Google Translator

Friday, September 26, 2008

Sedeqah

Ingat lagi post saya tentang buku Suze Orman-9 steps tu financial freedom? Kali ni takde kena mengena dengan buku tu. Cuma aku nak sentuh tentang 1 bahagian dalam buku tu yg sangat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang ISLAM.

Dalam satu bab tu, Suze Orman ada menyebut tentang 'donation to others' adalah sebagai salah satu langkah untuk mencapai financial freedom. Dia Dia juga ada menulis 'what you gave, you'll get back in ten folds or more". Cuma sayangnya orang putih ni tak boleh nak mengaitkan hikmah bersedekah tu dengan rezeki yg kita perolehi. Yelah, what to expect kan? Sedangkan orang-orang Islam pun bukan semuanya tahu hikmah bersedekah ni.

Memandangkan kita masih ada beberapa hari dalam bulan Ramadhan nikan, saya mahu mengingatkan diri saya dan kengkawan yang sudi menjenguk ke blog ni agar kita dapat sama-sama bersedeqah kepada yang kurang berkemampuan. Sebenarnya waktu2 lain kita boleh bersedeqah juga. Cuma di bulan Ramadhan ni pahalanya lebih. Tapi ini juga satu masalah sebenarnya. Bila tiba bulan Ramadhan, tak cukup hari anak2 yatim tu nak memenuhi jemputan berbuka puasa. Bila dah habis Ramadhan, nak dapat makan kat luar sekali sebulan pun payah.

Tak perlu untuk bersedekah sampai beribu-ribu & bergambar sambil pegang mock check tu. Yang penting ialah keikhlasan kita dalam memberi. Walaupun kita hanya beri RM5. Itu lebih baik dari memberi RM100 tapi hati tidak ikhlas, kan?

Saya tak ingat hadis yang tepat. Tapi antara hikmah bersedekah ini ialah Allah akan menggandakan rezeki kita. Kadang-kadang memang kita tak nampak penggandaan rezeki kita ni berlaku. Tapi percayalah, kita akan merasainya.

Mungkin cara Allah menambah rezeki kita tu berlainan antara seseorang dgn yg lain.

Apa-apa pun, semoga setiap sedekah kita ALLAH terima sebagai ibadah dan semoga mendapat ganjaran yang setimpal di dunia & akhirat. :)

Friday, September 19, 2008

Sindiket GORES&MENANG

Hari Rabu lepas cuti Nuzul Quran. Pagi tu aku sempat pergi ke Carrefour. Adalah barang-barang keperluan rumah yang aku perlu beli. Aku pergi sorang. Suami aku mulanya nak temankan. Tapi aku kesian plak tengok dia mengantuk. Lagipun rancangan asalnya aku cuma nak beli inflatable matress tu je. Jadi, aku pergi le sorang.

Dah sampai kat Carrefour tu, macam-macamlah pulak yang aku beli. Tapi bukanlah barang yang tak penting. Penting sumanya; macam pencuci pinggan mangkuk, pewangi kereta & rumah, kotak buku dan jus sayur.

Sampai kat tempat parking tu, tak muatlah pulak aku nak tolak troli menuju ke kereta aku. Jadi, aku terpaksalah mengangkut barang-barang yang aku beli. Aduh!!! Beratnya. Rasa kebas jari-jemariku yang runcing ni ;)

Tengah aku tercari-cari kereta aku, adalah sorang amoi ni datang mendekati aku. Aku cuak jugak. Takut le kan. Kot-kot geng pukau ke, penyamun ke. Amoi tu tegur aku. Dia tanya pasal kotak yang aku beli tu. Sambil aku menjawab soalan dia tu, aku terus berjalan. Yelah, aku ni dah le menjinjing beg-beg plastik yang berat ni. Tak kuasalah nak beramah mesra berlebih-lebihan kat parking lot tu.

Masa aku berlalu meninggalkan amoi tu, sorang kawan dia datang dekat dia. Aku terdengar le sikit perbualan mereka. Aku dengar amoi yg menghampiri aku tadi kata kat kawan dia "Kakak tu tak mau."

Terdetik kat hati aku, apa benda yang aku tak mau. Aku dah rasa tak sedap bila nampak sekumpulan budak-budak muda Cina berkeliaran kat parking lot Carrefour tu.
Dah le tu, aku tak jumpa cari kereta aku pulak. Issshhh... Aku ingat lane mana, cuma lupa belah kiri hujung ke belah kiri tengah. Tambah dengan beratnya barang-barang yang dijinjing kan.

