darah saya.

Selepas tu, kita ditinggalkan sorang-sorang dalam bilik CT scan tu. Lab technician dan jururawat masuk ke bilik yang berhadapan dan meneruskan operasi meng'CT scan' badan kita menerusi tingkap kaca. Walaupun dah 2 kali melalui pengalaman CT scan ni, saya tetap ada rasa seriau. Seriau sebab takut contrast yang masuk dalam salur darah tu menyakitkan saya.

Di sini ada maklumat lanjut tentang bagaimana ovarian cancer di diagnosis.


Dalam perjalanan pulang ke Newcastle, singgah di R&R mana ntah, beli kopi COSTA :)

Saturday, December 12, 2009

Mandom

Padang kedua yang saya rentas untuk sampai ke rumah. Nun kat hujung tu salah satunya ialah rumah sewa kami.
Masuk je bulan November, waktu siang semakin pendek. Dalam kul 4 tu dah masuk waktu solat Maghrib dan dalam kul 6 dah masuk Isyak. Dengan waktu malam yang panjang dan sejuk ni, aktiviti yang paling menarik tentulah tidur. Hahaha...

kesian burung ni menahan kesejukan- Nov 09

Sekarang ni cuaca bertambah sejuk. Saya dan suami dah mula sakit-sakit tekak. Kena cepat-cepat kulum madu (macam makan gula-gula tu) untuk elakkan dapat batuk. Dahlah cuaca kat luar sejuk, dalam rumah pun sama, kecuali kalau kami sanggup pasang heater 24-7. Nak on heater sepanjang masa tu boleh, yang takutnya bila tiba masa nak bayar bil nanti. Hah! Boleh pitam rasanya.

Inilah design rumah zaman Victoria. Waktu ni jam 4.30pm, dah gelap sebenarnya. Cerah dengan cahaya lampu jalan.

Rumah yang kami sewa tu rasanya wujud sejak zaman Victoria kot, dengan lantai kayu yang jongkat jangkit, single-glazed window, aduh! nak masuk ke dapur waktu pagi tu rasanya kalau boleh mahu berlari sepantas Peter dalam cite Heroes tu. Ada masanya saya siap pakai topi winter dalam rumah sebab bila sejuk-sejuk ni kepala jadi pening.

Di luar bangunan Chemical Engineering (Mertz Court), kabus tebal @ 4.30pm.

Pagi tadi cuaca dah jatuh sehingga -4C. Kabus tebal sampai penglihatan hanya boleh nampak setakat 3-4 meter saja. Dengar-dengarnya kali ini winter lebih sejuk sebab summer baru-baru ni cuaca OK je. Tak macam sebelum ni, summer selalu hujan. Ada timbal balik di situ. Kalau cuaca musim summer tak panas & asyik hujan saja, cuaca waktu winter tak adalah jadi seeeejuuuuk sangat. Taaaapi kalau cuaca musim summer best i.e. kurang hujan dan cuaca ala2 dalam bilik ber'air-cond' kat Malaysia (18-20C), cuaca waktu winter memang sejuk & tak best jadinya. Heemm...
Harap-harapnya janganlah demam atau batuk teruk seperti awal Januari hari tu.

Wednesday, December 9, 2009

Asam Pedas Melaka

Asam pedas yang kami masak :)

Saya memang dari kecil lagi suka makan asam pedas. Asam pedas yang biasa keluarga saya masak simple je. Tumis bawang merah yang ditumbuk bersama dengan cili kering yang telah dimesin tu sampai garing (bukan hangus ye!), kemudian masukkan perahan air asam jawa, ikan kembung, garam, gula dan daun kesum.

Sewaktu suami dan saya ke Melaka pada hujung tahun 2007, konon-kononnya honeymoonlah, we didn't have a proper honeymoon anyway~ tak kisahlah yang penting bahagia :) ,kami sampai waktu senja. Lepas solat maghrib, keluar jalan-jalan cari makan, jalan kaki je dari hotel. Yang pertama kami jumpa Pizza Hut, kemudian KFC. Aiseh, takkan jalan jauh-jauh ke Melaka nak makan benda-benda ni semuakan. Balik semula ke hotel untuk naik kereta dan meneruskan pencarian kedai makan. Tak jauh dari hotel yang nama apa ntah tu, kami ternampak banyak kereta parkir kat tepi satu gerai ni. Gerai kayu je. Bukan restoran batu dan simen pun. We decide to give it a shot. Ternampak satu van yang parkir di situ, tertulis di badan van tu "ASAM PEDAS POWER."

