Google Translator

Monday, June 29, 2009

Tak Sabarnya Nak Kawin

Beberapa minggu lepas saya ada borak-borak dengan beberapa orang kenalan. Topik utamanya soal jodoh dan soal pergaulan lelaki perempuan di tempat kerja di Malaysia. Kemudian, bila saya pergi meround(macam warden pulak) blog bekas-bekas anak-anak murid saya, ramainya yang bercerita soal hati dan soal cinta. Lepas tu dapat email dari sorang kawan yang masih muda belia, katanya, "Saya ni dah berapa kali kena dilangkah bendul. Bilalah time saya pulak ni kak?" Tapi saya tau dia bukanlah terdesak nak kahwin pun, mungkin sebab member-member semakin ramai yang berkahwin, itu yang rasa ala-ala perlu kahwin. Ini semua tak lain tak bukan mesti sindrom orang baru grad & orang yang akan grad.

Jujurnya saya dulu lepas grad tak terfikir pun soal nak kahwin ni. Terlintas di hati nak ada boyfriend tu adalah, tapi setakat terlintas jelah. Mula-mula terfikir nak cari kerja. Dah lama kerja tu barulah terfikir 'Eh! Aku ni belum ada boyfriend. Kena cari jugaklah boyfriend. Camana nak kawin kalau tak ada boyfriend.' Itupun yang membuatkan saya terfikir nak cari boyfriend tu sebab orang sekeliling sibuk bertanya "Dah ada [boyfriend] ke belum?" Atau soalan yang lebih ganas "Dah kawin ke belum?" Pastu kawan-kawan pulak seorang demi seorang kahwin.

Saya sebenarnya ok je single mingle tapi yang tak sukanya orang-orang sekeliling ni suka tanya-tanya. Secara tak langsung rasa tertekan jugaklah. Sibuk betul diorang tu kalau kita tak kawin. Macamlah kita nak amik suami depakan. Kalau keluarga yang tanya-tanya tu OKlah lagi. Diorang tanya sebab diorg ambil berat. Ni yang bukannya kawan rapat pun, setakat kenalan pejabat ataupun kenalan gitu-gitu je... Eeeeiii.. rimasnya! Keluarga saya sendiri pun tak bising. Tok saya yang paling best. Kalau orang sibuk-sibuk tanya depan dia, dia sendiri yang tolong jawab, katanya, "Dia nak belajar lagi." Hahaha...Padahal masa tu dah umur 27 tahun. Sayang Tok!

Ingat lagi ada seorang kakak tu tanya saya sekembalinya kami dari melawat seorang kawan yang baru melahirkan bayi sulung. Katanya, "Awak bila lagi [nak kawin]?"
"Belum jumpa orangnya." Ringkas je jawapan saya.
"Kawinlah. Kawin tu kan sunnah." Tambah kakak tu yang membuatkan saya betul-betul sakit hati.
"Banyak lagi sunnah Nabi yang boleh saya buat. Kenapa sunnah yang satu tu nak saya kejar?" Jawab saya selamba. Yelahkan. Ingat saya suka-suka ke tak nak kahwin. Lainlah kalau saya ni ke hulu ke hilir berkepit dengan boyfriend tapi masih tak mahu kahwin-kahwin, layak le saya diberi syarahan pasal kahwin tu salah satu sunnah Nabi. Kan? Terus terdiam kakak tu.

Juga pernah seorang kakak yang lain bertanya, "Awak nak cari orang yang macam mana?"
"Orang yang biasa-biasa je. Yang saya dan dia boleh terima each other, dia boleh terima keluarga saya, saya boleh terima keluarga dia. Keluarga dia dan keluarga saya boleh saling menerima."
"Sampai sudahlah awak tak jumpa." Huh! kejamnya.

Semakin lama saya semakin lali dengan soalan-soalan pasal bila nak kahwin tu. Sampaikan saya dan beberapa orang kawan yang belum kawin secara suka-suka mereka skrip yang layak diberi pada orang-orang yang sibuk bertanya ni.
Bila kita kata, "Belum jumpa yang berkenan."
Kata mereka, "Janganlah memilih sangat."
Amboi-amboi, diorang mungkinlah boleh pilih sesiapa saja, diaorang ingat kita pun macam diaorang ke? Hello! Pilih suami ni bukan macam pilih baju tau. Kalau tak suka, boleh pulang semula atau boleh sedekahkan. Itupun bukan semua kedai terima kalau kita nak pulangkan. Atau cuba imagine kita nak bagi pasangan kita kat orang lain sebab kita tak berkenan: "You amiklah spouse I ni. I tak berkenan." Agak-agaknya apa reaksi orang?
Jadi skrip kami kata yang lemah lembut kata, "Biarlah aku nak memilih pun. Aku yang nak kahwin. Pilih suami bukan macam pilih baju kat PASAR MALAM tu. Kalau aku tak suka aku leh bagi je kat kau."

