Setelah hampir nak hilang sakit pinggang dan sakit belakang saya ni, barulah midwife hantar saya pergi ke kelas fisioterapi. Walaupun agak geram tapi saya tetap bersyukur bila dapat surat dari hospital untuk kelas fisioterapi tu. Lantas pada hari Isnin lepas, untuk tempoh satu setengah jam saya duduklah menghadiri kelas fisioterapi tu.
Alhamdulillah, banyak juga pelajaran berguna yang saya belajar sepanjang kelas tu. Antaranya posture duduk, berdiri, berjalan dan baring yang betul untuk wanita mengandung. Ini antara yang saya masih ingat dan sedang amalkan.
Postur duduk:
1- Kalau duduk di atas sofa atau kerusi, elakkan dari slouching. Slouching ialah posisi duduk seperti orang malas tu, tengok gambar di bawah. Sebabnya bila kita duduk macam tu, pertamanya ia tidak membantu mengurangkan sakit belakang kita kerana bayi kita akan mengambil posisi berehat juga. Bahagian belakang kepala bayi dan belakang badan bayi akan menekan hujung tulang belakang kita. Itu menambahkan lagi sakit pinggang dan sakit belakang kita sebenarnya.
2- Elakkan dari duduk terlalu lama. Kalau boleh, bangun dan berjalan-jalan untuk selang setiap 20 minit kita duduk. Yes, I know it sounds ridiculous if not impossible, but if you do sit for more than an hour without standing up and go have a walk, you are just gonna hurt yourself. I know because I've done it.
Postur Berjalan
Berjalan macam biasa. Maksudnya berjalanlah seperti waktu anda tidak mengandung, iaitu melangkah ke hadapan bukan ke sisi. Kalau korang perasan, wanita mengandung kebanyakkannya akan berjalan ala-ala terkengkang sikitkan? Kata nurse yang mengendalikan kelas fisioterapi tu, bila kita berjalan macam tu, ia sebenarnya memberi kesan yang tak elok pada tulang pelvis kita. Berbanding dengan berjalan macam biasa, berjalan secara kengkang tu sebenarnya melibatkan lebih banyak pergerakan pada tulang pelvis. Itu akan menyebabkan kelonggaran di bahagian pelvis sedangkan di waktu dekat-dekat nak bersalin tu, kita memerlukan bahagian pelvis kita mantap untuk membantu proses bersalin.
Postur Baring
1- Baring secara mengiring ke kiri atau ke kanan. Seelok-eloknya ke kiri tapi takkanlah sepanjang masa kita nak tidur dengan mengiring ke kirikan? Seboleh-bolehnya elakkan dari baring secara terlentang kerana bila kita baring terlentang, bayi akan menekan arteri jantung kita. Risiko di situ ye. Boleh baca keterangan lanjut kat sini. Tentunya juga tak boleh baring secara meniarap.
2- Alas bantal di bawah perut. Ini untuk memberi sokongan pada perut kita yang semakin berat yang secara langsung memberi tekanan pada pelvis dan pinggul.
Lain-lain senaman
Amalkan senaman Kegel. Senaman ni bukan untuk wanita mengandung saja tapi untuk semua wanita. Saya masih ingat pesanan nurse di HKL dulu, katanya "Buat Kegel exercise tu, kalau tak nak terkencing bila ketawa atau batuk." Itu kita boleh story lain kali tapi yang pentingnya, rajin-rajinlah amalkan senaman Kegel tu k.
Terima kasih sudi membaca :)
2 comments:
thanx kak dilla for sharing the tips..yg postur duduk tu, haha..mmg tasha slalu wat camtu walaupun tau x elok kan..even masa x pregnant pun kdg2 kita tends tu duduk camtu..haruslah di ubah pasnie..
yg postur baring pun sama..tasha mmg sgt suka tido telentang sbb rasa best sgt, rasa lega bhgn blkg bdn..rupanya better tido meniarap ek..
by the way, results of slalu duduk n baring postur x betul, mmg sakit blkg yg amat sgt...sakit sgt2 sampaikan bila nk gerak2 pusing bdn pun terpaksa menahan sakit yg maha hebat..huhu..hopefully this tips boleh membantu in improving my conditions..
sorry tasha ckp pe td?better meniarap?nononoo its wrong akak tu ckp better tidur mengiring kiri byk dr kanan...meniarap dan terlentang x digalak kan jgn buat....hhehehhe
Post a Comment