Memang betullah POWER asam pedas kat situ. Sampai sekarang ni kalau teringat, kecur air liur saya. Kalau tuan puan pergi ke Melaka, cubalah makan kat situ. Letaknya gerai ni berhadapan dengan Perigi Hang Li Po.

Puas saya menyelak-nyelak lama-laman resepi di internet ni, akhirnya berjumpa juga dengan asam pedas Melaka idaman kami. Voila! Memang sedaplah. Worth your effort menumis tau! Dalam resepi asal tu pun katanya dia tengok kat internet tapi kat mana ntah. Dah banyak kali buat asam pedas ni, asik tak berkesempatan je nak kongsi kat sini.

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 sudu besar cili kering yg telah dimesin (sukatan cili kering mesin ini sebenarnya bergantung pada kepedasan cili kering anda)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sd besar jintan manis
1/2 sd teh lada hitam

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
1/2 sd teh biji sawi
1/2 sd teh halba
Segenggam daun kari (leraikan)

Bahan-bahan lain:
4 keping ikan tenggiri atau ikan tuna (dibersihkan)
10 sudu besar minyak masak untuk menumis *kalau tak yakin, letak sikit dulu, sewaktu menumis nanti kalau nampak minyak sikit tapi bahan untuk tumisan banyak, boleh tambah masa tu.
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2-3 biji tomato - potong 4
10 biji bendi *optional
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan *di UK ni tak jumpa lagi bunga kantan, jadi saya tak letak pun.
Garam dan gula secukup rasa

Note: saya sebenarnya tak ikut sangat sukatan ni. saya agak-agak saja bergantung pada sebanyak mana ikan yg saya nak masak. Utilize your intuition ;)
sewaktu masih dalam periuk ;)

Cara:
Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau.

Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan.

Masukkan air dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan beberapa mnit baru diangkat.

Tuesday, December 8, 2009

Al-Fatihah untuknya


Pagi Selasa lepas, jam 3 pagi, sewaktu suami dan saya sedang nyenyak tidur, handphone suami berdering. Dalam mamai-mamai terjaga dari tidur tu, sedikit sebanyak saya dapat menangkap perbualan suami.

Suami: Berita? Berita apa?...
Hati saya mula terfikir adakah ayah mertua saya... But I shut that possibility down.
Suami: Tapi ayah ada appointment dengan doktorkan esok?
Hati saya berbisik lega. Alhamdulillah ayah sihat.

Sampai sekarang saya masih tak dapat pinpoint bila suami saya memberitahu saya tentang berita sedih pemergian ayah mertua saya itu. Right after he hung the phone atau ketika kami bangun untuk solat Subuh pagi itu.

Sebenarnya untuk tempoh beberapa hari selepas itu, saya masih seperti tidak percaya ayah mertua saya telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Mungkin kerana keadaan suami saya yang tenang. Cuma ketika-ketika tertentu dia tampak sedikit sugul. Jujurnya saya tidak tahu bagaimana untuk menghadapi keadaan seperti ini. Ini pertama kali ahli keluarga terdekat saya pergi.

Saya teringat kali pertama berjumpa ayah mertua saya. Saya tak tahu apa yang nak dibualkan. I end up keep asking him whether he wanted me to get him another cup of coffee or tea. Dan Allahyarham ayah mertua saya menolak sebabnya beliau tidak boleh minum banyak (bladder problem).

Beberapa hari selepas pemergian ayah mertua, saya bertanya kepada suami.
"Abang, ada ke terlintas dalam hati atau fikiran Abang, Abang tak dapat jumpa Ayah sebab ikut Dilla ke sini?"
Saya bimbang kalau-kalau suami ada rasa hati sebegitu terhadap saya. Walaupun dalam hati saya yakin kebimbangan saya itu tidak berasas tapi saya fikir tak salah untuk saya bertanya.
"Kalau kita kat Malaysia pun, tak semestinya Abang dapat jumpa Ayah..."

Kalau dulu sesi tadarus kami lebih kepada untuk menamatkan semua surah di dalam Al-Quran, sekarang sesi tadarus kami digantikan dengan bacaan surah Yasin untuk disedekahkan kepada Allahyarham dan juga kepada ahli-ahli keluarga lain yang telah tiada. Tak apalah,mungkin ini satu motivasi untuk kami supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran.