Google Translator

Monday, May 3, 2010

Tulip Festival @ Harlow Carr, Harrogate

Sabtu, 1 Mei baru ni kami dan 2 keluarga pergi jalan-jalan ke Harlow Carr yang terletak di bandar Harrogate. Harlow Carr ialah satu dari empat taman di bawah pengawasan Royal Horticultural Society(RHS). Tujuan kami ke sana ialah nak tengok festival bunga tulip yang berlangsung dari 1-16 Mei.

Tulip Abu Hassan (kami suspek Abu Hassan bekas Menteri Besar Selangor, tgk bunga tu kaler merah kuning hokeh)




comelkan? :D





Wangi sangat kat kawasan ni, sebab ada bunga hyacinth.

Sikit je bunga tulip yang ada kat situ. Tapi bolehlah untuk memuaskan hati. Saya sebenarnya lebih tertarik dengan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di dalam Alpine House - salah satu kawasan di dalam Harlow Carr.



Dalam Alpine House


juga dalam Alpine House...

Tumbuhan jenis alpine yang sangat unik. Macam robot :))


Banyak sangat gambar yang nak dikongsi sebenarnya. Memandangkan ruang agak terhad, saya kongsi sebahagian saja. Sama-sama kita nimati keindahan makhluk ciptaan Allah.

3 comments:

Che' A of Riccarton said...

canteknyaaaaaa tulips..best best..

NenekPenne said...

cantiknya....

apsal kat sana semua bunga cantik2 ya?

Dilla said...

che'a: tulips cantik. roses pun cantik. :)

NenekPenne: rasanya sebab dijaga dgn penuh kasih sayang kot. Kalau ikutkan bunga-bunga di Malaysia sepatutnya lebih cantik sebab dapat matahari sepanjang tahun.