Pastu, sorang lagik amoi approach aku. Kononnya nak tolong angkat barang aku. Aku kata "Tak payah. Saya boleh angkat sendiri."

Akhirnya, aku jumpa gak kereta aku. Elok je aku selesai sumbat suma barang dalam boot kereta, ada dua orang lelaki Cina datang kat aku. Aku cepat-cepat masuk dalam kereta, terus aku kunci kereta. Dari luar kereta, diorang cakap " Kakak, kita mau bagi voucher saja. Free voucher." Bising pulak tu. Tensen aku. Aku memang malas nak layan. Ditambah dengan kepenatan pulakkan. Aku dapat idea. Aku terus tekan dada aku sambil buat aksi ala-ala tak cukup nafas gitu. Huhuhu.. Aku dengar diorang cakap " Oh! Mau mati ka?" Pastu diorang beredar dari kereta aku.

Sampai kat rumah, aku cite la kat suami aku. Kata suami aku, kumpulan tu mungkin sindiket GORES& MENANG. Yelah, Isnin sebelum tu kakitangan kerajaan baru dapat gaji+bonus kan. Tambah pulak sekarang musim nak raya. Jadi memang masa yang sangat sesuailah untuk sindiket tu menjalankan kegiatan diorang.

Aku bersyukur sangat aku tak terpedaya atau diperdayakan. Sempat jugak aku berseloroh dengan suamiku. Kataku "Berguna jugak skill berlakon saya Bang." Hehehe...

Apa-apa pun, aku harap korang berhati-hatilah semasa pergi membeli-belah waktu dekat-dekat nak raya ni. Kalau boleh, bawa duit cukup-cukup je. ATM kad whatsoever tu, tinggallah kat rumah.

Kalau dah terkena dengan sindiket GORES& MENANG ni, bukan mudah nak dapatkan balik duit kita.

Friday, September 12, 2008

DUIT! DUIT! DUIT!

Wah! minggu depan kakitangan kerajaan akan dapat separuh bonus. Rasa-rasanya cukup ke?
Kalau ikutkan, duit ni banyak macam mana pun susah nak kata CUKUP kan?

Apa pun, aku bukan nak cite pasal bonus. Tapi nak cite pasal DUIT. Bukan nak menasihat cuma nak berkongsi cerita.

Pernah tak bila korang keluarkan duit, katalah RM500. Beberapa hari lepas tu, kira-kira tinggal berapa je duit yg ada dalam dompet. Selebihnya tak tau pergi mana. Puas la backtrack semua perbelanjaan, masih ada beberapa puluh ringgit yang tak tau dibelanjakan untuk apa.

Cite pasal duit ni, bukan apa. Cuma aku pernah satu waktu dulu GAGAL MERANCANG DENGAN BAIK, yg mana membawa akibat yg teruk jugak la.

Bila aku kahwin, aku fikir menjadi kewajipan untuk merancang kewangan dengan baik. Tambahan pulak, bab-bab menyimpan suami aku serahkan pada aku (dan simpan masuk akaun aku, hehehe). Jadi aku tak boleh lagi buat macam waktu aku bujang. Menyimpan dengan niat untuk beli sesuatu. Contohnya beli corset BEAUTIFUL *sigh*. Bukan tak boleh menyimpan dengan niat nak beli sesuatu, cuma dulu aku tak membahagikan akaun simpanan tu kepada simpanan untuk beli barang, simpanan untuk hari tua, dll.

Mula-mula nak merancang kewangan ni memang agak sukar. Tapi selepas beberapa bulan, aku rasa seronok merancang dan melaksanakan perancangan aku tu. Yang paling penting, aku sentiasa berwaspada dalam berbelanja. Dah takde kejadian aku tak ingat duit aku pergi mana. Malah yang terjadi ialah 'Eh! Ni duit dari mana'. Hehehe.. Walaupun duit dari mana tu cuma setakat RM10 atau RM20, tapi bermakna :)

Setiap bulan seminggu sebelum gaji aku akan buat perancangan. Lepas tu aku print dan letak dalam dompet. Tapi tidaklah sampai beli gula-gula 50posen pun aku catat. TIDAK!!! Aku tak catat perbelanjaan aku. Aku cuma pastikan perbelanjaan aku terkawal dan berada dalam margin yang aku dah rancang tu. Kat bawah ni contoh perancangan kewangan aku.

