Google Translator

Thursday, November 25, 2010

Winter is officially here!


It started to snow yesterday, during wee hours I think. We woke up around 5.50 a.m. yesterday morning and our waste bins in the backyard were already wearing snow hats :) It is considered early to be snowing at this time of the year. End of December, January and February are the peak winter months. Enjoy the pics. Some are taken during my walk home yesterday evening and some were taken this morning from inside of a car. 
The long walk home, yesterday evening @ 6pm.
Started to snow heavily during my walk home.

The street where we live.
 
Yup! Those waste bins are wearing snow hats ;)
(this morning around 830am)
  
Our street this morning, after last night snow.

See the sloshy dark snow on the road? One might think it looks ugly compare to its white companion. Snow on the road has to be treated with road salt (read here and here about road salt) so that it melts. The snow cannot be left to freeze because when it freezes, the road surely becomes slippery and hazardous.

On the way to school this morning...

Passing through the park near our flat.
 

 
  

Love this pic :) How the sunshine is reflected onto the snowy trees. 

  


An 'OPEN' signboard to indicate open parking space available. yeah! I know nothing to do with the snow.

  

Wednesday, November 24, 2010

Kasut Baru Ke Sekolah

Sempena menyambut kedatangan musim sejuk yang yang didahului dengan hujan memanjang, suami belikan saya kasut baru untuk dipakai ke universiti. Saya dah lama mengidam nak kasut sebegini, dari tahun lepas lagi. Asik bertangguh je nak beli. Akhirnya tercapai impian saya minggu lepas. Kalau di Malaysia, kasut fesyen ni dipanggil 'boots' tetapi di UK dipanggil 'wellies' iaitu singkatan dari perkataan Wellington Boots. Walaupun wellies ni bukanlah boots yg stylo mylo, tapi bagi saya ia sangat praktikal. Sebabnya, tapaknya yg tidak licin dan materialnya dari sintetik. Jadi kalau pakai semasa hujan turun ataupun meredah salji, takdelah jari-jari kakiku membeku dek kerana kasut yang basah.

balik Malaysia boleh pakai semasa berkebun :) 

Saya beli juga sepasang kasut dari jenis 'slipper boots' untuk dipakai di dalam rumah. Musim sejuk begini, kalau setakat pakai selipar dalam rumah biasa tu, masih terasa sejuk kaki. Kalau tengok perempuan-perempuan omputih ni, ramai je yang pakai slipper boots ke universiti. Jenama yang paling top ialah UGG.


Teringinlah jugak nak beli tapi bila menengokkan harganya tu, aduhaiiii... lupakan saja. Baik saya gunakan duit tu untuk beli kasut-kasut yang boleh dipakai bila balik ke Malaysia. Cari- cari akhirnya jumpa juga slipper boots yang harganya affordable.

you warm my feet :)

Tuesday, November 9, 2010

Terus bergerak dan bergerak...

Punyalah lama tak jumpa supervisor, ada dalam 2 bulan gitu. Hebat sangatkan?
Kali terakhir jumpa supervisor sebelum masuknya November ialah pada awal September dulu. Masa tu saya baru balik dari Malaysia. Kebetulan pulak demam. Jadi bila jumpa supervisor, dia tanya "How are you doing? I mean you, personally?"

Saya cakap yang saya tak tau pasal apa saya rasa penat sangat. Macam tak daya gitu. Supervisor tahu pasal Tok masuk hospital masa Tok datang melawat saya di sini. Saya sebenarnya nak berkongsi pasal kejadian Tok dimasukkan ke hospital kat Newcastle ni tapi saya tak sempat. Semasa Tok sampai kat airport Newcastle bulan Jun hari tu, tetiba je Tok kena serangan angin ahmar (stroke). Memang kami sekeluarga tergamam dan terkejut. Alhamdulillah rawatan cepat diberi, bermula dari dalam ambulan kat airport sampailah pada beberapa jam terawal Tok tiba di wad ICU khas untuk stroke. Bila badan Tok dah bertindak balas dengan ubat yg diberi untuk mencairkan darah, barulah doktor pindahkan Tok ke wad. Kat wad tu, semua pesakit stroke. Selepas 10 hari Tok di hospital, doktor benarkan Tok keluar. Itupun setelah Tok menjalani pemeriksaan fisioterapi, pertuturan, daya ingatan dan daya fikiran. Namun, doktor tak benarkan Tok naik kapal terbang sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 bulan. Jadi terpaksalah Tok tinggal sekejap dengan saya dan suami di Newcastle. Manakala ahli keluarga lain balik ke Malaysia.

Keadaan Tok semasa di jam-jam terawal dalam rawatan dengan sewaktu Tok keluar dari hospital memang sangat-sangat berbeza. Kalau setakat melihatkan pada fizikal Tok, seolah-olah tiada langsung kesan dari serangan angin ahmar tu. Walau bagaimanapun, sebenarnya ada kesan sampingan. Kaki kanan Tok masih agak lebam sewaktu beliau keluar dari hospital. Perlu juga diingat, untuk orang yang pernah diserang angin ahmar ni, ada kesan sampingan terhadap emosi dan daya fikiran.

Masa Tok dah keluar dari hospital tu, saya e-mail supervisor dan terangkan keadaan saya. Alhamdulillah syukur pada Allah, supervisor bagi saya kelapangan untuk 'take time off as you need'. Tapi saya pergi jugak ke universiti. Kemudian saya balik ke Malaysia sekejap dengan tujuan untuk menghantar Tok balik, memang tak lama pun; 10 hari je, memang penat sangat!!! Sebab tu muka penat sangat terserlah bila jumpa supervisor pada awal September tu. Lantas supervisor bagi lagi cuti, katanya "You need to rest and recharge your energy. If you continue working when you're tired, you'll become more frustrated. I'll e-mail you to request for a meeting." Memang sangat tepat. Selepas balik dari Malaysia tu, saya seperti tak boleh fokus pada kerja. Segalanya jadi kelabu asap gitu. Dan saya memang sangat-sangat tertekan masa tu sebab seolah-olah tak boleh nak buat kerja langsung!!! Risau, panik, sedih. macam-macamlah. Masa tu tinggal lagi 1.5 minggu sebelum Syawal. Saya pun cakap dengan supervisor, boleh tak saya cuti sampai raya :) hehe.. "Sure", katanya. Nak kata raya sakan tu taklah juga, cuma saya guna waktu cuti tu untuk buat biskut dan kek raya, juga menjahit i.e. 'All the things that I consider therapeutics to myself.'

Syukur Alhamdulillah, rehat yang cukup benar-benar membantu saya. Lepas raya, baru saya betul-betul tumpukan perhatian pada kerja.  Dan yang paling saya gembira bila saya dapat 'figure out' satu procedure yang saya dah puas fikirkan dari hujung tahun lepas. Rupa-rupanya benda tu selama ni dah ada depan mata, cuma saya tak perasan. Itulahkan , rezeki idea tu kalau Allah nak bagi, bila-bila masa je. Kalau Allah tak nak bagi, hatta depan mata pun masih tak nampak. Alhamdulillah, bulan Oktober bulan yang produktif buat saya. Banyak juga kerja yang dapat saya siapkan. Dapatkan siapkan beberapa set simulation dan sedikit writing.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Bulan November setakat ni Alhamdulillah, dah 2 kali jumpa supervisor dan Rabu ni nak jumpa lagi. Pastinya esok (Selasa) akan sibuk dengan simulation and describing the framework of the simulation. Saya berdoa sangat supaya apa yang saya buat ni membuahkan hasil yang diharap-harapkan. Penat tau buat simulation berset-set tu.