Ada seorang kawan lain yang lebih daring pernah jawab begini, "Apasal tak tanya bila aku nak mati?" Betul jugakkan. Jodoh, ajal maut kita ni semuanya Allah yang tentukan. Manalah kita tau bila kita nak kahwin. Lainlah kalau ditanya pada orang yang sedang berkasih-kasihan, tentunya diaorang sekurang-kurangnya ada perancangan. Kalau ditanya pada orang yang single ni, eeiii.. memang nak cari nahas betul namanya tu. Kalau mood baik tu jawablah jugak, "Lepas raya." Tapi lepas raya tahun bila ntah le...

Masuk bab nak cari boyfriend tu, saya memang betul-betul clueless. Yelahkan, nak cari pasangan ni bukannya macam nak mohon masuk universiti atau nak minta kerja. Saya rasa nak minta kerja lagi senang dari nak cari pasangan ni. Isi borang je, pastu pergi temuduga, jawab soalan penemuduga tu semantap mungkin, pastu doa pada Allah, insya-ALLAH kalau ada rezeki dapatlah kerja tu. Mujurlah ada Mak Ngah saya. Masa tu kami borak-borak biasa je. Pastu termasuk bab pasangan hidup ni. Keluarlah nasihat dari dia. Katanya, berdoalah. Berdoalah pada Allah minta ditemukan jodoh. Pesanan Mak Ngah yang paling saya ingat, doa mesti specific. Minta dengan Allah lelaki bagaimana yang awak nak. Saya pun mulalah berdoa. Tentunya mahu lelaki yang bujang, beriman, ... Tak perlulah nak list semua kat sini. Cukup saya katakan, Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Tapi perlu diberitahu, bukan sehari dua saya berdoa. Bertahun!

Beberapa bulan sebelum saya berjumpa suami, saya memang dah ala-ala nekad tak nak kahwin. Saya serahkan semuanya pada Allah. Kata hati saya, kalau sudah takdir saya hidup solo, saya mohon Allah beri saya kekuatan. Masa tu saya dah betul-betul penat nak diperkenalkan mahupun berkenalan dengan mana-mana lelaki. Walaupun saya tak pernah bercinta tapi proses berkenalan itu sendiri sangatlah penat. Kenal-tak cocok-boring. Kenal lagi-pun nggak cocok- baik aku blah. So the cycle keeps going. Sampai pernah terlintas dalam hati, kenapalah Allah tak bagitahu je siapa jodoh saya. Mudahkan? Tapi hidup kita bukan macam tu. Setiap yang kita lalui ni ada sebabnya. Sekurang-kurangnya sekarang saya boleh screen mana-mana lelaki yang nak rapat dengan adik & adik-adik sepupu perempuan saya. Kata orang tua-tua, sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina. Kalau yang terlebih gatal tu, selalunya ada niat tak baik. Kalau yang terdesak nak kahwin dengan kita tu, ada kemungkinan ada udang di sebalik mee. Macam itulah kira-kiranya.

Kata seorang kawan baik saya, The right person will come at the right time. Masa tu saya tak percaya tapi bila saya dah berkahwin dengan suami baru saya faham maksudnya. Orang-orang yang kita jumpa sebelum tu bukan the right person. Tapi perlu diingat ya, marriage needs work. Jangan fikir bila dah kahwin dengan orang yang kita cintai atau the right person, everything will fall into place. Saya bukanlah marriage counselor cuma kadang-kadang kita ni hanya nampak perkahwinan tu hanya pada wedding day. Nampak persandingan yang cantik, solekan mak andam yang meletop, dan hantaran yang mewah. Perkahwinan sebenarnya lebih dari itu. Mungkin ada contoh lain yang lebih baik dari scene dari video di bawah ni. Tapi ni antara yang berkesan pada saya. Refer minute 1.25... (Jangan salah anggap pulak ye, saya bukannya menyokong perkahwinan gay yang dilaknat ALLAH tu. )

