Google Translator

Friday, February 25, 2011

Restoran Rasa Nusantara

Dalam post saya sebelum ni, saya ada cerita pasal suami dan 2 orang kawannya buka restoran di Newcastle. Ni nak memperkenalkanlah restoran kami (kami=suami+saya & 2 kawan +isteri masing2). Nama restoran kami- RESTORAN RASA NUSANTARA (RRN). Letaknya di tengah-tengah bandar Newcastle upon Tyne; to be specific di Leazes Lane. Kalau dari Stadium St. James kebanggaan Newcastle United memang dah dekat sangat.  Ini petanya yang saya ambil dari Google Map. Kot-kot anda ada di kawasan berhampiran, jomlah singgah di RRN. Pasti tak kecewa dengan masakan Malaysia yang disediakan.




Minggu ni ialah minggu ketiga  RESTORAN RASA NUSANTARA beroperasi. Disebabkan beberapa faktor tertentu, buat masa ni kami masih beroperasi di bawah nama Sofea Cafe. Insya-Allah dalam waktu terdekat ni, akan naik signboard Restoran Rasa Nusantara kat depan kedai tu :)

Oh! Dan kami dah buat facebook untuk restoran tersebut untuk memudahkan pelanggan mengetahui juada istimewa i.e. Special of the Day :) Marilah tekan butang like tu ramai2 ye. Hehe.. :)

4 comments:

Ir A.Aziz said...

wah, madam adh jadi chef skrg? lama2 mesti famous kedia nih. hebat!

Dilla said...

Tak la aziz. Saya masih bekerja sebagai pelajar yg sedang mencuba menyiapkan kerja-kerja phdnya. Ayat penuh ketatasusilaan gitu ;P
Suami & biz partnernya yang memasak. Saya kalau rajin buatlah kuih waktu weekend.

shahbani mohammad said...

hehehehe....ur ex staff Eiza is my officemate now, Eiza Abdullah.

travelhistory said...

Assalamualaikum. ..puan...kt uk perlu lesen ke untuk buka restoran...