Google Translator

Wednesday, June 1, 2011

Tips menjahit barut bayi


Akhirnya berjaya jugak menyiapkan barut bayi hujung minggu lepas. Sebenarnya nak menjahit barut tu taklah susah pun, bab nak pasang tali tu je yang agak remeh. Saya nak kongsi sikit tips untuk sesiapa yang nak menjahit barut bayi. Tips untuk orang yang bukan pakar menjahit. Kalau tukang jahit yang dah advance tu tips ini dah dihujung jari mereka je. Sebelum tu, pattern barut ni saya ambil dari blog Puan Azima.

Tips:
1- Lakar pattern pada kertas. Saya gunakan kertas surat khabar je. Untuk bahagian lengkuk pada barut tu, saya gunakan cawan sebagai acuan memandangkan saya tak ada pembaris bengkok.

Lakarkan mulut cawan untuk mendapatkan garis lengkuk.

2 - Gunakan rotary cutter untuk memotong kain dalam jumlah yang banyak sekaligus. Boleh je guna gunting kain yang tajam tapi rasanya sekali gunting hanya boleh gunting 2-3 helai.
Bahagian lengkuk tu pun saya potong guna rotary cutter.
3 - Saya tak tahu dalam Bahasa Melayu nak panggil apa benda ni. Dalam Bahasa Inggeris, dipanggil notches. Untuk bahagian lengkuk tu, selepas dah dijahit 3 dari 4 sisi barut tu, potong notches kat bahagian lengkuk tu. Kalau tak mahu potong notches tu, potong mcm yang saya tunjuk dalm gambar pun dah OK. Tujuan kita potong ni ialah supaya bila kita terbalikkan barut tu dari sebelah dalam (bahagian dalam kain) ke sebelah luar (bahagian betul kain), bahagian lengkuk tu licin je, takde tersembul atau berkedut.



4 - Untuk tali barut, saya gunakan tali putih yang kita boleh beli secara meter atau satu roll tu. Saya kurang rajin nak potong kain dan jahit jadikan tali.

4 comments:

mrs plain-june said...

waduh.. comel bangat barut baby dilla!! kalau ada baby lagi esok2 nih ju nk oder dgn dilla ya.. btw, kat barut yg besa guna sblm ni jarak tali antara satu dgn yg lain (3tali jugak) agak besar.. tp apa consequence jarak tali besar atau rapat tak pasti.. mcm takdak efek ja :p

Dilla said...

Jue, bila Jue cakap jarak tali tu agak jauh antara satu sama lainbaru saya terfikir. Alamak!!! Oppssiee.. Memang patut buat jarak sikit supaya bila dipakaikan pada baby taklah terselak-selak nampak perut yg sepatutnya nak ditutup tu. Thanks Jue bgtau. Saya ni excited nak bagi siap sampai tak ingat.

Ila said...

Dilla,

saya mohon share your tips in my blog....tqvm:)

AnNisa Insyirah said...

Salam..

cantiknya jahitan barut.. maaf bertanya, set rotary cutter, pembaris dan kad hijau boleh dapat dimana ye?