Rindunya
Rindu yang amat sangat
Rindu saat mencari uban di kepalanya
Rindu saat sama-sama memasak di dapur
Rindu saat solat berjemaah bersamanya
Rindu saat bertadarus bersamanya
Rindu setiap saat
Saya amat rindukan suami. Kami tidak terpisah oleh jarak, malahan setiap hari berjumpa. Kami tidak terpisah oleh masa seperti filem The Lake House. Kami hanya terpisah oleh kesibukan. Kesibukan suami sejak kami berkongsi dengan beberapa rakan suami membuka restoran di Newcastle ini.
Saya bukan mengeluh. Masakan saya mengeluh kerana inilah doa saya selama ini. Semoga suami meraih kejayaan dalam bidang yang dia minati dan dia usahakan.
Cumanya, saya RINDU! Sungguh-sungguh rindu. Kalaupun di Malaysia dulu, kerja suami menuntut dia bekerja 6 hari seminggu, sekurang-kurangnya di antara jam 7 hingga 8 malam dia sudah berada di rumah. Cuma ada sekali-sekala suami perlu bekerja hingga lewat malam atau awal pagi.
Sekarang suami bekerja 7 hari seminggu :(
Setiap hari pulang lewat malam, selepas tamat waktu operasi restoran. Kadang-kadang awal pagi baru pulang. Tiba waktu pagi, selepas menghantar saya ke universiti, suami bergegas ke restoran.
Kadang-kadang jika terjaga waktu tidur, saya menangis melihat suami tidur dalam keletihan.
Kadang-kadang tanpa sedar saya menangis melihat suami semakin kurus.
Rindunya!
Ya Allah, Engkaulah yang memudahkan sesuatu pekerjaan; tiada pekerjaan yang mudah selain yang Engkau mudahkan; permudahkanlah pekerjaan suamiku.
3 comments:
sedihnya dengar, sian kat dilla, sian kat amran,itulah pengorbanan suami n isteri utk kejayaan dan kebahagiaan masa akan dtg,Moga sentiasa dipermudahkan, InsyaALLAH, Aamiin!! Remember, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, InsyaALLAH, hikmah itu akan kelihatan sooner!! take care dilla. muahhs!
ps:saya suka itu Lake House!:)-rs nak tgk ulang2.
thanks ani :)
thanks for being a good listener & a shoulder to cry on.
Sabar dan doalah banyak2 utk mengubat kerinduan itu.. hmmm ada yg merindu tapi tiada org utk dirindu..lagi parahhhh uwaaaa.. huda
Post a Comment