Google Translator

Wednesday, November 24, 2010

Kasut Baru Ke Sekolah

Sempena menyambut kedatangan musim sejuk yang yang didahului dengan hujan memanjang, suami belikan saya kasut baru untuk dipakai ke universiti. Saya dah lama mengidam nak kasut sebegini, dari tahun lepas lagi. Asik bertangguh je nak beli. Akhirnya tercapai impian saya minggu lepas. Kalau di Malaysia, kasut fesyen ni dipanggil 'boots' tetapi di UK dipanggil 'wellies' iaitu singkatan dari perkataan Wellington Boots. Walaupun wellies ni bukanlah boots yg stylo mylo, tapi bagi saya ia sangat praktikal. Sebabnya, tapaknya yg tidak licin dan materialnya dari sintetik. Jadi kalau pakai semasa hujan turun ataupun meredah salji, takdelah jari-jari kakiku membeku dek kerana kasut yang basah.

balik Malaysia boleh pakai semasa berkebun :) 

Saya beli juga sepasang kasut dari jenis 'slipper boots' untuk dipakai di dalam rumah. Musim sejuk begini, kalau setakat pakai selipar dalam rumah biasa tu, masih terasa sejuk kaki. Kalau tengok perempuan-perempuan omputih ni, ramai je yang pakai slipper boots ke universiti. Jenama yang paling top ialah UGG.


Teringinlah jugak nak beli tapi bila menengokkan harganya tu, aduhaiiii... lupakan saja. Baik saya gunakan duit tu untuk beli kasut-kasut yang boleh dipakai bila balik ke Malaysia. Cari- cari akhirnya jumpa juga slipper boots yang harganya affordable.

you warm my feet :)

8 comments:

Nur Adibah Md Azman said...

Madam, comelnye boots tu. hehe.

Cik Specky said...

wah! mdm.. comeynye kasut. i like :D

Wan's Family @ Southampton,UK said...

wah wah, how much your slipper boot tu, menarik, i loike!!!:)
now aunt dilla can geng iman with the wellies!

NajLa ShuHuD said...

Sangaaaattt cute..
Kalau Mdm berkebun kat M'sia pakai boot tu mmg sgt comel.. hihi~

Iman's Umi said...

Wah cantiknya wellie's ngan slipper boot tu...suka tgk bunga2...yg ptg x basah...

Kasih Firdaus said...

tomey2...pakai boot tu berkebun di m'sia sgt lah bergaya

Dilla said...

Diba:
Banyak lagi pilihan yg comel-comel. :)

Una: me likey too.. hehehe...

Wan's Family: selipar boot tu beli kat Primark. Tapi rasanya rumah kitorg ni extra sejuk la lantai sebab kadang2 kaki masih rasa kebas walaupun dah pakai thermal socks & selipar boot tu. Terpaksa pinjam selipar rumah Amran (jenis Dunlop beli kat TJ Hughes tu best sgt Ani) :))

Najla:
Pakai boot ni kena pakai stokin tinggi rupanya. Kalau tak melecet betis :(

Iman's Umi:
Betul! Memang tak basah pakai wellies, especially time meredah salji. Tapi tak tahan sejuk material dia.

Kasih Firdaus:
Hehehe... memang dah berangan nak pakai boots tu walaupun sekadar nak menyiram bunga dalam pasu. ;)

Salihah said...

wahhhh cantekkknye!!
masa praktikal kat jps dulu, masuk sungai pakai boots kaler kuning mcm phua chu kang..tu pun dah abes cantek la tu..