Google Translator

Friday, June 24, 2011

Hello Girl!

Semasa scan untuk minggu yang ke-20 pada 5/4/2011 hari tu, kami diberitahu kami akan dapat bayi perempuan, Insya-Allah. Kami tak kisah pun lelaki atau perempuan, yang penting sihat. Sebelum mengandung lagi saya dah prepare satu nama untuk anak lelaki dan satu nama untuk anak perempuan. Advancekan? Tentunya cadangan datang dari saya, suami tinggal cakap setuju atau tidak :)

Sejak dah tahu jantina bayi dalam kandungan ni, kami dah mula memanggil dia dengan namanya, Auni. Pertama kali saya jumpa nama Auni ialah ketika membaca novel Biru Ungu Cinta karya Noor Suraya kira-kira 8 tahun yang lalu. Bukan nama heroin pun, sekadar nama adik heroin yang masih bayi. Tapi masa tu saya tak terfikir pun nak ambil nama tu untuk dijadikan nama anak. Kemudian bila saya dah berkahwin dengan suami dan berfikir-fikir tentang nama anak, saya teringat tentang nama Auni. Sesuai awalan nama berhuruf A itu dengan huruf awal nama suami saya. Kemudian saya cari maksudnya. Auni yang membawa makna ketenangan dan ketetapanku sangat memikat hati saya :X Bunyinya pun indah. Suami pun setuju.

Insya-Allah nama anak kami kekal sebagai Auni. Tak ada nama panjang atau nama pendek. Tak taulah saya kalau masih ada yang ingin memendekkan nama Auni menjadi Oni atau Nini. Saya khabarkan pada suami, nanti saya akan ajar Auni supaya jangan menyahut kalau orang tak memanggil namanya dengan betul. Huhuhu... Ganas sungguh ibu Auni ni :P

Jujurnya saya suka nama yang ringkas dan mempunyai maksud yang baik. No offense pada orang yang sukakan nama yang panjang cuma pengalaman saya selalu tak cukup kotak sewaktu mengisi borang membuatkan saya lebih suka nama yang ringkas. Padahal nama saya pun bukanlah panjang berjela. Semoga saya tak berubah fikiran tentang perihal menamakan anak ni.

Sunday, June 19, 2011

Fisioterapi untuk Wanita Mengandung

Setelah hampir nak hilang sakit pinggang dan sakit belakang saya ni, barulah midwife hantar saya pergi ke kelas fisioterapi. Walaupun agak geram tapi saya tetap bersyukur bila dapat surat dari hospital untuk kelas fisioterapi tu. Lantas pada hari Isnin lepas, untuk tempoh satu setengah jam saya duduklah menghadiri kelas fisioterapi tu.

Alhamdulillah, banyak juga pelajaran berguna yang saya belajar sepanjang kelas tu. Antaranya posture duduk, berdiri, berjalan dan baring yang betul untuk wanita mengandung. Ini antara yang saya masih ingat dan sedang amalkan.

Postur duduk: 


1- Kalau duduk di atas sofa atau kerusi, elakkan dari slouching. Slouching ialah posisi duduk seperti orang malas tu, tengok gambar di bawah. Sebabnya bila kita duduk macam tu, pertamanya ia tidak membantu mengurangkan sakit belakang kita kerana bayi kita akan mengambil posisi berehat juga. Bahagian belakang kepala bayi dan belakang badan bayi akan menekan hujung tulang belakang kita. Itu menambahkan lagi sakit pinggang dan sakit belakang kita sebenarnya.






2- Elakkan dari duduk terlalu lama. Kalau boleh, bangun dan berjalan-jalan untuk selang setiap 20 minit kita duduk. Yes, I know it sounds ridiculous if not impossible, but if you do sit for more than an hour without standing up and go have a walk, you are just gonna hurt yourself. I know because I've done it.

Postur Berjalan

Berjalan macam biasa. Maksudnya berjalanlah seperti waktu anda tidak mengandung, iaitu melangkah ke hadapan bukan ke sisi. Kalau korang perasan, wanita mengandung kebanyakkannya akan berjalan ala-ala terkengkang sikitkan? Kata nurse yang mengendalikan kelas fisioterapi tu, bila kita berjalan macam tu, ia sebenarnya memberi kesan yang tak elok pada tulang pelvis kita. Berbanding dengan berjalan macam biasa, berjalan secara kengkang tu sebenarnya melibatkan lebih banyak pergerakan pada tulang pelvis. Itu akan menyebabkan kelonggaran di bahagian pelvis sedangkan di waktu dekat-dekat nak bersalin tu, kita memerlukan bahagian pelvis kita mantap untuk membantu proses bersalin.


Postur Baring

1- Baring secara mengiring ke kiri atau ke kanan. Seelok-eloknya ke kiri tapi takkanlah sepanjang masa kita nak tidur dengan mengiring ke kirikan? Seboleh-bolehnya elakkan dari baring secara terlentang kerana bila kita baring terlentang, bayi akan menekan arteri jantung kita. Risiko di situ ye. Boleh baca keterangan lanjut kat sini. Tentunya juga tak boleh baring secara meniarap.

2- Alas bantal di bawah perut. Ini untuk memberi sokongan pada perut kita yang semakin berat yang secara langsung memberi tekanan pada pelvis dan pinggul.


Lain-lain senaman

Amalkan senaman Kegel. Senaman ni bukan untuk wanita mengandung saja tapi untuk semua wanita. Saya masih ingat pesanan nurse di HKL dulu, katanya "Buat Kegel exercise tu, kalau tak nak terkencing bila ketawa atau batuk." Itu kita boleh story lain kali tapi yang pentingnya, rajin-rajinlah amalkan senaman Kegel tu k.

