Google Translator

Friday, March 27, 2009

Itu Ini..

Kurus
Saya terasa macam berat saya dah turun sikit sekarang. Nak timbang, tak ada mesin penimbang pulak kat rumah ni. Lantas saya bertanya pada suami, "Abang, Dilla rasa macam dah kurus sikitlah. Betul ke?"
"A'ah. Adalah kurus sikit", respon pendek dari suami saya.
"Eh! Macam mana Abang boleh perasan, Abangkan tiap-tiap hari tengok Dilla", soal saya yang masih tak puas hati ni.
"Nampaklah." Ringkas saja jawapan suami saya. Mungkin bosan dengan kerenah saya ni

Itulahkan, orang perempuan macam saya ni(orang perempuan yg tak macam saya dikecualikan), suami jawab kurus tak kena, apatah lagi kalau jawab GEMUK. Maunya kerunsingan seharian. Saya rasa perang dengan berat badan yang meningkat ni takkan habis sampai bila-bila pun. Apatah lagi sekarang ni umur pun dah 30-an, metabolisma semakin rendah, lagi cepatlah cik-cik lemak tepu nak berkumpul di badan.

Koyak

Semalam saya menjahit langsir untuk menggantikan langsir dapur peninggalan penyewa lama. Langsir lama tu hodoh sangat, tak berselera saya tengok. Cuti hujung minggu lepas, puas mencari langsir di 'Car Boot/Booth Sales'. Saya tak pasti Boot atau Booth, sebab masa di US dulu kami panggil 'Car Boot' bersempena dengan barang-barang yang dijual tu diletakkan dalam boot kereta. Lebih terkenal lagi dengan nama 'Garage Sales'. Berlainan dengan di UK ni, di mana semua penjual-penjual barang-barang terpakai ni berkumpul di satu medan/padang lantas membuka 'booth' masing-masing. Cari punya cari tak jumpa langsir yang sesuai. Terpaksalah juga saya beli langsir siap di Grainger Market. Langsir baru ni terpaksa dijahit pula tepinya. Bila ditanya berapa upahnya, untuk satu sisi saja sudah 2 pound upahnya. Aduh! Langsir saya dua keping jadi ada 4 sisi, sudah 8 poun jadinya. Terpaksa kensel. Siap dijahit, semasa nak memasukkan spring yang terakhir, saya secara tak sengaja terpotong sedikit langsir tu. Sedih jadinya. Jadi hodoh juga langsir baru saya walaupun orang lain tak akan nampak tapi saya tau ada lubang di satu sisi.

Waktu itulah terlintas dalam hati ini, 'Macam itulah solat kamu yang tidak khusyuk Dilla. Macam langsir yang koyak ni. Orang lain tak tau tapi kamu tau kan? Sedih sangat langsir koyak, macam mana dengan solat kamu yang sering tidak khusyuk tu?'

Aduh, saya betul-betul terpukul. Memang sukar nak betul-betul khusyuk dalam solat ni. Ada-ada saja perkara yang terlintas dalam hati & fikiran sewaktu solat. Tak boleh asyik nak salahkan godaan syaitan yg memang tak akan berhenti tu, tapi perlu juga dimarahi nafsu diri sendiri. Harap-harapnya solat saya lebih khusyuk selepas ini.

PhD
Tak sedar dah lebih 2 bulan saya di Newcastle University ni. Alhamdulillah setakat ni proses pembelajaran saya berjalan lancar. Mungkin sebab masih di peringkat awal kot. Apa yang penting saya gembira belajar. Memanglah kadang-kdang tu angin 'MALAS' tu menyerang tapi saya cuba lawan. Saya seronok sebab kedua-dua supervisor saya banyak bagi tunjuk ajar dan saya tahu apa langkah seterusnya. Bila kami berbincang kami sama-sama bagi idea. Idea & soalan-soalan saya yang kadangkala mungkin kurang bijak tak dihembus ke tepi begitu saja. Semua ini menambahkan lagi keyakinan diri saya. Saya mengaku semasa saya buat 'master' dulu my self-confident was down under.
Issshh.. sadis& tragis sungguh bila dikenang-kenangkan.

