A-Kemudahan-kemudahan di pasaraya.
Kalau kita pergi ke mana-mana pasaraya-pasaraya besar di UK ni, seperti ASDA, TESCO, dan MORRISONS yg besarnya ala-ala besar CARREFOUR di Malaysia tu; kita dpt lihat macam-macam kemudahan disediakan untuk pengguna.
- Kemudahan membuat bayaran sendiri: Kalau kita malas nak beratur, kita boleh pergi ke mesin seperti dalam gbr di bawah ni untuk buat bayaran sendiri. Boleh guna tunai atau boleh guna kad debit/credit. Mudahkan? :)
- Kerusi bermotor & bertroli untuk atuk, nenek: Bila tengok ni teringat saya pada Tok saya yg selalu sakit-sakit lutut dan kalau berjalan kena slow-slow. Jadi kemudahan begini memudahkan para atuk dan nenek untuk bershopping barang keperluan mereka.
- Kerusi roda bertroli untuk orang istimewa: Kat sini orang-orang istimewa pun mendapat layanan yang adil. Baguskan?
- Beg-beg kitar semula: Beg-beg ini bukan percuma. Tapi harganya pun tak adalah mahal sangat. Lagipun kita boleh pakai, pakai, pakai dan pakai sampailah koyak. Menengokkan materialnya, rasanya beg ni boleh bertahan lama :)
Walaupun saya belum punya anak, perkara ni jadi perhatian saya sebab semasa di Malaysia, saya sangat anti dengan rancangan TOM TOM BAK. Kononnya untuk mencungkil bakat kanak-kanak. Bakat apa yang nak dicungkil tu? Bakat menggedikkah? Saya pernah sekali tertengok, kebetulan ada kawan datang ke rumah dan membawa bersama adiknya dan mereka mahu menonton TOM TOM BAK. Sedih hati saya melihatkan seorang kanak-kanak perempuan berpakaian seperti Shakira dan menyanyi lagu Shakira juga, tergelek-gelek di atas pentas. Para ibu bapa yang turut sama menonton dalam rancangan itu bersorak-sorak. Malah ada kaum ibu yang bersorak tu memakai tudung. What the hell is wrong with you people??? Don't you know who Shakira is? Don't you know what kind danger you are exposing your children to?
Di UK ni, untuk kanak-kanak ada channel khas, CBeebies namanya. Rancangan-rancangan yang disiarkan di CBeebies ni boleh dikatakan semuanya untuk membentuk minda kanak-kanak. Juga untuk kanak-kanak explore tentang arts, kreativiti dan sebagainya. Budak-budakkan suka melukis, bermain dengan warna. Saya rasa sekarang sudah tak ada rancangan sebegini di Malaysia, atau saya yang ketinggalan zaman?
Teringat saya zaman kanak-kanak dulu, ada rancangan Cumi&Ciki, dalam awal 1980-an. Bagus rancangan ni, seperti rancangan di CBeebies juga ada segment untuk kraftangan. Buat yang tak pernah dengar tentang Cumi&Ciki ni, boleh baca di sini--> Cumi & Ciki
C-Pengangkutan awam yang teratur.
Saya suka naik bas di sini. Yang tak sukanya cuma bila ada penumpang bawa anjing mereka naik bas sama. Argghh... Di setiap tempat menunggu bas, ada disediakan jadual bas. Jadi kita boleh tahu bas seterusnya akan sampai jam berapa dan bas itu akan sampai tepat pada masanya. Kecuali kalau ada kerja-kerja pembaikan jalan, barulah bas terlambat 3-4 minit. Kalau di Malaysia? Hemm... Boleh tidur kot sambil menunggu bas.
D-Pekerja kedai yang peramah.
OK, untuk ini saya lebih prefer pekerja kedai di US. Kalau di US, kita rasa kita sebagai pembeli memang dihargai. Kalau kita kelihatan seperti lost je dalam kedai tu, nanti mesti ada pekerja kedai yg datang tanya "Are you OK? Do you need any help?"
Bila tiba masa kita nak bayar kat cashier tu, mereka akan tanya lagi, "Do you find everything you need?"
Bila kita dah siap bayar, mereka akan cakap, "Have a nice day."
