Google Translator

Thursday, September 2, 2010

Projek Biskut Raya I


Minggu lepas, ada cuti 3 hari bermula dari Sabtu sampai Isnin. Isnin tu cuti Bank Holiday, cuti yang menandakan end of summer. Saya amik kesempatan untuk buat kuih raya. Dapatlah buat 2 jenis biskut raya hari Sabtu. Hari Ahad, sehari suntuk menjahit. 2 jenis biskut ni namanya Mocha Java Hazelnut Cookies, resepi saya ambil dari Lunacafe; dan satu lagi biskut bebola nestum. Resepi ni ada merata-rata dalam internet. Kalau ikutkan resepi asal, kena canai doh & terap ikut acuan. Memandangkan saya 'terlebih rajin' untuk menggentel, saya buat bentuk bebola. Pucatlah warna bebola nestum tu. Masa mengadun tu, tak terfikir nak tambah warna hijau, merah atau kuning. Dah siap bakar barulah nampak tak berseri. Itu yang saya memandai pergi tabur gula icing. 
Sedang beratur nak masuk dalam oven

 Baru keluar dari oven

Perlu simpan dalam bekas kedap udara!


Tabur gula icing supaya lebih comel

OK, sedia untuk dimakan

3 comments:

IrAziz said...

wah2, mdm buat biskut. try bagi sikit kat sueprvisor mdm, tgk komen dorg. btw, sy ingatkan yg putih tuh biskut suji. :p

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

wee...gigih.. sy sempat buat sejenis jer.. cuaca panas.. cepat penat..

Keladi Team said...

mcm sedap jekk