Tak dinafikan kedua-dua penyelia saya ni sibuk tapi dari kalendar mereka yang mereka kongsi, saya tengok mereka tetap meluangkan masa untuk berjumpa dengan setiap ahli kumpulan kajian. Tak taulah sama ada sebab saya baru kot jadi 'guidance' tu lebih sikit. Mungkin bila dah masuk tahun kedua nanti saya dibiarkan supaya jadi lebih berdikari ke, wallahualam. Doa saya semoga rahmat Allah ini berterusan. Aamiiin.


Menunggu Sabtu
Tak sabar nak tunggu Sabtu(esok) ni. Padahal kerja melambak nak disiapkan ni. Tapi saya betul-betul menunggu Sabtu esok ni. Bukan ada apa-apa pun cuma ada beberapa kerja rumah yang saya tak sabar sangat nak buat.

1- Nak bersihkan 'backyard'. Suami saya dah buang semua barang-barang tinggalan penyewa lama. Peti ais la, bath tub la, macam-macam ada kat backyard tu waktu kami mla-mula masuk dulu. Sekarang tinggal nak buang lumut-lumut yg dah bermastautin lantai backyard tu. Eiii.. saya tak boleh imejen macam manalah penyewa dulu boleh tinggal dalam keadaan yg tak berapa bersih tu.

2- Nak tanam ubi(bulb) bunga yang kitaorang beli Ahad lepas. Punyalah sibuk kononnya sepanjang minggu,sampai seminggu ubi-ubi bunga tu terbiar tak bertanam. Setakat ni saya dah ada 6 pasu bunga dan 2 pasu herba. Gembira sangat. Esok nak tambah lagi 5 pasu. Saya memang suka menanam. Alhamdulillah, suami saya pun berkongsi hobi yang sama. Saya pun tak tau suami saya punya hobi menanam ni, sampailah selepas kami berkahwin dia belikan pasu, tanah & buatkan para & pagar untuk pokok-pokok tanaman saya. Bila ada pokok tanaman kami mengeluarkan pucuk atau kuntum bunga yang baru, terasa seperti ada satu 'excitement' buat kami berdua.

Tinggallagi beberapa jam sebelum habis waktu kerja. Tak sabar nak balik rumah

3 comments:

syfulicious said...

Mdm..kurus mdm still x bleh lawan kurus saya k..hahahaha..mdm boleh lawan ker berat saya yang 37 kg nih...hahahahaha

alhamdulillah, mdm dapat supervisors yang boleh kowtim..elok jugak kan..xdelah sejarah lama berulang kembali..tolak jauh2 kenangan lama di uni korok tu kan..

alang2 mdm bercucuk tanam herba kat backyard tu kan..tanam lah sekali mengkudu ngan papaya..tapi kat sana mana nak cari kan..xpe2 mdm, mint pun bleh..sebab my result for fyp shows that these 3 plants ada potential as anti-gout...xpun mdm tanam tomato je..xdelah kecik hati c fiza tuh..

saya permisi dahulu..(",)

~x0x0~fixa~ said...

hahaha..
madam dah kurus? bagus2...
saiful bukan kurus tapi kedengking...hahaha...
madam langsir yg koyak tepi tuh tampal la ngan bunga ker wat sulam2 sikit ke nanti x nampak punya la...
huhu...

Dilla said...

saiful..
apa yg 'licious' tentang kamu ye? hahaha... kecekedingan kamu itu ke? wah!! ramailah perempuan yg bermatian2 diet makan hati dgn kamu. Backyard saya tak punya tanah utk ditanam betik atau mengkudu. Semuanya dah bersimen. Puaslah saya nak cari pasu besar nak tanam betik& mengkudu tu. ;P
Tanam tomato tu dalam perancangan..

fiza
awak ni macam tau2 je fikiran saya. masa langsir tu koyak, saya dah terfikir nak cari bunga ke rama2 ke nak tampal kat situ. Tapi bila dah dipasang, tak nampak bhgn yg koyak tu. Jadi kensel nak tampal2 bunga tu.