Terima kasih sudi membaca :)

Monday, June 13, 2011

Nursing Cover (plus tutorial link)

Nursing coverku - side 1

Nursing coverku - side 2
Alhamdulillah siap pun nursing cover beberapa minggu lepas. Cuma tak sempat nak ambil gambar je. Saya buat nursing cover jenis boleh pakai depan belakang. Senang je nak jahit :) Insya-Allah, harap-harapnya dapat menyusukan baby nanti & nak pakai nursing cover ni. Segankan nak selak-selak sewaktu menyusukan bayi. Ada sesetengah orang tak kisah kot, tapi saya yang tengok ni rasa malu. Kalau ada yang berminat nak buat nursing cover seperti yang saya jahit ni, boleh tengok tutorial kat sini:



Tutorial-tutorial lain (lebih kurang je):


Nursing cover yang saya hadiahkan untuk ex-housemate yang baru bersalin :)
Nursing cover saya kalau korang tengok saya cuma simpul/ ikat je tali yang nak gantung kat leher tu. Nursing cover untuk ex-housemate ni, saya guna D-ring untuk tali tu. Personal preference, saya lebih suka simpul sebab: 1) Senang nak jahit, 2) Senang nak dipakai.

Thursday, June 9, 2011

We are going to German! :))

Well, we are not actually going to German any time soon. Nothing is confirmed until I give birth to our baby. So everything depends...

Nevertheless, I am very happy indeed. The abstract which I send to a conference in Germany is accepted. I sent the abstract in February early this year and the conference committee informed me that they will let me know whether the abstract is accepted or not by early May. First week of May passed without any e-mail. So I give up any hope. May be another time. I am also busy writing a paper for a journal publication at that time. I promise my supervisors that I will submit the draft by end of April. However, I haven't finished writing until end of May. There are a lot of reading and thinking going through that writing process. Not to mention, drawing plenty of figures to suit my explanation. I guess I am fortunate enough to have understanding supervisors. I apologize to my main supervisor for being 1 month late in submitting the draft and she said, "I totally understand. A lot is going on while you write [thinking, clarifying your results and discussion]."

Then by almost middle of May, I received the conference approval e-mail requesting my confirmation for oral presentation. Alhamdulillah. Yeay!!! I immediately forward the acceptance e-mail to my supervisor. She is happy too :)

Then a reality hit! My baby is due on 23th of August. The conference is from 25th to 29th of September. Hari Raya Aidilfitri (Eid celebration) is probably going to be on 30th August. So basically, we have less than a month to go Malaysian Student Department in London and apply for a passport for our baby. Mind you, it takes about 5 hourse drive from Newcastle to London. Plus I am still within my confinement period during that time.

Hemm.. make that 2 WEEKS! I bet the staff at the Malaysian Student Department will be on Hari Raya leave for at least a few days. Then we probably have to apply for a visa too. I need to ask UK Border Agency about this because if its possible, I don't want to apply for our baby's visa until November. Reason is, we are going to renew our visa then. So if I apply for our baby's visa now, the life period of that visa is not worth the money I am paying for it. When I renew my visa this coming November, I need to renew our baby's visa as well. URRRGHHHH!!!

Again, I am so grateful to Allah for having a kind supervisor. I discuss with her yesterday about my plan on presenting my work in German, bringing my husband and baby along, and my worries if I can't make it. So the plan for now is to book a ticket which you can change the name on the ticket if anything happens. I don't even know what do they call that kind of ticket (nampak sangat tak selalu naik kapal terbang, huhuhu...)

I think for now I just do what I can. If it is meant to be, it's meant to be...

Wednesday, June 1, 2011

Tips menjahit barut bayi


Akhirnya berjaya jugak menyiapkan barut bayi hujung minggu lepas. Sebenarnya nak menjahit barut tu taklah susah pun, bab nak pasang tali tu je yang agak remeh. Saya nak kongsi sikit tips untuk sesiapa yang nak menjahit barut bayi. Tips untuk orang yang bukan pakar menjahit. Kalau tukang jahit yang dah advance tu tips ini dah dihujung jari mereka je. Sebelum tu, pattern barut ni saya ambil dari blog Puan Azima.

Tips:
1- Lakar pattern pada kertas. Saya gunakan kertas surat khabar je. Untuk bahagian lengkuk pada barut tu, saya gunakan cawan sebagai acuan memandangkan saya tak ada pembaris bengkok.

Lakarkan mulut cawan untuk mendapatkan garis lengkuk.

2 - Gunakan rotary cutter untuk memotong kain dalam jumlah yang banyak sekaligus. Boleh je guna gunting kain yang tajam tapi rasanya sekali gunting hanya boleh gunting 2-3 helai.
Bahagian lengkuk tu pun saya potong guna rotary cutter.
3 - Saya tak tahu dalam Bahasa Melayu nak panggil apa benda ni. Dalam Bahasa Inggeris, dipanggil notches. Untuk bahagian lengkuk tu, selepas dah dijahit 3 dari 4 sisi barut tu, potong notches kat bahagian lengkuk tu. Kalau tak mahu potong notches tu, potong mcm yang saya tunjuk dalm gambar pun dah OK. Tujuan kita potong ni ialah supaya bila kita terbalikkan barut tu dari sebelah dalam (bahagian dalam kain) ke sebelah luar (bahagian betul kain), bahagian lengkuk tu licin je, takde tersembul atau berkedut.



4 - Untuk tali barut, saya gunakan tali putih yang kita boleh beli secara meter atau satu roll tu. Saya kurang rajin nak potong kain dan jahit jadikan tali.