Google Translator

Thursday, June 18, 2009

Eiii..Tak sukalah!!!

Aku mmg tak suka anjing. Tak suka dihampiri anjing. Masa study kat US dulu entah berapa kali aku diterkam anjing. Memang anjing-anjing tu friendly tapi aku tak kuasa nak menyamak lepas diterkam tu. Eiii.. geramlah. Senior-senior aku masa kat US dulu pernah nasihatkan aku supaya membenarkan diri aku digigit anjing dengan tujuan lepas tu boleh saman pemilik anjing tu juta-jutaan dolar Amerika. Huh! Kuasalah. Kalau betul boleh dapat jutaan dolar Amerika tu takpelah, dibuatnya hanya dapat penyakit anjing gila, tak ke parah.

Ni pagi tadi masa aku tengah berjalan dengan laju nak ke sekolah, sampai kat satu pagar tu aku ternampak ada anjing putih dalam semak tepi pagar tu. Jantung aku dah berdegup ala-ala lagu Haiza~Dag Dig Dug tu. Aku try tenangkan hati sebab anjing ni boleh sense kalau kita takut. Sambil tu aku berpatah jalan ke belakang. Pastu dok tercongok depan bangunan yg terpampang NO ENTRY sebab pintu bangunan tu bercermin jadi aku boleh nampak kalau anjing tu dah blah. Tunggu-tunggu tak ada jugak bayang anjing tu. Aku jalan semula ke arah pagar. La.. rupanya ada kat rimbunan pokok dekat dengan pintu bangunan tu. Eeeiii... Tuan dia pun ada, siap ckp dgn aku, "He's really friendly. Don't worry." Anjing tu dah berlari menuju ke arah aku. Ya Allah, geramnya. Aku cakap kat tuan anjing tu, "Please, I'm really afraid of dog." Aku terus terlupa excuse yg aku selalu guna kat US dulu. Omputih ni pelik kalau kita takut kat anjing. Jadi aku masa kat US dulu, guna alasan, "I'm allergic to dog." Bila kata allergic ni barulah diorg akan pegang anjing dia betul-betul. Yelah,buatnya aku sakit sebab anjing tu dtg kat aku, hah! tak pasal-pasal kena saman nanti.

Bencilah! Pagi-pagi lagi dah start dengan mood yang tak best. Gerammm!

7 comments:

N.M. Noor said...

mdm...mdm pon post psl geram jgk kat blog...sy br je post td..huhu...

btol eh anjing leh sense kalo kte takot..??salu gk dgr org ckp..sy pon tkot anjing..kt uia ni pon byk anjing...salu kalo terserempak..otomatik jntung berdebar..mse tuh..Tuhan je tau..mule la glabah tak tau nk buat ape..tkot anjing kejar..huhu...

xpe mdm..next time..bg la excuse tu..
take care..miss u..mmuuahhx..

ajezahmad said...

"Jantung aku dah berdegup ala-ala lagu Haiza~Dag Dig Dug tu." - Hidup madam penuh dgn drama. Hahahaha!

Org kata baca surah al-Masad kalo ada anjing. Betol ker? Saper2 sila sahihkan.

Aper2 pon, sy takut + geli kat anjing gak. Hahaha! Kat umah saya nih mmg ramai chinese bela anjing. Pak Cik saya pon bela anjing. Puas dah mak sy nasihat kat dia, suruh lepaskan anjing tu, tp dia bela gak. Ish, geli2. Hahahaha!

P/s - Naper ramai org post pasal anjing nih? Confuse2~

Dilla said...

Ira, geramlah pagi2 tgh bersemangat nak g school ada anjing pulak menerpa. eeeuuuwww!

Aziz, saya baca 'Tabbatyada...' tu. Itu yg saya tau le.

Jannah Ibrahim said...

I think memang anjing ni leh sense kalau kita takut kat dia.. so selalunya.. kalau anjing ada.. I buat2 selamba.. walaupun leceh lepas tuh nk kena samak..setakat ni tak de lak kena sampai gigit or jilat..
cuma sekali kena jilat beg kt airport.. ni anjing security officer la ni.. ceh.. benci betul...kalau anjing comel aku ok lagi.. anjing security ni dah leh menggerunkan mukanya..taring pun panjang..

ummi iman said...

mm, sama , mmg menyampah dgn anjing,lagi2 taik anjing, hati2 ler, kalau kat sini jalan jgn jalan tepi2 sgt, anjing suka berak kat tepi2 yg jalan (mcm mana nak describe ek.)..tp yg geram lagi kalau jalan dgn iman , die gi panggil anjing tu..mak aiii..budak ni, siap "hello dog"..errrrrrr....help me!!

Dilla said...

che'a:
aku dah try buat2 berani tu.kadang2menjadi, kadang2 tak, especially dgnanjing yg terover friendly.

Ani, sungguh ramah si kecik Iman ni. Ni mesti gara2 tgk Thomas&Frens, hehehe....Ani, taik anjing mmg bersepah tp at least nampak. Kalau kencing anjing tu tak nampak. Jgn sekali2 nak petik2 bunga kat bwhpokok atau tepi tiang lettik atau tepi pagar,anjing suka kencing kat tmpt2 tu.

~x0x0~fixa~ said...

"Jantung aku dah berdegup ala-ala lagu Haiza~Dag Dig Dug tu"
mdm mmg penuh drama...hahahaha...
btw mdm sepak jer anjing tuh pas tu lari laju2...
sure mdm blh wat rekod dunia...hehehehe=p