Google Translator

Friday, June 25, 2010

Excel 2007: Bagaimana nak 'fill' graf?

Kalau korang adalah pengguna Excel2003 yang beralih arah kepada Excel2007, korang akan perasan dalam Excel 2007, tak ada pilihan untuk letak filling bila kita lukis graf. Filling yang saya maksudkan ialah seperti dalam gambar di bawah ini.


Jadi, kalau kita hanya boleh gunakan warna hitam dan putih untuk print, payahlah. Jadi saya pun mencarilah camana nak selesaikan masalah ni. Sebabnya supervisor saya tak galakkan saya menggunakan graf yang berwarna warni. Sebabnya kebanyakkan orang ada printer yang boleh print hitam dan putih je. Selepas meng'Google', saya jumpa fail filling pattern di  Daily Dose of Excel. Percuma je untuk dimuat turun.

Makanya, kalau kita nak guna filling seperti dalam gambar kat atas tu,kita kena muat turun fail add-in filling tu. Selepas dah buat graf,kita perlu buka pula fail filling pattern tu. Satu je kelemahan add-in filling pattern ni, selepas kita ubah, kita tak boleh tukar lagi. Jadi, bila sebelum menukar-nukar filling pattern tu, make up your mind. Good luck!

3 comments:

Wan's Family @ Southampton,UK said...

dilla, bukan yg dalam format cell ke? fill, and pattern style, bukan ke? kalau nak tukar, download tu mcm leceh la kan..cos it's really hard to make up our mind:-)ani check nnti,btw, thanks dilla..dilla mmg suka meng-explore and share sama2..muahs.

Dilla said...

Ani, saya dah cek. Kalau saya tak silap, yang Ani maksudkan itu kalau nak format cell. Ini bila kita nak format graf. Yang saya pasti, dalam Excel 2007 memang tak ada pilihan untuk dot-dot, garisan belang-belang, etc yang hanya menggunakan warna hitam dan putih. Atau mungkin saya yang terlepas pandang?

tasha said...

kak dilla..tasha penah spent masa berjam2 tau nk cari mana la function mende alah nie..nk fill bar graph tu kan..last2 x jmp, leh pulak x teringat nk cari dlm internet..huhu..nway, tq kak dilla for the link, leh la guna pas nie..