Google Translator

Wednesday, May 19, 2010

JANGAN Buang Kotak Tu!

Korang mesti pernah tengok atau jumpa kotak-kotak cantik seperti yang dijual di IKEA tu kan? Atau seperti yang dijual di Pottery Barn.




    *jangan tertipu, kecik je kotak ini sebenarnya: Panjang: 32 cm ,Lebar: 24 cm, Tinggi: 15 cm
 

Saya memang suka dengan kotak-kotak yang cantik-cantik ni. Senang nak kemas barang, rumah pun tak bersepah. Tapi harganya... uhuk, buat saya tersedak je. Jadi dari saya membazir duit membeli kotak-kotak tu, baik saya menaiktarafkan kotak-kotak terbuang/ terpakai. Kotak-kotak ni saya ambil dari kedai-kedai berdekatan dengan rumah saya. PERCUMA! :) Kain cantik yang saya gunakan untuk membalut kotak-kotak tu saya beli di 'Charity Shop' yang bersepah di Newcastle ni. Kain tu asalnya sarung duvet/comforter, murah je saya beli, tak sampai 4 pound.


 Kotak yang saya balut sendiri :) ...



 buat mengisi stok barang dapur, rempah,... 
 
juga untuk menyimpan pinggan mangkuk.

Untuk menyimpan majalah (yang ini dibalut menggunakan kertas)...

kotak ni asal kejadiannya kotak berisi tin-tin santan.

Dan untuk menyimpan segala keperluan mencuci baju & pinggan mangkuk (yang ini dibuat dari plastik alas meja semata-mata, tak guna kotak pun)


Linking to:

Sunday, May 16, 2010

Oh! Strawberry...

Kaktus hadiah dari suami tercinta :)


Semasa kami ke Taman Harlow Carr dua minggu lepas, kami ada membeli beberapa buah pokok strawberry. Rupa-rupanya dari setiap kuntuman bunga strawberry tu, akan keluar sebiji buah strawberry. Sebenarnya, strawberry ni suami yang ajak beli. Saya tanpa segan silu mendapatkan 'hak bersama' bila tengok strawberry ni hidup subur. Well, saya tolong siram OK ;P

Suami hadiahkan saya sebuah pasu berisi beberapa jenis kaktus. memanglah kalau ikutkan nak beli pasu yang lagi besar tapi secenonet ini pun dah 10 pound harganya. Eh! Atau 15 pound, entah dah lupa.
Yang ini tak beli... err... 'ambil' dari celahan batu-batu

Salah satu pokok strawberry kami


Tak dapat nak fokus, kamera 2 megapix je, harap maklum ;)


Anyway, nanti bila strawberry kami dah berbuah, saya akan buka 'ladang' kecil kami untuk program 'Pick Your Own Strawberry' khas untuk rakan-rakan di Malaysia :D hehehe...

Honoring An Award

I' very honored to have received the sunshine award from Puan Isah @ blindperfect. I've never received any blog's award before ;) Here is the beautiful blooming award.
Now I need to pass the award to another 12 bloggers as stated in 'The Rule' ;)

Rules:
1. Put the logo on your blog.
2. Pass the award on to 12 bloggers. (I'm doing 8 :p )
3. Link to the nominees within your post.
4. Let them know they received this award by commenting on their blog.
5. Share the love and the link to the person from whom you received this award.
And in no particular order, the Winners are :

Tuesday, May 11, 2010

Tutorial Menghias Kek

Saya tau ramai kawan-kawan saya yang memang berminat buat kek & minat menghias kek. Kebetulan sekarang ni dalam salah satu blog yang saya subscribe melalui Google Reader ada menyiarkan topik mingguan berkaitan menghias kek, saya kongsikan link kat sini. Saya juga akan kongsi posting-posting berkenaan di ruangan Google Reader saya OK (bahagian bawah kanan blog ni).

You can either go direct to the blog by saving the link or you can just check out my Google Reader. :)

Ini bukan Tutorial yang dimaksudkan.


Sekadar gambar hiasan dari album masakan saya :)


Err.. lagi gambar hiasan ;)

Monday, May 3, 2010

Tulip Festival @ Harlow Carr, Harrogate

Sabtu, 1 Mei baru ni kami dan 2 keluarga pergi jalan-jalan ke Harlow Carr yang terletak di bandar Harrogate. Harlow Carr ialah satu dari empat taman di bawah pengawasan Royal Horticultural Society(RHS). Tujuan kami ke sana ialah nak tengok festival bunga tulip yang berlangsung dari 1-16 Mei.

Tulip Abu Hassan (kami suspek Abu Hassan bekas Menteri Besar Selangor, tgk bunga tu kaler merah kuning hokeh)




comelkan? :D





Wangi sangat kat kawasan ni, sebab ada bunga hyacinth.

Sikit je bunga tulip yang ada kat situ. Tapi bolehlah untuk memuaskan hati. Saya sebenarnya lebih tertarik dengan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam Alpine House - salah satu kawasan di dalam Harlow Carr.



Dalam Alpine House


juga dalam Alpine House...

Tumbuhan jenis alpine yang sangat unik. Macam robot :))


Banyak sangat gambar yang nak dikongsi sebenarnya. Memandangkan ruang agak terhad, saya kongsi sebahagian saja. Sama-sama kita nimati keindahan makhluk ciptaan Allah.