Google Translator

Wednesday, April 28, 2010

Tutorial: How To Organize Your References (Journals)

Saya sebenarnya dah lama nak tulis pasal cara nak susun atur jurnal-jurnal yang kita gunakan dalam research, tapi terbantut niat tu sebab saya terfikir macam tak perlu. (Lagipun masa tu terfikir, nanti takut ada suara-suara sumbang mengatakan saya nak tunjuk pandai buatnya saya tak mampu menghabiskan PhD dalam tempoh 3 tahun). Dua minggu lepas, ada seorang kawan yang sama-sama sedang buat PhD datang melawat saya kat opis dan bertanya hal tersebut. Maka, saya rasa perlu untuk berkongsi sedikit organization skills yang saya ada ni.

Masa saya buat master dulu, mula-mula tu tak reti pun nak organize jurnal-jurnal ni. Saya Search-Find-Save-Print/Don’t Print. Lepas tu ada seorang kawan yang saya panggil Kak Ju, dia bagi tips supaya saya asingkan jurnal-jurnal mengikut topic dan kemudian nomborkan. Saya buat tapi bila ada lebih dari satu topic, numbering method yang saya gunakan dah bercampur aduk. Yelah Topik A, ada jurnal bernombor 1, di bawah Topik B pun ada jurnal yang bernombor 1. Melalu Trial& Error method, saya fikir saya dah jumpa satu cara yang berkesan untuk saya simpan jurnal-jurnal yang saya gunakan sebagai references. Cara-caranya saya jelaskan pada setiap gambar. Cuma satu peringatan ye, TIADA JAMINAN anda berjaya menghabiskan research anda dalam tempoh yang dikehendaki oleh penaja anda OK ;P


Tentukan TOPIK-TOPIK UTAMA. Buat 1 folder(dalam computer atau laptop) dan sediakn 1 file untuk setiap topik. As your research develops, your main topics may expand. Semasa PhD saya bermula awal tahun lepas, saya ada 3 topik utama seperti dalam gambar gambar di atas.


Sekarang bila dah faham sikit tentang objektif kajian, topik pun bertambah. Tak dapat dielakkan isi kandungan jurnal ni akan bertindih antara topik-topik utama. Cara saya, saya tengok sekali imbas kecenderungan isi kandungan jurnal dan tempatkan dalam folder yang berkenaan. Masalah redundancy insya-Allah takkan terjadi sebab saya gunakan EndNote software untuk katalogkan semua references saya.


Gunakan document separator untuk asingkan jurnal-jurnal jika kita menggunakan satu fail untuk lebih dari 1 topik utama.


Pilih kod yang sesuai untuk jurnal kita. Kodkan setiap jurnal.


*klik untuk besarkan gambar

Tanya kawan saya,”Aku kadangnya ada [jurnal] yang diprint dan ada yang nggak, gimana tu?” Oh! Ini solutionnya mudah saja. Bila saya kodkan jurnal saya, saya akan letak p untuk mewakili telah diprint, dan x mewakili belum diprint. Rujuk gmbar di atas.

Contoh: JN14 x_Title untuk mewakili Jurnal Near Infra-Red Spectra bernombor 14 yang tidak diprint.

**Satu peringatan kat sini, katalah beberapa bulan selepas kita save jurnal tu, baru timbul keperluan untuk print. Selepas print 2 perkara perlu dibuat:
1-Pergi kepada folder tempat jurnal diletakkan, tukar kod x kepada p.
2-Pergi kepada EndNote, gantikan jurnal yang telah ditukar kod dalam File Attachment.

Tukar kod x...

... kepada p (both in folders and EndNote File Attachment)


Satu lagi kelebihan menggunakan kod untuk jurnal ialah bila kita nak tulis sikit nota ata isi penting dari jurnal dalam research log book kita, kita tak perlulah tulis keseluruhan tajuk jurnal yang kadang-kadang tu panjang sedepan. Kita tulis je kod jurnal tu, rujuk gambar di atas.

Rasanya, itu saja yang dapat saya kongsi setakat ni. Semoga member manfaat.

6 comments:

xOxO~fixa~ said...

mdm...lambat gtau...dah hbs setahun dah utk FYP...
huhuhu...
thanks for sharing...
=))
ol da best mdm...

Ir A.Aziz said...

Kalah Bree Van De Kamp. :p

Anonymous said...

madam..whut a surprise!! I did the same thing for my fyp dulu..and it works..dalam pc saya dulu, saya organize journal paper according to the topic..dan mmg topics akan bertambah pun..tp saya hardly print the journals to save money lah katakan..so xdelah coding system macam madam bwat..tapi organizing journals nih nak kena ada disiplin yg kuat..bila sah sambg blaja nih nak kena train jadik cam dulu balik..journal papers saya skunk nih everywhere on the desktop..

:: syfulicious ::

Dilla said...

fixa: saya pun masih dlm proses towards 110% perfection. ;)

Aziz: hahaha... skrg watak Lynette pulak k.

Syful: kena buat tau. kalau tak nanti lagi serabut!

fatimah_ukm said...

thanx for sharing....post ni beri saya idea cemne nk kemaskan file2 jurnal saya..

bishanani omar said...

simpan by name dlm folder.