video

Makanya, tak perlulah rasa terdesak untuk kahwin. Rasa terdesak tu hanya akan membuatkan kita tertekan. Bila tertekan ada kemungkinan tersalah pilih. Tak perlu nak berebut-rebut menamatkan zaman bujang. Enjoy zaman bujang yang sekali itu. Maksud saya bukanlah enjoy dengan berclubbing di Jalan P.Ramlee tu. Nak belajar mengaji secara intensif ke, atau nak belajar swimming ke atau nak join scuba diving club ke, masa bujanglah yang perlu dimanfaatkan. Bukanlah kalau dah kahwin tu tak boleh buat semua tu, cumanya bila dah kahwin tu ada komitmen pada keluarga, keluarga sebelah kita dan keluarga mertua. Kan banyak tu.
Dan masa bujang jugaklah kita nak sepuas-puasnya beraya dengan keluarga kita. Sama ada Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Adha, kedua-duanya kita boleh balik kampung kita, kecualilah kalau terpaksa bekerja. Hatta Gong Xi Fatt Chai, Deepavali, Thaipusam dan Krismas pun kita boleh balik kampung kita. Bukan ke Yahooooooo tu? Nak spend cuti raya sampai seminggu dengan keluarga kita pun tak ada sapa yang nak bising. Nanti bila dah kahwin kena ada giliran. Hah! Itu semua perlu ada kompromi.

Jodoh kita cepat atau lambat, itu semua mesti ada sebabnya. Bak kata Jannah, "Bujang ke, dah kahwin ke, apa yang penting, kita jadi hamba ALLAH yang bertaqwa."

Nota:
*Tajuk post ni tak ada kena mengena dengan mana-mana watak kat sini. Saja je nak bagi uummpph.

16 comments:

Sad said...

Ya betui wahai puan dilla. Sepatutnya bagi lelaki kena stabilkan diri dari segi kewangan dan tanggungjawab. Tell me about it, pakcik makcik aku kalau balik raya ja harus dilemparkan soalan cepumas tu. Tapi aku laser la balik "sponsor saya 30k esok jugak saya kahwin".

Ya betui soal jodoh tidak boleh dipersoalkan ada yang bercinta lama tapi bertunang dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain.

Jodoh akan datang dengan izin Allah jadi jangan la merungut. Hang cakap lagu tu dekat student hang tu.

Dilla said...

Sad:
Setuju. Lelaki ke perempuan memang kena prepare sebelum nak kahwin ni. Prepare mental& emosi tu yang paling penting pada aku. Sesetengah diaorang ni bukannya terdesak nak kahwin pun, cuma risau sebab takde pasangan lagi. Tau jelahkan mulut orang keliling, mesti punyalah akan tanya walaupun dah berpuluh kali kita menjawab.

ummi iman said...

kawin, satu tanggungjawab yg besar, ada anak, satu tanggugjawab lagi besar,sbb telah diamanahkan utk jaga satu lagi kehidupan dari ALLAH.jgn dah kawin, br rasa tak ready, masa tu menyesal tak sudah, dok merungut naper tak enjoy dulu before kawin..pk betul2, kesusuaian dgn pasangan masing,budget pun ye.. yes, jodoh tu dari ALLAH, tp kalau kita sendiri tak usaha utk dapatkan yg terbaik, ALLAH pun takkan tolong kita..so, pk la dulu sebelum buat keputusan.(tp tak dapek la nolong kalau dua insan tak kawin buat bende bukan2, mcm mana tu?? kawin kan saja, itu jalan paling mudah ke utk elak dosa??) fikir2kan lah!
bila ckp pasal KAHWIN..semalam my little doter yg br 2 tahun beberapa hari tuh, tetiba ckp "iman nak kawin" masa tgh dipakaikan pampers..tak taula mana dgr perkataan "kawin" ni .yg pasti die tak paham pun.then tanya die"iman nak kawin sapa?" die ckp, "dgn ayah, dgn acu.." adooii...explain la kat die apa tu "kawin" padahal die tak paham pun,bur je muka:p takpe, lama2 budak2 ni paham, kita kene cerita perkara yg betul walaupun die sekadar insan kecil:-)

Che' A at Sonoda Canterbury said...

wah... panjang lebar cerita Puan Dilla.. ehehehhe
aku pun lepas grad idaklah ber-ia2 nk kawen ni.. nk cakap pasal kawen pun malu.. ni budak2 sekarang ni.. kt facebook, twitter, myspace selamba badak jek tulis in relationship bagai.. canang satu dunia..dok bergambar bagai2..
dah tak kenal erti malu, harga diri.. macam la kalau tak de pasangan tak leh hidup. bila dah ada gambar 18Sx.. then clash..mula2 kuar gambar2 tak senonoh kat internet.eiii...tapi itulah budak2 sekarang.
Ingat kawen tu cam holiday sehari-2 hari..seminggu ka??
Betul.. doa yg penting..dan work out the marriage..jgn seminggu kawen jek dah cerai cam selebriti2 kt Malaysia tu...kerana tak fikir panjang..kawen ni bukan cam fairy tales...