Di Malaysia, yang saya perasan, pekerja-pekerja di McDonalds yang punya attitude ceria terhadap pelanggan. Saya tahu nanti ada yang kata, McDonalds tu menyokong Yahudi. Saya tak mahu menyentuh tentang itu di sini. Untuk penerangan yang lebih berilmu dari saya, boleh refer kat sini--> Dadah Yang Satu Ini dan Facebook: Antara Pro dan Kontra
Di UK ni tak semua kedai macam tu. Ada jugak pekerja kedai yang ala-ala pekerja kedai di Malaysia, muka masam seperti cuka *sigh*.
E) Majlis Perbandaran/Daerah yang bertanggungjawab.
Di UK, tanggungjawab Majlis Perbandaran bukan hanya untuk kutip sampah je. Majlis Perbandaran kat sini siap ada offer kursus-kursus kemahiran untuk rakyat. Kursus-kursus tu pun memang ngetop gitu, seperti belajar guna kamera Digital SLR, belajar mendekorasi kek dan macam-macam. Ini semua untuk peningkatan diri penduduk-penduduk kat sini. Baguskan? Bila agaknya kita boleh bermimpi atau berangan tentang perkara yang serupa dari Majlis Perbandaran kita di Malaysia?
6 comments:
Tom Tom BAk? Saya pon x suka rancangan tuh. Paling x suka yg part2 menyanyi ngan manari2 atas pentas tuh. Tp kalo madam tgk TvIQ, ada la jugak rancangn2 berilmu utk kanak2.
DBKL nak wat kelas? Hmm, kiamat la dunia. Habis duit kat bunga2 jer. Hehe! Tp bagus gak ada bunga2 sekitar kl nih. Terbaru sy perasan, byk pokok2 baru yg dorg tanam sekeliling jalan. I like. Kalo abes duit kat pokok2, sy x kisah. Jgn habes duit utk konsert2 kejadah sudah.
hi there,
came accrossed ur blog while bloghopping...kat Jusco..ada recyle bag macam tu...and kolej komuniti pun banyak dah sekarang kat Malaysia...ada kelas buat kek, menjahit...etc..murah je fee dia...ur entry remind me of my staying in US ...yeah...pekerja kedai memang peramah..:)
Azman
wah! gomen & majlis bandaran kena p buat benchmark kat sana! suka tgk self service payment counter & kenderaan bermotor tu.. and yep.. the recycle beg is available everywhere now here. alhamdulillah.. and ikea charge rm0.20 kalau nk amek plastic bag.
btw, ju mmg cut off tom tom bak. i mean astro ceria.. & astro ria. xdak rancangan yg berfaedah lgsg utk anak2. mmg menyekat pilihan depa tp sbb kita kat opis.. sapa nk tgk2 depa.. mujur ada tviq. they learn a lot frm it! byk craft project & science project. bes!
tviq memang bagus utk budak2 kan.
kat malaysia pon most shoping complex dah support go green. so dah adopt la sket2 tu.
krusi tolak tu bleh sewa kalo gi soping complex. cumanya cam org2 kita tak gunakan kemudahan tu... kind of takut menyusahkan org ke apa.
kat uk nnuuun cam mendidik kita lebih beradap. dulu2 bila turun bas dah terbiasa ucap TQ. now dah tak amalkan...or maybe sebab now dah tak naik bas. heheheheheheh
mdm...nak g UK gak la...bestnya...huhuhu...
I also really like the Bracelet on this watch which is a Breitling Navitimer and comes in brushed stainless steel to match the case. The 20mm wide clasp is also brushed stainless steel and there is a flip lock that is marked with the classic wings and Navitimer World logo. The fit and finish on the Chronomat B01 is excellent and in my opinion it is not too fussy like many Montbrillant Datora can be, it is truly a lovely watch that oozes style and character.
Christian Louboutin Sale is a bride’s best friend. Preparing for a wedding is a heavy task for a woman. Many brides wanted to look good with Christian Louboutin Pumps on their weddings. The bride to be is busy looking for a wedding planner, the right color motif, souvenirs, the wedding dress, the guests, flowers and many other details during her preparations. Aside from her wedding dress, the bride also finds the right Christian Louboutin Boots to feet her feet. Just like choosing the dress, choosing Christian Louboutin Sandals for the wedding is also a decision that a woman has to do.
Discount Coach handbags are very in high demand these days. One of the biggest reasons discount Coach Ergo are in demand, is that when you compare them to fashion bags in general, Coach Gallery are one of the cheapest. These bags are a great introduction to the fashion world. Many women save up for months in order to buy their very first Coach Hamptons .
Post a Comment