Read this document on Scribd: monthly budget


Kawan adik aku kata, susahlah hidup berpandukan budget. Hidup tak bebas. Hidup hanya sekali, jadi jangan membelenggu diri. Aku dah belajar dari kesilapan dulu. Kita hidup ni bila-bila masa ALLAH boleh tarik nikmat yang diberi. Jadi lebih baik merancang semasa senang kan. Tak gitu?

Pada aku, aku bukan hidup berpandukan budget. Yang aku buat tu ialah perancangan. Contohnya, aku dah allocated RM300 untuk LEISURE (i.e. makan kat restoran, tengok wayang, beli novel). Alih-alih bil elektrik aku banyak pulak bulan tu. Maka, aku akan pinjam dari akaun LEISURE untuk top-up bayar bil elektrik; dan aku kenalah kurangkan aktiviti bersuka-sukaan untuk bulan tu. Lebih kurang gitulah cara aku.

Minggu lepas, aku ada menonton Oprah. Guest speaker- SUZE ORMAN. Suze ni financial planner. Rupa-rupanya apa yang aku buat selama ni, iaitu merancang perbelanjaan, ialah antara beberapa perkara yang si Suze ni bincangkan dalam buku dia THE 9 STEPS TO FINANCIAL FREEDOM.

Lain kali aku diskus isi buku Suze ni. Bagus buku ni. Membuka mata aku tentang banyak perkara tentang DUIT KITA yang selama ni kita buat dek je.

Syukur..

I went to HKL yesterday for my monthly check-up. Alhamdulillah I didn't have to wait for so long before the nurse called my name.

Dr. Murali, the specialist who operates & monitors my health, informed me that my CA125 reading is VERY GOOD. Last month reading is 21 and this month it has decreased to 12. I did not expect it to be that low. Now I am determined to do whatever possible to decrease my CA125 reading further.

CA125 is a type of protein which is used as a marker for ovarian cancer. A reading of CA125 more than 36 in your blood indicates that you might have an active cancer cell in your ovary. However, the level CA125 may also be high in the case of pregnancy. That's one of the reason I cannot be pregnant now :( For better details, please check through Uncle Google. I am writing based on my knowledge and understanding of my condition.

I think I have to REALLY LISTEN to Dr. Murali's advice.
1-Eat more fruits & vegetables.
*I love veggies & fruits. It just that sometimes I forget to eat them.*

2-Drink more plain water.
*No problem in this area :)*

3-Walk everyday for 30 minutes.
*I love walking, not just it helps burn my calories, it also helps clear my minds. I rarely use elevators. But sometime, I do have time constraint. Oh! I have a plan to do more walking when Ramadhan ended. Will share with you when the time comes.*

4-Lessen the stress on myself.
*Working hard on this. I'm not easily stressed but I love to plan. So when the execution is not as what is planned, I'll stressful.*

Anyway, I believe this news is one blessing in the month of Ramadhan. Alhamdulillah. I hope I'll get better so later next year I can get pregnant :)

Sunday, September 7, 2008

Akademi Nasyid

Ada sesiapa yang tengok final Akademi Nasyid?

Walaupun ada beberapa episod yg aku tertinggal, tp kemerduan suara Azhan yang jadik juara tu memang tak boleh nak dipertikaikan. Nasib baik la tak masuk AF, kalau tak, Mawi pun dia boleh pukul habis. Masa minggu pertama tengok Akademi Nasyid ni pun dah suka suara Azhan ni.

Tengok je lah video ni. Aris Ariwatan pun ala-ala tergugat gitu. Dia orang duet lagu Permaidani. Menusuk kalbu beb!

Saturday, September 6, 2008

Masak apa hari ni?

Hari Sabtu memang hari aku tinggal sorang-sorang kat rumah. Suami aku gi kerja. Petang nanti baru le dia balik. Sepanjang 5 hari puasa, aku masak ala kadar je. Memang aku tak sempat nak masak beria. Lagipun tak ada bahan mentah sangat untuk aku masak beria-ia pun. Pagi tadi sebelum Amran pergi kerja, aku dah pergi kedai Pasar Segar kat area Taman Melati tu. Aku suka beli barang-barang basah kat Pasar Segar ni. Apsal ntah, aku rasa murah kalau nak dibandingkan dengan kedai lain. Kalau barang-barang kering, aku suka beli kat TS MEGA kat sebelahnya tu, tak pun kat Giant Taman Permata( ni tempat favorite Amran).

