Punyalah lama tak jumpa supervisor, ada dalam 2 bulan gitu. Hebat sangatkan?
Kali terakhir jumpa supervisor sebelum masuknya November ialah pada awal September dulu. Masa tu saya baru balik dari Malaysia. Kebetulan pulak demam. Jadi bila jumpa supervisor, dia tanya "How are you doing? I mean you, personally?"
Saya cakap yang saya tak tau pasal apa saya rasa penat sangat. Macam tak daya gitu. Supervisor tahu pasal Tok masuk hospital masa Tok datang melawat saya di sini. Saya sebenarnya nak berkongsi pasal kejadian Tok dimasukkan ke hospital kat Newcastle ni tapi saya tak sempat. Semasa Tok sampai kat airport Newcastle bulan Jun hari tu, tetiba je Tok kena serangan angin ahmar (stroke). Memang kami sekeluarga tergamam dan terkejut. Alhamdulillah rawatan cepat diberi, bermula dari dalam ambulan kat airport sampailah pada beberapa jam terawal Tok tiba di wad ICU khas untuk stroke. Bila badan Tok dah bertindak balas dengan ubat yg diberi untuk mencairkan darah, barulah doktor pindahkan Tok ke wad. Kat wad tu, semua pesakit stroke. Selepas 10 hari Tok di hospital, doktor benarkan Tok keluar. Itupun setelah Tok menjalani pemeriksaan fisioterapi, pertuturan, daya ingatan dan daya fikiran. Namun, doktor tak benarkan Tok naik kapal terbang sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 bulan. Jadi terpaksalah Tok tinggal sekejap dengan saya dan suami di Newcastle. Manakala ahli keluarga lain balik ke Malaysia.
Keadaan Tok semasa di jam-jam terawal dalam rawatan dengan sewaktu Tok keluar dari hospital memang sangat-sangat berbeza. Kalau setakat melihatkan pada fizikal Tok, seolah-olah tiada langsung kesan dari serangan angin ahmar tu. Walau bagaimanapun, sebenarnya ada kesan sampingan. Kaki kanan Tok masih agak lebam sewaktu beliau keluar dari hospital. Perlu juga diingat, untuk orang yang pernah diserang angin ahmar ni, ada kesan sampingan terhadap emosi dan daya fikiran.
Masa Tok dah keluar dari hospital tu, saya e-mail supervisor dan terangkan keadaan saya. Alhamdulillah syukur pada Allah, supervisor bagi saya kelapangan untuk 'take time off as you need'. Tapi saya pergi jugak ke universiti. Kemudian saya balik ke Malaysia sekejap dengan tujuan untuk menghantar Tok balik, memang tak lama pun; 10 hari je, memang penat sangat!!! Sebab tu muka penat sangat terserlah bila jumpa supervisor pada awal September tu. Lantas supervisor bagi lagi cuti, katanya "You need to rest and recharge your energy. If you continue working when you're tired, you'll become more frustrated. I'll e-mail you to request for a meeting." Memang sangat tepat. Selepas balik dari Malaysia tu, saya seperti tak boleh fokus pada kerja. Segalanya jadi kelabu asap gitu. Dan saya memang sangat-sangat tertekan masa tu sebab seolah-olah tak boleh nak buat kerja langsung!!! Risau, panik, sedih. macam-macamlah. Masa tu tinggal lagi 1.5 minggu sebelum Syawal. Saya pun cakap dengan supervisor, boleh tak saya cuti sampai raya :) hehe.. "Sure", katanya. Nak kata raya sakan tu taklah juga, cuma saya guna waktu cuti tu untuk buat biskut dan kek raya, juga menjahit i.e. 'All the things that I consider therapeutics to myself.'
Syukur Alhamdulillah, rehat yang cukup benar-benar membantu saya. Lepas raya, baru saya betul-betul tumpukan perhatian pada kerja. Dan yang paling saya gembira bila saya dapat 'figure out' satu procedure yang saya dah puas fikirkan dari hujung tahun lepas. Rupa-rupanya benda tu selama ni dah ada depan mata, cuma saya tak perasan. Itulahkan , rezeki idea tu kalau Allah nak bagi, bila-bila masa je. Kalau Allah tak nak bagi, hatta depan mata pun masih tak nampak. Alhamdulillah, bulan Oktober bulan yang produktif buat saya. Banyak juga kerja yang dapat saya siapkan. Dapatkan siapkan beberapa set simulation dan sedikit writing.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Bulan November setakat ni Alhamdulillah, dah 2 kali jumpa supervisor dan Rabu ni nak jumpa lagi. Pastinya esok (Selasa) akan sibuk dengan simulation and describing the framework of the simulation. Saya berdoa sangat supaya apa yang saya buat ni membuahkan hasil yang diharap-harapkan. Penat tau buat simulation berset-set tu.
3 comments:
oh k dilla! sgt paham kepenatan balik 10hari. hehe kitorgnya record aritu less than a week. mmg letih aaah balik sakit2.
alhamdulillahi 'ala kulli haal... keep on fighting dilla!
bergerak2 aunt dilla, moga ALLAH mudahkan segala urusan, take care, and love you always!!;-)
Post a Comment