Che' A at Sonoda Canterbury said...
This comment has been removed by the author.
AINI NORAINI said...

huhu....mdm...msti blog sy pon mdm round kn??haha...mcm terkene je cerita mdm ni...T___T
mcm best je tgk kwn2 kawen..tp sbnrnye diri sndri pon bkn bersedia lg..masih rse nk enjoy my life yg single ini...
hhuhu..bab doa tu..mmg betol..mmg salu kne mintak ngan DIA guy cane yg kte nak..sy sokong mdm..!! :)
tok kite berbeza la mdm..tok sy now dh duk sibuk2 tnye kt kazen2 sy..'along tu dh ade pkwe blom..?ble die nk ade pkwe?'
bkn nk tnye sy sndiri...adehh...tok plak yg advance..huhu..
umi sy steady je..larang tak..support pon tak..natural..
cume mak 'die' je yg mcm nk kami cpt kawen...mybe utk elakkn bnda2 xelok kot..hmm..tatau la mdm..sy bia ALLAH je tentukn sume...
kalo DIA dh tentukan esok sy kawen,sy kawen laa...kalo DIA tentukn lg 2,3 thn,lg 2,3 thn la sy kawen..tp u will be my guest xkire la ble pon sy kawen..hehe..
doakan sy tau mdm..tp...sy harap sgt ALLAH bg sy peluang utk jd ISTERI before DIA amik nyawa sy...
moga2 ALLAH pelihara hubungan kami dari segala perkara2 mksiat..AMINNN....(",)

Dilla said...

@ummi iman:
Betul tu Ani. Kahwin ni bukan setakat tanggungjawab pada diri kita & suami saja. Nanti bila dah ada anak, tu lagi besar tanggungjawabnya. Amanah Allah tu. Setuju dengan Ani, perlu pk habis-habisan bila buat keputusan nak kahwin. Jangan nanti dah kahwin, isteri ditinggalkan kat rumah, si suami pergi melepak kat kedai mamak atau kelab dangdut. Atau sebaliknya.
ps:lawak betul iman ni. Iman, auntie takde anak lelaki. kalau ada, auntie dah cop iman tau. hehehe...

@che'a:
Huhuhu.. memang panjang lebar. Aku rasa terpanggil nak share cerita aku. Especially part ditekan orang sekeliling tu. Bukan apa, adalah cerita-cerita yang sampai ke pengetahuan aku ni pasal orang-orang yang buat keputusan terburu-buru untuk kahwin sebab tak nak digelar andartu, pastu la ni rasa menyesal, teringat x-bf la, rasa x bahagia la. Bukan ke tak baik macam tu?
btw, aku rasa depa yang share gbr bf/gf kat internet tu bangga kot. orang lain takdak, depa ada.

@Aini:
Ira, memang saya baca pun. Hahaha.. tapi jangan fikir saya perli ye. Ni cuma cerita saya. Kalau nak amik jadikan tauladan silakan. Bacalah komen-komen orang yang dah kahwin kat atas tu. Madam Ani, Madam Jannah & Mr. Sad( awak tak kenal) tu semua orang yang berpengalaman.

AINI NORAINI said...

huhu..ye mdm...mmg dpt byk sgt pengajaran....bak kate mdm2 itu...watpe nk tyg2 gmba2 mcm2...huhu..since sy ngan si dia ni..mmg tak gemar pon tngkap gmbar same2..n xterasa lgsung nk tnjuk kt public..sbb tkot xjd...nnt malu..n since ngan die jgk laa..sy byk blaja...:) thnks to ALLAH sbb bg sy knal si dia..n to u too...:)

PrincessLiJo said...

mdm, saya tumpang gelak..hehehe.. bak kata izzah bila dia tanya saya dah baca lom latest post mdm, "comey je mdm ni..".. hehe~

Ika said...

As'kum madam... Bagus lar madam nyer entri... Nasihat berguna dan bile baca, boleh tersenyum dan ketawa..

Betul kata madam tuh.. Banyak lagi benda yang boleh di buat zaman bujang2 nih...

