Google Translator

Sunday, February 12, 2012

Jawapan Kepada Soalan-soalan yang lepas

Saya baru perasan ada beberapa soalan yang dikemukan dalam komen-komen yang ditinggalkan. Minta maaf sangat-sangat sebab saya tak perasan komen tu. Untuk pembaca yang bertanya, harap puas hati dengan jawapan yang saya beri ni :)

Soalan 1 -from ikhramismail dalam Tips mencari rumah sewa di UK
sy nak tny la..ade tips2 untuk senang dpt rumah sewe tak..bagi situasi sy, sy akn ke bath pada 17/9 ni..tp hampir semua rumah sewe yg saya bekenan..tak nak ambik student.pastu tul ker kalo nak deposit murah kene ade akuan bank kat uk..kalo tak diorang akn mintk sampai 6 bulan deposit..keje giler tu...

Jawapan:
Tips nak dapatkan rumah sewa mudah ialah amik rumah sewa dari senior yang dah nak balik. Tetapi perlu diingatkan agar meminta tuan rumah ganti semua barang-barang yang rosak & baiki mana-mana bahagian rumah yang tak elok. Seboleh-bolehnya pastikan tuan rumah cat baru. Kalau rasa patut,minta tuan rumah ganti karpet. Bukan apa, kebanyakkan rumah sewa di UK ni (sepanjang rumah kawan-kawan yang saya pernah pergi), memang mengalami masalah kelembapan. Jadi bahagian bilik mandi& tandas serta dapur mudah berkulat. Eh! Bilik tidur pun mudah berkulat juga!

Berkenaan dengan deposit 6 bulan tu, saya tak pernah dengar pulak. Kebiasaan yang saya pernah alami, deposit hanya sebulan sewa rumah.


Soalan 2 -from Ghostz dalam Tips mencari rumah sewa di UK
Salam..Actually tgh cr info about life in Newcastle Uni when I came across ur blog.Sy akan start class Sept 2011, so mmg tgh cr info or tips about life kat sane. I'm a bit worried sbb dapat uni accomodation dkt Bowsden Court, South Gosforth.Is it really a hassle to take the Metro everyday?FYI, sy student Mara.Do share ur thoughts.Thanks!

Jawapan:
Rasanya Encik/Cik Ghostz ni mesti dah selamat sampai ke Newcastle. Saya tak dapat nak jawab soalan ni dengan 100% kepastian sebab tak pernah naik metro. Cumanya mungkin terpaksa mengeluarkan belanja lebih sedikit untuk tambang metro berbanding dengan tinggal di kawasan yang berhampiran dengan universiti. Juga sekiranya ada strike macam baru-baru ni, mungkin terpaksa memilih untuk work from home.


Soalan 3 -from An Aspiring Writer dalam Burp Cloth & Baby Laundry Sack - DONE
puan dilla, ada tutorial burp cloth yg puan boleh share? saya tgk kain burp puan tu tak jelas bahan apa yg diguna..blh explain?

 Jawapan:
Update on burp cloth. Pada saya burp cloth ini sangat berguna! Auni anak dara saya tu sekarang dah pandai meluahkan susu bila dia moody ataupun bila dia tak berapa nak minum sangat. Kalau guna bib biasa memang sah baju pun basah sama. Jadi kami gunakan burp cloth ni sebagai bib/alas dada Auni ketika dia minum susu. Kalau dia jeluak atau muntah semasa/selepas minum susu, mudah nak lap pun ye jugak.


Burp cloth yang saya jahit, saya gunakan kain tuala dan kain cotton atau polycotton. Kain tuala tu saya beli tuala paling besar dan kemudian saya gunting ikut size burp cloth yang saya kehendaki.



Ini ada beberapa link tutorial burp cloth.


Tutorial 1
Tutorial 2
Tutorial 3

 
Soalan 4: from Blogger~cahaya~ & Huddy dalam Rutin
mana beli buku yang first 2 tu? berminat laa... & Assalam dear, yup, interested with the first two books too :)

Jawapan:
 Buku yang ditanya ini merujuk kepada posting ini Rutin. Kedua-dua buku ini suami saya beli di Newcastle, UK. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh maklumkan kepada saya. Saya & suami merancang untuk menambah lagi koleksi buku-buku untuk Auni. Jadi sekiranya ada yang mahu membeli, insya-Allah saya boleh beli & jual kepada rakan-rakan.

1 comment:

Nurul Huda said...

Assalam akak, huda here again, the one who asked you on the books in your post 'Rutin' :) Kalau nak kirim kat akak, how much ye will the books cost? Thanks!