Cadangnya nak masak kepad goreng berlada & masak cendawan sos tiram untuk berbuka ni. Nantilah, kalau sedap nanti, aku letak resepi kat sini.

Thursday, September 4, 2008

Aduhai Solat Terawih

Masuk hari ni dah 5 hari kita berpuasa. Aku pun Alhamdulillah dapat 5 hari puasa setakat ni. Doaku semoga tak banyak hari berpuasa yang perlu diganti. Last year lah yang paling banyak dalam sejarah aku ganti mengganti puasa ni. Kebetulan masa bulan puasa tahun lepas tu aku perlu jalani satu cycle of chemotherapy, jadi terpaksalah tak puasa untuk beberapa hari sebab muntah-muntah tu.

Setakat ni jugak, solat terawih aku belum tinggal atau tertinggal lagi. Syoknya :))
Bulan Ramadhan ni aku sebenarnya lebih suka buka puasa kat rumah sendiri. Senang nak berbuka, pastu nak solat Maghrib dan seterusnya nak bersiap untuk ke masjid untuk Solat Isyak & Terawih. Harap-harapnya tak ada le sesiapa menjemput kitorang datang berbuka (boleh ke cenggini?).

Dalam pada seronok dapat Solat Terawih ni, ada jugalah beberapa perkara yang aku kurang senang. Satunya dengan budak-budak yang ikut parents diorg ke masjid tu. Aku tak salahkan parents 100%. Kengkadang bebudak ni memang jenis tak reti diam. Bila time makmum meng'Amin'kan Al-Fatihah tu, suara depa la yang berlebih-lebihan harakatnya. Tu belum camput dengan bisingnya. The first 8 rakaat tu terkawal lagi. Bila je Imam baca doa selepas rakaat ke-8 tu, diorg berlari turun tangga tu. Sambil bising-bising.

Kelmarin aku geram sangat, aku dengar diorang berkejaran turun tangga masjid tu, ku pergi berdiri kt tepi tanga tu & aku cakap dengan nada yg tinggi(garanglah kononnya), "Orang lain kan masih solat, kenapa bising-bising ni? Tak boleh turun elok-elok?". Malam semalam, aku tak yah cakap apa-apa dah. Masa aku turun tangga tu, ada 2-3 orang budak-budak tu terpandang aku. Aku dengar diorang bgtau kawan-kawan diorang supaya jangan bising. Walaupun bukan semua dengar arahan, tapi sekurang-kurangnya dapat dikurangkan tahap kebisingan budak-budak ni.

Itu baru bab bising. Belum lagi masuk bab jemaah wanita. Kat masjid tempat aku solat terawih tu, muslimat masuk ikut satu pintu tu. Dah ada papan tanda besar kat atas lantai tu, DI LARANG MEMBAWA SELIPAR/KASUT. Tapi ramai la jugak yang aku kira tak tahu membaca pakai selipar diorg sampai ke kawasan larangan tu. Aku pelik betul dengan diorg ni. Tak fikir ke? Orang lain akan pijak lantai kat situ dengan keadaan telh berwudhuk. Kita ni nak menghadap ALLAH, seboleh-bolehnya kena bersih. Lain la kalau dok kat kawasan padang pasir yang sentiasa berdebu tu ke atau dalam taman burung yang sentiasa penuh dengan najis burung ke, boleh le compromise. Ini dah memang dalam masjid yang sepatutnya semua jemaah bersama-sama menjaga kebersihannya. Agak-agak kalau orang masuk dalam rumah diorg pakai kasut, diorg marah tak????! Geram betul aku.

Pastu aku perasan la, kalau jemaah wanita ni, susah betul nak merapatkan saf. Aku tak tahu sama ada diorg tak tahu betapa pentingnya merapatkan saf ataupun diorg tahu tapi malas nak bergerak. Aku dah cite pasal ni kat suami aku. Kata suamiku, fotostat artikel tentang kepentingan merapatkan saf tu, nanti kita edarkan kat masjid. Harap-harapnya adalah kesedaran bila diorg dah tau kepentingan merapatkan saf tu.

Rasanya celoteh aku ni bukan mengumpatkan? Kalau tak, penat je puasa hari ni :(