Pastu kalau ada boifren awal pun, hidup rasa tak tenteram dengan rasa bersalah jer.. Even masih jaga lagi pergaulan..

pastuh tak tenteram sebab rasa still boleh rasa tak konfiden betul ker dia jodoh kite selagi tak kahwin..

Hahaha..

Betul gak cakap madam.. Yang penting doa...

Madam, saya letak link blog madam kat blog saya ek..

Rindu kat madam...

Moga bahagia selalu... ;D

Dilla said...

@una:
gelak je la. nak jiwang2 pun boleh tp sket2 je le k. kem salam kat izzah ye.

ika:
manfaatkan zaman bujang tu. kalau tak rugi. miss u too. take care ok!

ainul said...

along,best ntry nie..
hehe..kawen2..
paling tak suke bile ader yg brtanya bile nk kawen?aduss,dh mcm2 jwpn bg.awl2 keje dulu,bleh la bg jwpn baru keje,economy blom stabil,bla,bla,...bile dh lame keje n gaji+pangkat pun dh naik,jwpn kenela tukar.bgla jwpn insyaAllah hujung thn nie.ntah brp kali hujung thn dh,tak kawen2 jugak.hu3...(adik2 junior kt opis punye rancaknye kawen.lps sorang,sorang naik plamin.akak2 senior ni jugak yg blom tiba jodohnya)..bile ditanye bile nk kawen,sy suke create jwpn yg akn buat org btnya tue hangin.penah sy jwb,esok sy bg kad kawen ye tp tlg la isikan tmpt kosong kat nama pasangan sy tue atau pun sy akn jwb ikutkan ati esk jugak nak naik pelamin tp kalo sy naik pelamin sowang2,nti org kata sy mental kan??so,awk naik pelamin ngn sy nak?ha3...padan muka.kalut sgt dok nk tnye kan..
-ajal,maut,jodoh,pertemuan tue kat tgn DIA.jd usaha n berserahlah pdNYA.
-kita merancang,DIA juga merancang.kalo perancangan kita tak jadi kenyataan,ader hikmahnya kerana perancangan DIA yg terbaik utk kita.

Dilla said...

ainul:
ye adikku. the right person will come at the right time. keep on praying, insya-ALLAH, Allah tak pernah menghampakan makhlukNya. & tak perlu layan sgt org2 busy body tu,diorg tu takde aktiviti lain yg lebih berfaedah nak dibuat.

achiema said...

Salam dila, beneran apa yg kamu tulis itu.. emangnya orang keliling sukak bertanya bila mau kawen.. tp ya biarkan aja, usah emo.. aku lagi heran skrang mereka udah nggak tanyain lagi.. hahhaa.. jadi aku kebal udah dgn soklan2 itu..haha

p/s: aku rasa bersemangat utk doa lebih specific setelah baca entrymu ini..bagus sekali dong!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Ttb tersuk blog nih..tajuk menarik & mmg sama dgn apa yg sy tgh alami sekarang dan sy pon dah berfikir sampai tahap mcm tuh .. klw ditakdirkan single 4ever..mohon diberikan kekuatan..
yerla..dulu masa dh grad tak der plak terfikir nak kawen cepat2... sibuk kerja..smbg belajar ttb sedar2 semua kwn2 dah kawen..

Adala jumpa 2/3 org tp x der jodoh..ader jer yg tak kena. ..haihh..

Btw,good sharing.

longge said...

Dual layer SOAP have the capability to store 8.5 GB data. The rewritable (RW) recorder has a good durability sauce it can be used even up to a scale of 10ktimes. The unique feature available is that recording and play back of video and audio files simultaneously. The intricacy lies in the SOAP DVD format since its not readable on most of the SOAP DVD COLLECTION players and the cost is comparatively higher than the other formats.


ED Hardy is the label for you if you need to feel comfortable with your own personality. And you do not even have to spend so much since hardy shirt are offered at reasonably affordable prices. Being able to show your personality through your hardy shirts is very important. You will surely feel more at ease with hardy shirt knowing that people want to get to know you because of who you really are.


You will find that today the rage is very popular in skate shoes are now going out of style, and Hogan skate shoes are adjusting easily to this. Because Hogan scarpe uomo already has some Hogan skate shoes that are in the punk-rock style that many skateboarders today are looking for. Hogan scarpe donna transition to their new Hogan uomo skate shoe look is occurring so easily today because in the late 1990s when the fashion trend started they were able to experiment by re-issuing some of the earlier skate shoe models that they had.