Google Translator

Thursday, July 28, 2011

Warkah buat Auni: I

Auni,

Kelmarin (Selasa) genap 36 minggu ibu mengandungkan Auni. Kiranya kandungan ibu dah sampai bulan atau full term kata omputih.

Kelmarin juga kali terakhir ibu pergi scan Auni di Royal Victoria Infirmary, Newcastle (RVI). Papa dan ibu teruja sangat nak tengok Auni sampaikan 3 keping token kami beli dengan harapan dapat gambar scan Auni dalam pelbagai aksi dan posisi. Dua scan yang sebelum ni hanya 1 token saja yang kami beli. Namun Auni tidur lena semasa discan semalam, tak nampak jelas wajah Auni. Yang jelas hanyalah jantung, tulang rangka, siku, kaki, tapak kaki, lutut dan tangan Auni. Puas sonographer tu mencuba supaya nampak jelas scan Auni tapi tak berhasil. Diane, sonographer tu kata "She doesn't want to pose." Kecewa jugaklah ibu dan papa :(
Tapi takpelah Auni, insya-Allah lagi 26 hari kita jumpa OK? :)

Ibu tanya Diane, berapa anggaran berat Auni sekarang? Katanya 2.7kg. Terkejut juga papa dan ibu sebab tak sangka Auni seberat itu dengan ibu yang tak selera nak makan selama beberapa bulan dan juga perut ibu yang tak sebesar mana ni. Auni maintain between 2.8-3.2kg saja ye sayang. Kalau besar-besar sangat nanti, payah nak keluar :)

Lepas scan tu, kita jumpa dengan Miss Michael (doktor kat RVI tu). Konsultan di RVI yang oversee kes ibu selepas Dr. Murali of Hospital Kuala Lumpur. Katanya kandungan ibu (Aunilah tu) normal. Dia tanya adakah ibu nak consider bersalin di Newcastle Birthing Centre yang baru tu? Katanya kat situ cuma tak ada pilihan untuk epidural. Ibu dan papa kata kalau boleh epidural tu as our last resort. Kalau boleh ibu nak cuba bersalin dalam birthing pool. Miss Michael take note of that. Nanti malam ibu akan buat birth plan untuk dibincangkan dengan Health Visitor yang nak datang rumah kita esok petang (Jumaat).

Auni,

Beberapa bulan lepas ibu ada cakap dengan Auni supaya keluar awal seminggu gitu. Abaikan permintaan ibu tu ye? Kensel OK? Ada beberapa perkara yang belum ibu selesaikan sebelum Auni lahir. Antara yang utama ialah:

1- Ibu ada lagi 7 juzuk Al-Quran untuk khatamkan buat Auni.

2- Ibu tak habis jahit barang-barang Auni. Yang paling penting, quilt Auni masih dalam proses. Barang-barang lain dah siap cuma ibu belum basuh. Ibu cadang nak basuh sekaligus.

3- Papa dan ibu belum 100% kemas rumah untuk menyambut Auni. Baby cot Auni pun papa belum pasang.

4- Kerja ibu ada sikit lagi nak siapkan sebelum ibu bercuti.
a)Ibu nak hantar correction jurnal draft pada Elaine.
b)Ibu nak hantar borang minta extension pada UIA & KPT.
c)Ibu nak siapkan framework untuk simulate dataset baru yang dah seminggu ibu dapat tapi belum buat apa-apa :(

Auni,

Papa dan ibu gembira sangat nak bertemu Auni. To us you are a miracle and a gift from Allah. Semoga Auni jadi anak yang tenang macam Papa :) Semoga Auni jadi anak yang kuat, macam yang ibu dan juga papa.Macam yang ibu selalu cakap, Auni is a strong girl :) Dan yang paling penting, semoga Auni jadi anak yang solehah.

We love you very much :x

10 comments:

Unknown said...

awww... so sweet...
just in case auni's weight is more than you expected during delivery, pls bear in mind that not all big babies are difficult to deliver.. muaz is 4.02kg & his delivery was one of the easiest i had ;)
insyaallah.. semoga ALlah permudahkan segalanya... ameen..

Dilla said...

ye ke Ju? Tak leh nak imagine Ju yang kecik molek deliver baby 4.04kg. Tapi seriously lega bila Ju ckp macam 'one of the easiest' tu. Thanks a lot Ju. Melegakan resah gelisah orang nak bersalin ni :)

Nur Adibah Md Azman said...

Madam, nama penuh ape?Same mcm name kwn saya, Auni. Die pandai (terror main alat muzik, sport n academic) & baik. Skang ni jd cikgu English kt sek sy :)

ajezahmad said...

Be a good girl Auni. Takmau tendang2 sangat. Hehe.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

so sweeet la kak dilla.. dapat rasakan betapa happy nya mommy to be.. :)
semoga semuanya berjalan lancar & jadi ibu yang baik pada anak yg solehah!..Amin.

N.M. Noor said...

Auntie love you too Auni!

:)

ainulazrin said...

plus minus,2 bulan lg kita jumpa ye Auni, insyaAllah..
bila ibu g school, angah make-up kan auni nti. msti comel kan cayang :))

tasha said...

what a sweet and special letter =)

Wan's Family @ Southampton,UK said...

love you too Auni!! Ibu, mana warkah no 2 ni?? ;-), take care both of you:)

Anonymous said...

Auni..takkan merajuk tak kasi keluar awal? sampai la ni x mau keluar? ok..baik2 sayang dgn ibu dan keluar dgn cara paling senang dan selamat utk keduanya ok... so sweet..take good care darling...-huda